Wednesday, June 18, 2014

RG2011... Datuk Bandar Kl Angkuh Dan Biadab-Mcm Khir Toyo Dulu..

 

Datuk Bandar Kl Angkuh Dan Biadab
Posted on Wednesday, June 18 @ 17:55:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Artikel Oleh Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi

Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar (LTPM) Pemuda PAS Malaysia merasa terkilan dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tetap berkeras mahu kesemua rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dirobohkan walaupun penduduk memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi.

LTPB PPM melihat kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal sebagai sombong, angkuh, biadap serta tidak menghormati keputusan mahkamah. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Jun 2014 telah memberikan perintah Injunksi menghalang sebarang tindakan perobohan rumah oleh pihak DBKL. Sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya faham dan menghormati keputusan mahkamah yang telah membenarkan penangguhan perobohan perkampungan itu sehinggalah pada 26 Jun 2014 dan mengambil tindakan selepas itu, itupun setelah mendapat kelulusan dari pihak mahkamah, bukan atas arahan sendiri.

Tindakan Datuk Seri Ahmad Phesal tidak kena pada masa dan tempatnya dan berlagak seolah-olah beliau berkuasa melakukan apa sahaja terhadap penduduk, sedangkan seharusnya kesemua masalah ini boleh diselesaikan dalam meja rundingan. Kekerasan dan ketegasan sikap beliau melambangkan kesombongan beliau sendiri sehingga menetepikan perintah mahkamah, apatah lagi bersikap tidak peri kemanusiaan terhadap penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

LTPM PPM menegaskan, jika Datuk Seri Ahmad Phesal masih berkeras untuk merobohkan rumah sehingga melanggar perintah Injunksi Mahkamah Tinggi, para peguam tidak akan teragak-agak untuk memfailkan prosidig komital menghina mahkamah terhadap Datuk Bandar KL. Beliau perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati undang-undang negara, dan sesiapa sahaja termasuk penjawat awam tertinggi sekalipun tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang. LTPB PPM juga mengingatkan kesemua pihak bahawa dalam isu Kampung Chubadak Tambahan, perbincangan dan dan dialog adalah kaedah terbaik dengan membuka ruang penyelesaian yang paling baik dan memuaskan hati kesemua pihak, bukannya dengan cara merobohkan rumah ala-Zionis ini.

AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar
Pemuda PAS Malaysia

__._,_.___

Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment