Sunday, June 22, 2014

RG2011... Fw: Canon PowerShot G1 Mark II,

 



Canon PowerShot G1 Mark II, Mak Aih!

Sebuah kamera model PowerShot G1 X Mark II pasti gajet baru oleh Canon yang memberi nafas baru dalam fotografi. Kalau anda tidak mahu memegang kamera DSLR yang besar dan berat, inilah pengganti yang sesuai.

Apatah lagi, ia menggunakan sensor jenis 1.5" CMOS yang 4.5 kali lebih besar daripada sensor jenis 1/1.7" yang ada pada kebanyakan kamera sekarang yang setaraf dengannya.

Ditambah pula dengan resolusi 12.8-megapiksel (nisbah aspek 3:2), lensa apertur 9 bilah (f/2.0-3.9) dan lensa yang mampu zum sampai 5x, ia memang berbaloi. Berdasarkan ciri tersebut anda mampu merakam kesan bokeh yang menakjubkan. Manakala sistem AF 31-point menjadikan fokus auto lebih baik. Tidak lagi perlu risau perincian atau detail gambar. Nampak saja subjek atau gambar yang ingin ditangkap, tekan saja butang shutter. Canon sendiri akan pandai-pandai mendapatkan kualiti terbaik.

Terdapat gelung kawalan di atas yang biasa pada kamera menempatkan shutter, apertur dan eksposur jadi tidak perlu kalau ingin cuba bermain manual. Kalau tak, tetapkan saja pada auto.

Kalau anda masih tidak tahu teknik sesuai untuk menangkap gambar, anda boleh memulakan mod Creative Shot yang mempunyai 46 jenis filter khas termasuk retro, monokrom, khas dan asli. Ia macam Instagram tetapi lebih ciri tambahan. Rakaman pada waktu malam pun lebih baik dengan mod Star. Walaupun gelap senario malam masih nampak cantik.

Kamera ini mempunyai panel LCD boleh putar sehingga 45 darjah, sesuai sangat kalau mahu berselfie. Color reproducing nampak lawa. Selain itu, kamera sama mempunyai keupayaan wifi jadi anda boleh pindah gambar ke telefon dengan pantas.

Ia dijual pada harga RM2,899 saja.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment