Saturday, June 7, 2014

RG2011... Fw: Kebakaran – Lebih 100 Hilang Tempat Tinggal

 



Kebakaran – Lebih 100 Hilang Tempat Tinggal

Kg Chubadak Jaya
Sentul, Kuala Lumpur
6 Jun 2014
3 petang

Asap tebal dari kebakaran ini dapat dilihat pada jarak lebih 5 kilometer.

Kebakaran ini melibatkan 2 blok rumah panjang – Blok J dan Blok K

Ketika saya sampai di lokasi, satu dari 2 blok rumah panjang ini telah musnah sama-sekali.

Kebakaran dipercayai berlaku di salah sebuah unit kediaman di bahagian tengah – menyebabkan api kemudian marak dengan cepat dan menyambar pula blok bersebelahan.

Kedudukan rumah panjang yang berada di bahagian belakang blok lain, menyebabkan anggota bomba sukar untuk tiba di lokasi dengan cepat kerana tiada laluan masuk untuk jentera ke arah lokasi.

10 buah jentera dari pelbagai balai sekitar ibunegara bersama kira-kira 40 anggota terbabit dalam operasi pemadaman.

Beberapa buah jentera bomba pula terpaksa beroperasi dari Lebuhraya Duke yang terletak bersebelahan dengan kawasan kebakaran.

20 buah rumah musnah sama-sekali manakala 3 buah lagi berjaya diselamatkan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian yang menyebabkan lebih 100 penghuni kehilangan tempat tinggal.

Beberapa mangsa yang sempat saya temubual – sukar untuk digambarkan betapa hancur luluhnya hati mereka kerana tiada apa lagi yang tinggal, melainkan bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri.

Bagi warga emas, Hajah Zawani Hj Yusup, 65, dia yang berkeadaan tidak sihat bersama suaminya, sempat keluar menyelamatkan diri.

Zawani hanya sempat membawa bersamanya senaskhah Al Quran dan sehelai telekung, manakala beberapa barangan lain, sempat dibawa keluar oleh orang ramai.

Manakala Arman Mohamad, 40 dan isterinys Salmi Mohamad, 37, sedang makan tengahari ketika api sedang marak, manakala anak-anaknya sedang bermain di luar.

Mereka hanya sempat menyelamatkan dokumen penting sebelum rumah mereka turut hangus sama-sekali bersama pelbagai barangan dan bahan mentah untuk gerai makanan western' mereka.

Bagi yang ingin membantu meringankan beban mereka yang terlibat terutama di saat menghampiri bulan Ramadhan ini, boleh menziarahi mangsa yang kini di tempatkan di Dewan Pusat Komuniti Sentul Perdana, Sentul.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment