Wednesday, June 11, 2014

Re: RG2011... Fw: Kalu mu Isle, baco hok ni [3 Attachments]

salam...

jawabnya sebab islam kita telah d rosakkan sedari kecik lg. islam yg kita anut & kenal sekarang adelah islam yg telah hancur..."umpama ubi yg d taruk ragi, secara luaran nampak mcm ubi walhal hakikatnya telah berubah jadi tapai"...rasa ubi dah ilang...huhuhu

->siapakah yg merosakkan islam kita?...musuh islam la
->bagaimanakah cara islam d rosakkan?...sistem pendidikan, sosial, perubatan, kerjaya, kewangan, makanan dan bykkkkk lg...
->bagaimanakah utk kembali kpd islam sebenar?...langkah awal yg mampu setiap individu buat ialah amal apa shj ilmu islam yg ade pada diri masing2...ade 4 ilmu islam...amalkan 4/4. ade 7 ilmu islam...amalkan 7/7...lepas tu istiqomah ke kuliah2 ilmu d masjid2. jgn duk baca kitab sendiri2, pastu buat faham sendiri2...hancus

bukan niat nak salahkan "papan tak rata, walhal x pandai menari"...tapi mari selidik sistem pendidikan, sosial, perubatan, kerjaya, kewangan, makanan dll...

adekah ianya selari dgn kehendak isle...?musuh x kan redo kpd kita hingga kita ikut agama mrk...

Allahu'alam

subkhanakAllahummawabikhamdika
asyhaduallailahaillaanta
astaghfirukawaatubuilaik





On Thursday, 7 November 2013 2:36 PM, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:




Kalu mu Isle, baco hok ni

rizuwankini.blogspot
alambukansemulajadi.blogspot.
 
KENAPA GEREJA KADANG KALA LEBIH BAGUS DARI MASJID DI MALAYSIA

Cerita menginsafkan...

Cerita ini copied dari status yang dikongsikan oleh Encik Tajul Ariffin. Ianya rentetan dari cerita seorang lelaki Islam yang mencuri wang tabung masjid sebanyak RM2 dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun semalam. Sebab mencuri ialah kerana kesempitan hidup. Baca cerita di bawah dan tanya diri kita. Apakah fungsi masjid? Kenapa gereja lebih bagus dari masjid di Malaysia. 

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. 

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM 50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. 

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

"Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik? 

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ? 

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tapi ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

sumber: 

 


No comments:

Post a Comment