Tuesday, June 17, 2014

RG2011... Ahli politik perlu jauhkan diri daripada sistem pendidikan, kata Ku Li

 

Ahli politik perlu jauhkan diri daripada sistem pendidikan, kata Ku Li

OLEH ANISAH SHUKRY

Published: 17 June 2014 | Updated: 17 June 2014 3:11 PM

Sistem pendidikan perlu diperbaiki oleh kelompok profesional bukan ahli politik, kata veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Gambar fail The Malaysian Insider.Sistem pendidikan Malaysia tidak berfungsi dan perlu diperbaiki oleh kelompok profesional dan bukannya ahli politik, kata veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

"Sedih untuk diperkatakan, namun pemimpin pendidik dan ahli politik tidak malu untuk mengatakan sistem pendidikan Malaysia tidak berfungsi dan tidak selari dengan cita-cita menjadi negara maju menjelang 2020.

"Tidak kurang daripada laporan Bank Dunia pada Mac 2014 mengenai kualiti rendah sistem pendidikan Malaysia selain agensi perbandingan standard antarabangsa seperti Pisa dan TIMSS dan tahap keupayaan tenaga kerja malangnya berada di bawah satu pertiga," kata ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu.

Ketika berucap pada majlis di Pertubuhan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (Napei), Tengku Razaleigh berkata, salah satu puncanya disebabkan campurtangan politik dalam sistem pendidikan.

"Bahayanya campur tangan ini untuk dipolitikkan dan mencetuskan kontroversi," katanya, memetik isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pelajar untuk menjawab peperiksaan matematik dan Sains.

"Sudah tiba masanya badan pendidikan diuruskan oleh golongan profesional.

"Yang lebih penting, mereka perlu dibenarkan menawarkan polisi untuk kebaikan pelajar tanpa rasa takut ditekan ahli politi," katanya.

Beliau turut menegaskan keperluan untuk meningkatkan kualiti guru dan mencadangkan kelayakan kemasukan pada taraf ijazah sarjana.

"Kita perlu memahami kelayakan kemasukan menjadi norma di negara dunia pertama," katanya dan menambah, situasi di Malaysia memperlihatkan pengajar adalah pilihan terakhir untuk pencari kerja.

"Pengajaran mesti dibawa kembali kepada asas yang pernah berada di negara ini. Perkhidmatannya perlu pakej menarik untuk menarik peserta yang terbaik dalam pasaran kerjaya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kualiti guru tidak akan banyak membantu tanpa nisbah guru dan pelajar yang sedikit.

"Guru sukar memberikan masa kepada setiap pelajar, sudah tiba masanya mungkin kita memperbaiki sistem pengajaran dengan nisbah mungkin 20:1," katanya.

Ku Li turut menggesa institusi pendidikan tidak lagi mengguna pakai sistem berorientasikan peperiksaan kerana penekanan terhadap mendapatkan 'A' akan memberikan tekanan kepada pelajar.

"Mungkin sudah tiba masanya kita memperkenalkan Pemikiran dan Logik sebagai subjek,” katanya.

Beliau turut mencadangkan subjek itu boleh diajar di peringkat sekolah rendah dan mewajibkannya tanpa memerlukan peperiksaan.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan lebih banyak perhatian diberikan kepada empat kumpulan iaitu mereka yang tercicir; keluarga; mahasiswa tidak bekerja dan veteran.

Beliau turut menyeru kerajaan melatih kembali mahasiswa yang tidak bekerja, terutama yang cenderung untuk menyambung pengajian jika gagal memperolehi pekerjaan.

Katanya, semakan lanjut perlu dibuat terhadap kelayakan pendidikan dan latihan kemahiran bagi penuntut yang kurang upaya.

"Ia perlu dilakukan untuk memenuhi pelbagai kelayakan tertentu kumpulan khas ini dengan kemahiran tertentu yang mereka boleh kuasai dan membolehkan mereka mendapatkan peluang kerjaya," katanya.

Ku Li berkata, keciciran juga perlu diberikan peluang pertama dan ketiga dengan mengajar mereka kemahiran seperti elektrik dan sebagainya.

Katanya, ibu bapa juga perlu diberikan panduan untuk menyediakan mereka memberikan khidmat nasihat kepada anak mereka mengenai prospek kerjaya dan pendidikan ketiga.

Beliau turut mencadangkan warga emas berusia lebih 60 tahun diambil bekerja semula kerana tahap umur persaraan mandatori merugikan bakat dan pengalaman.

Malah, Ku Li mencadangkan kursus yang lebih segar boleh dibangunkan untuk membantu kumpulan ini.

"Jika kita berjaya, saya yakin isu kekurangan sumber tanaga kerja akan dapat diatasi dan kebergantungan kita kepada buruh asing akan selesai," katanya.

Ini bukan kali pertama Ku Li menyuarakan kekhuatiran beliau berkenaan sistem pendidikan negara.

Pada Mei, beliau berkata, sistem pendidikan Malaysia gagal menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, sistem pendidikan gagal menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran. – 17 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-politik-perlu-jauhkan-diri-daripada-sistem-pendidikan-kata-ku-li#sthash.gnp7WRIX.dpuf

 

__._,_.___

Posted by: "Newsforwarder" <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment