Sunday, June 22, 2014

RG2011... Fw: Peguam Negara Dan Polis Tak Boleh Hukum Adun

 



Peguam Negara Dan Polis Tak Boleh Hukum Mana-Mana Adun Yang Membuat Salah Laku Dalam Dun Tanpa Persetujuan Speaker

bloglist-malaysia.blogspot.
idaman78.blogspot.

Datuk Law Choo Kiang
Peguam Negara tak boleh hukum Adun

[sinar]- Polis dan peguam negara tidak boleh menghukum mana-mana Adun yang membuat salah laku dalam Dun tanpa persetujuan Speaker.

Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, dengan ini pendakwaan yang dibuat terhadap Adun Seri Delima, RSN Rayer jelas sudah terbatal.

Beliau berkata, campur tangan polis dan Peguam Negara tanpa mengira kebebasan Dun dengan menggunakan badan perundangan untuk menyanggah keputusan yang sudah dibuat seolah-olah mencabarnya sebagai institusi yang mulia.

"Polis dan peguam negara wajar menunjukkan contoh yang baik dalam memastikan sistem demokrasi berparlimen di negara ini terus terpelihara," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Dun wajar dan wajib dihormati oleh semua sejajar dengan segmen eksekutif dan kehakiman tidak boleh menceroboh bidang kuasa yang termaktub kepada Dun.

"Saya merayu kepada semua pihak agar menghormati status dan kuasa Dun.

"Di bawah prinsip pengasingan kuasa,  Dun memiliki status tertinggi kerana tugas badan eksekutif adalah jelas untuk melaksanakan apa saja usul atau dasar yang sudah diluluskan Dun," katanya.

Beliau berkata, tugas badan kehakiman pula adalah untuk memastikan usul dan dasar yang dijalankan itu tidak mengandungi elemen penyalahgunaan kuasa.

Mengenai penggunaan perkataan kesat oleh Rayer, Choo Kiang berkata, Adun itu sudah diberi amaran berdasarkan peraturan tetap atau 'standing orders' agar tidak mengulanginya.

"Tidak cukup dengan itu, saya juga memberi kebenaran kepada Adun pembangkang Umno berdasarkan peraturan tetap iaitu menggunakan usul tergempar untuk menghantar satu usul kepada jawatankuasa khas Dun Pulau Pinang.

"Namun, kegagalan Umno untuk mendapat undi yang mencukupi menyebabkan usul ini tidak diteruskan.

Saya sudah membuat keputusan berlandaskan konteks yang terkandung dalam peraturan tetap.

Dengan itu segala perkara berbangkit mengenai isu ini harus dihentikan segera," katanya.

Sambil menyifatkan tindakan polis dan Peguam Negara sebagai tidak menghormati prinsip pengasingan kuasa dan pendakwaan terpilih, Speaker itu berkata topik 'Umno Celaka' tidak tercatat dalam mana-mana bahagian dalam perlembagaan.

"Ia hanya merupakan perkara yang tidak baik yang diucapkan oleh seorang Adun semasa perbahasan di dalam Dun," katanya.
 
 

Speaker DUN P.Pinang nasihat polis, AG jangan cabuli kuasa eksekutif dewan - #umnoceleka

bloglist-malaysia.blogspot.
pkrl.blogspot
 
GAMBAR Law Choo Kiang (berdiri) dalam satu majlis rasmi di DUN Pulau Pinang, George Town.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Percubaan mendakwa ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer di Mahkamah Tinggi Geogre Town pagi tadi akan menjejaskan prinsip pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan eksekutif, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sendiri.

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata demikian dalam kenyataannya petang tadi, sambil menyifatkan percubaan tersebut sebagai tindakan polis dan Peguam Negara (AG) mencabuli bidang kuasa DUN Pulau Pinang.

"Di bawah prinsip pengasingan kuasa, dewan undangan negeri memiliki status tertinggi kerana tugas badan eksekutif adalah jelas untuk melaksanakan apa saja usul atau dasar yang telah diluluskan di dewan undangan negeri.

"Manakala, tugas badan kehakiman pula adalah untuk memastikan usul dan dasar yang dijalankan itu tidak mengandungi elemen penyalahgunaan kuasa.

"Justeru, keputusan yang dibuat oleh dewan undangan negeri wajar dan wajib dihormati oleh semua, di mana segmen eksekutif dan kehakiman tidak boleh menceroboh bidang kuasa yang telah termaktub ada pada dewan undangan negeri," ujar beliau dalam kenyataan bertulis pada petang tadi.

Menurut Choo Kiang, Rayer bukan sahaja diberikan amaran Rayer berpandukan pada Peraturan Tetap, malah, ADUN pembangang turut dibenarkan mengemukakan usul untuk merujuk ADUN Seri Delima tersebut ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan dewan.

Namun, kata Choo Kiang lagi, kegagalan UMNO untuk mendapat undi yang mencukupi telah menyebabkan usul ini tidak diteruskan.

"Saya telah membuat keputusan berlunaskan konteks yang terkandung di dalam Peraturan Tetap, dan dengan itu segala perkara berbangkit mengenai isu ini harus dihentikan segera," tegas Choo Kiang sambil melahirkan rasa kesal.

Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut memberi pendapat mengenai percubaan AG mendakwa Rayer di bawah Akta Hasutan.

"Di bawah peruntukan Artikel 63 atau Artikel 72 di dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun Ahli Parlimen atau ADUN memiliki imuniti, namun dalam keadaan tertentu seperti pelanggaran hak asasi, hak taraf kedudukan, keistimewaan & kedaulatan, bahasa kebangsaan dan status raja-raja, mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

"Walaubagaimanapun, topik 'UMNO Celaka' tidak tercatat di dalam mana-mana bahagian di dalam perlembagaan, melainkan ia hanyalah merupakan perkaraan yang tidak baik yang telah diucapkan oleh seorang ADUN semasa perbahasan di dalam dewan undangan negeri," jelas beliau lagi.

Pagi tadi, Rayer yang sepatutnya dibicarakan di bawah Akta Hasutan pada berhubung kenyataannya menyebut "Umno Celaka" dalam persidangan lepas dekat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tiba-tiba ditangguhkan.

Peguamnya, Gobind Singh Deo dalam reaksi spontan kepada wartawan memberitahu, beliau sendiri tidak tahu
punca pengguguran dakwaan tersebut.

"AG (Peguam Negara) minta pendakwaan dimulakan hari ini, sebab itu, saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sini.

"Saya tidak boleh memberitahu hal ini secara terperinci, tetapi, tiada pendakwaan pada hari ini sehingga ada suatu notis lanjut kelak," ujar Gobind, yang juga Ahli Parlimen Puchong di perkarangan di Mahkamah Tinggi George Town.
 
IbnAbdHalim berkata...

Pendakwaan terhadap RSN Rayer mengsahkan bahawa UMNO benar-benar ******.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment