Sunday, June 8, 2014

RG2011... Fw: Kuantan Diserang Jutaan Kupu2 Gergasi

 



Misteri kupu-kupu gergasi

bloglist-malaysia.blogspot
helmdahl.blogspot

BEBERAPA ekor kupu-kupu gergasi yang ditemui di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

SELASA lalu, akhbar melaporkan fenomena kemunculan ribuan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lalu di bandar Kuantan, Pahang di samping beberapa negeri lain di Malaysia yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk.
Rama-rama berwarna hitam dan bertompok putih itu menjadi topik perbualan disebabkan jumlahnya yang begitu banyak berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Serangga bersayap itu dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengerumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu.
Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA, 30 Mei lalu.
Menurut pakar entomogi di Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia, Prof. Che Salmah Mat Rawi, kupu-kupu itu dikenali dengan nama saintifik Lyssa zampa docile.
Tidak berbahaya
Katanya, pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu itu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak bilangan serangga itu di bandar Kuantan baru-baru ini.
"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh ditemui dengan banyak di kawasan penanaman atau pembangunan pada Mei hingga Ogos setiap tahun.
"Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti bumbung rumah atau pokok besar," katanya.
Che Salmah berkata, faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatannya turut mempengaruhi kemunculan serangga ini.

KUPU-KUPU gergasi ini sering muncul pada bulan Mei hingga Ogos.

"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia mungkin menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.
"Bulu pada kepaknya pula dapat mengganggu sistem penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap asma," katanya.
Selain Malaysia, kehadiran kupu-kupu gergasi itu turut disaksikan di Singapura. Menurut pakar rama-rama di Muzium Sejarah Semula Jadi Lee Kong Chian, Khew Sin Khoon, kemunculan kupu-kupu tersebut disebabkan faktor cuaca.
Ujarnya, walaupun muncul sepanjang tahun, ia mencatatkan peningkatan pada bulan Mei hingga Ogos, dengan menunjukkan tanda-tanda awal kemunculan pada bulan April.
Seorang pensyarah di Jabatan Sains Biologi, Universiti Nasional Singapura, N. Sivasothi berkata, serangga yang muncul kali ini merupakan yang terbesar pernah dilihat sejak tahun 2005.
Setakat ini, pihaknya telah menerima lebih daripada 700 rekod kemunculan serangga tersebut di Singapura.
Kupu-kupu yang ditemui di Singapura, Indonesia dan Malaysia itu dipercayai muncul dari kawasan hutan.
Jangka hayat kupu-kupu itu juga tidak panjang. Ia hanya mampu hidup selama dua minggu selepas bertukar daripada seekor ulat beluncas kepada kupu-kupu dewasa.
Untuk menjadi seekor kupu-kupu dewasa, ulat beluncas perlu sentiasa makan sehingga enam minggu sebelum membentuk kepompong.
Kehidupan serangga itu lebih terarah semata-mata untuk pembiakan spesiesnya dan hidup liar di hutan hujan tropika di Asia Tenggara.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3416uMq66 
Hakcipta terpelihara
 

 

Kuantan Diserang Jutaan Kupu-kupu Gergasi

greenboc.blogspot


Kupu-kupu gergasi muncul dipengaruhi banyak faktor

KUANTAN - Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.

Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.

Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.

Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.

Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.

"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.

"Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini.

Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.

"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.

"Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya.
- Bernama

alat penjimat elektrik said...

sesunggut rama rama ini umpama radar detector berupays mengesan kehadiran gempa bumi.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment