Sunday, June 8, 2014

RG2011... Fw: IKLAN INI KINI BERSEPAH DIIKLANKAN

 



IKLAN INI KINI BERSEPAH DIIKLANKAN DISEMUA AKHBAR ARUS PERDANA BERBAHASA MELAYU AGAR UMAT ISLAM NEGARA INI YAKIN AKAN PRODUK KELUARAN CADBURY.

omakkau.blogspot
 

Pengeluar coklat Cadbury Malaysia mengiklankan khidmat pesanan masyarakat (PSA) di kebanyakan akhbar arus perdana berbahasa Melayu untuk mendapatkan semula keyakinan umat Islam terhadap produk keluaran mereka

"Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami," tulis iklan tersebut yang disiarkan dalam Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan Sinar Harian hari ini.

Cadbury dalam iklan tersebut berkata, coklat yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mendapat pengiktirafan sijil halal selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin lalu mengesahkan tiada DNA babi dalam produk mereka.

"Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.

"Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan," tulis iklan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury.

Keputusan tersebut dikeluarkan susulan pengesahan Jabatan Kimia produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada unsur babi.

Jamil Khir berkata, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury dan mengambil sembilan sampel produk lain untuk dianalisa.

Katanya, hasil laporan pemeriksaan akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia mengembalikan dua produk berkenaan kepada pasaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Mei lalu mendapati kajian sampel yang diambil daripada Dairy Milk Hazelnut (pendaftaran nombor 200813M01H I2 yang luput tarikh 13 November, 2014) serta Cadbury Dairy Milk Roast Almond 175g (pendaftaran nombor 221013N01R I1 bertarikh luput pada 15 Januari, 2015) adalah positif DNA porcine.

Cadbury kemudiannya menarik balik dua produk makanan berkenaan daripada pasaran serta merta.

Hasil kajian KKM itu kemudiannya mencetuskan kemarahan pelanggan Cadbury termasuk bertindak mengugut untuk memfailkan saman RM100 juta dan isytihar jihad sehingga mendapat perhatian media antarabangsa.

Terdapat juga pihak menyatakan pendapat umat Islam yang makan coklat itu sebelum ini perlu menyamak perut, mulut dan menukar darah.


ADAKAH SEMUDAH ITU MASYARAKAT ISLAM NEGARA INI AKAN MULAI YAKIN??????
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment