Thursday, June 12, 2014

RG2011... Fw : Apa Seterusnya Yang Akan Haram?

 

Apa Seterusnya Yang Akan Haram?


Halal:Dimanakah   silapnya?/Pic:jakimHalal:Dimanakah silapnya?/Pic:jakimTERBAHARU Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan bahawa produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi sebagai bebas daripada unsur haram itu susulan analisis terhadap kandungannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataannya berkata, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.
Semestinya laporan yang dikeluarkan Jakim sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penggemar produk tenusu tersebut, khususnya umat Islam.
Namun masih ramai pengguna ragu atau was-was.
Justeru, kita mendengar banyak unsur sinis dan kecaman yang diterima oleh pengeluar produk terkenal itu.
Antaranya, persoalan pelik tentang bagaimana ibadat akan diterima sekiranya seseorang sudah terpalit dengan DNA babi bila termakan coklat tersebut.
Ringkasnya, ia perlu dilihat kepada asal kejadian!
Asal Kejadian Halal Sehingga Ia Terbukti Haram
Mengulas mengenai perkara tersebut, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam khususnya perlu kembali kepada asal kejadian setiap sumber di muka bumi ini.
"Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram, tapi tidak terbukti, maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal.
"Jakim pihak yang ada keupayaan kajian dalam hal ini, maka apabila pihak Jakim menyatakan halal sesuatu produk, maka rakyat tidak bersalah sama sekali untuk memakannya. Ini kerana kaedah asal yang halal telah dikuatkan dengan dakwaan kajian oleh pihak yang berkemampuan," katanya dalam satu kenyataan ketika dihubungi oleh Malaysian Digest.Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram, tapi tidak terbukti, maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal/Pic:malaysia-chronicle.comAsal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram, tapi tidak terbukti, maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal/Pic:malaysia-chronicle.com
Bercakap kepada Malaysian Digest, Mohd Asri menambah, sekiranya wujud kenyataan 'haram' terhadap sesuatu sumber, individu yang membuat dakwaan tersebut perlu membuktikan kesahihan bahawa ia adalah haram.
"Sama dalam konteks makanan lain, selagi ia tidak dinyatakan haram, maka ia tidak perlu diragui. Jika ia didakwa haram, maka individu terbabit yang mengeluarkan kenyataan perlu menjelaskannya," tegasnya.
Memetik kenyataan beliau dalam entri terbaharunya diFacebook, DrMaza.com sebagai berkata, "saya katakan apa yang dikatakan halal oleh Jakim, maka kita yakini halal dan apa yang tidak berikan cap halal oleh Jakim belum tentu haram."
"Sementara DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain," katanya.
Bagaimana Pengeluaran Makanan Lain?
Penceramah bebas, Ustaz Md. Daud Che Ngah ketika ditanya mengenai status pengeluaran makanan dan pemprosesan di Malaysia berkata, sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai kepakaran dalam selok-belok pengeluaran makanan, mereka akan menerima apa sahaja kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa – Jakim.
"Sebagai rakyat, kita menerima apa sahaja yang dimaklumkan. Tetapi, dalam proses membuat keputusan sekiranya ia menjurus kepada hukum haram, maka kita harus menolaknya.
"Kurang mahir dalam penghasilan makanan bukan punca untuk setiap individu tertipu kerana kita boleh memilih," katanya.
zwani.com myspace graphic comments

 Inginkan  Lebih Banyak Berita2 Menarik Bergambar Penuh Dan #Fesyen Muslimah Sila Terjah Di :.
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
E-mail :- zulzietextile@gmail.com
Jakim Perlu Beri Panduan Lebih Jelas
Mesra dengan panggilan Ustaz Daud, beliau berkata, kaedah terbaik dalam penentuan status pengeluaran dan pemasaran makanan di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih berkesan dan mudah oleh Jakim.
USTAZ Daud:Sebagai   rakyat, kita menerima apa sahaja yang dimaklumkan. Tetapi, dalam proses membuat keputusan sekiranya ia menjurus kepada hukum haram, maka kita harus menolaknya./Pic:mDUSTAZ Daud:Sebagai rakyat, kita menerima apa sahaja yang dimaklumkan. Tetapi, dalam proses membuat keputusan sekiranya ia menjurus kepada hukum haram, maka kita harus menolaknya./Pic:mDKatanya, Jakim sebagai badan yang dipertanggungjawab perlu memastikan segala maklumat yang melibatkan status halal diperincikan agar tidak mudah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Segala kenyataan yang ingin dikeluarkan perlu diselidik terlebih dahulu agar tidak memberi impak kepada kepercayaan masyarakat.
"Ini termasuk dengan peralatan, kandungan dan acuan yang digunakan oleh sesebuah kilang dalam mengeluarkan makanan. Jika diragui, Jakim mempunyai hak untuk menyiasat," jelasnya.
Beliau menambah, jika sifat ragu masih timbul meskipun status makanan tersebut sudah dijelaskan, masyarakat ada hak untuk menolaknya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dalam kenyataannya kepada sebuah portal berita berkata, produk tempatan dengan sijil pengesahan Halal Malaysia yang mempunyai 'kod E' boleh digunakan tanpa was-was.
Katanya, tidak semua produk makanan yang mempunyai kod atau nombor 'E' mengandungi bahan daripada sumber yang haram.
Beliau menjelaskan bahawa kod E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah yang merujuk kepada bahan aditif yang dibenarkan.
Fahami Konsep Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak.
Manakala takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan 1975 adalah - tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum Syarak; bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang dilarang untuk orang islam.
Berbalik kepada konsep penentuan halal dan haram dalam produk, menurut sumber ia mengambil masa lama iaitu tujuh hari bekerja dan terpaksa melalui sembilan proses atau ujian yang teliti. Kecuaian boleh sahaja berlaku atau kesilapan juga mungkin berlaku sebelum sesuatu produk itu disahkan halal atau haram.
Kembalikan Kepercayaan
Di manakah silapnya?
Cadbury kembali meraih kepercayaan masyarakatCadbury kembali meraih kepercayaan masyarakat
Sebagai pengguna kita semua rasa tertipu dan terpaksa berhati-hati dengan produk yang disahkan halal kemudian dikatakan haram dan kini disahkan kembali halal.
Namun titik tolaknya bermula kepada pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengesahkannya dalam memulihkan kembali keyakinan masyarakat. Tetapi sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk membuat pilihan.

Iklan Cadbury muncul kembali meraih kepercayaan masyarakat dengan slogan "Segalanya baik. Kembali Ceria bersama kami" dan "Seperti anda, halal adalah keutamaan kami".

__._,_.___

Posted by: Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment