Saturday, June 21, 2014

RG2011... Fw: Perghh ! Tergamak ka Kita Nak Makan

 



Perghh !!! Tergamak ka Kita Nak Makan Kicap Nih..

telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot.
 

Mak ooi..sapa berani makan kicap ni...aku lihat pun nak termuntah..syarikat ni dah kantooi..untuk makluman semua..inilah mungkin pengilang tidak tahu..cuma yang tahu pekerjanya sahaj..wallah hu aklam.. 

comment:
pkrcabangtambun said...

Saya rasa ini sabotaj. Kicap ABC ni tudung botol dia besi mcm penutup botol air yg orang buat main dam tu.. ini tudung plastik.
Cuba admin bandingkan.. ini mungkin sengaja disabotaj agaknya..

 

Kisah ekor cicak dalam makanan

kedahlanie.info
SUBKY LATIF


SAYA tertarik dengan satu berita, serang pelajar keturunan India di Pontian terjumpa ekor cicak dalam lontong yang sedang dimakannya.

Sudah separuh lontong itu dimakannya.
     
Ia satu kejadian yang berlaku di mana-mana kerana cicak ada di mana-mana dan atas kejadian tertentu menimpa cicak ekornya terpotong. Saya selalu terjumpa ekor cicak yang terputus dari badannya yang brgerak-gerak dan macam melompat-lampat. Saya tolak kemungkinan ekor cicak boleh termasuk dalam makanan yang sedang dimasak atau dalam makanan yang masak tanpa kita ketahui.
     
Apapun aspek kebersihan boleh menyebabkan kejadian yang dirancang ini, tetapi betapa bersih pun premis kita, jarang bangunan tidak bercicak dan kejadian macam itu boleh terjadi. Masing-masing wajar bersyukur kerana tidak menghadapi kejadian seperti yang  dialami oleh pelajar India tadi. Saya bersimpati dengannya dan belas dengan kejadian itu.
    
Yang terjadi kepada pelajar di Pontian itu mengingatkan saya pada kejadian yang dikatakan berlaku lebih 40 tahun tentang ekor cicak dalam makanan juga.
    
Kejadian itu  diceritakan oleh seorang kawan tentang seorang kawan lain yang terkenal licik, nakal dan berupaya melakukan hal-hal yang lucu.
   
Rakan yang berkenaan biasanya lakukan apa saja yang kita tidak perkenan, apabila dilakukannya kita payah marah kepadanya.
   
Dia asalnya seorang pendatang.
    
Ketika dia mula tiba ke Kuala Lumpur, dia dikatakan pernah kelaparan. Tiada cara baginya untuk mendapatkan makanan bagi mengalas perutnya.
    
Tetapi dia seorang yang akalnya sentiasa berputar. Jalan terakhirnya bagi mengatasi kelaparan itu dia pergi ke restoren mamak dalam keadaan tiada berduit. Yang ada dia membawa satu barang dalam lipatan kertas di saku bajunya.
     
Dia memesan makanan yang dikehendakinya. Makanlah dengan penuh selera. Sebelum makan itu habis, dia dikatakan membuka lipatan kertas tadi yang berisi ekor cicak. Tentunya sudah tidak bergerak lagi.
    
Dibubuhnya ekor  cicak itu dalam sisa makanannya. Dia pun buat-buat terkejut dan bising melolong sambil marah kepada perja restoren mamak itu. Dia menunjukkan ekor cicak dalam baki makanannya.
    
Dia mengaku kembang tekak, loya dan serta merta menekan perut, sakit konon.
    
Mamak-mamak memujuknya supaya jangan bising kerana tidak mahu pelanggan yang lain terganggu. Melihat pekerja-pekerja itu seperti ketakutan, lagi dia menunjukkan kemarahannya.
    
Dia mengugut untuk mengadukan ke pihak atas kerana ramai pelanggan di restoran itu hendak dijadikannya  saksi.
     
Pekedai itu pun membuat tawaran supaya dia tidak perlu membayar makanannya itu. Dia boleh makan percuma kali itu.
    
Dia menolak tawaran supaya tidak membayar. Dia berkeras hendak mengadukan kepada pihak berwajib kerana dia diberi makan makanan tidak bersih dan mungkin akan mengganggu kesihatannya.
   
Melihat  pihak restoren kian keliru dengan keadaan itu, dia tambah menunjukkan berangnya.
   
Entah macam mana, tuan restoren menawarkan pula untuk memberi sedikit wang supaya ia tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan segera.
    
Dia pun tertarik dengan jumlah yang hendak  diberi dan bersetuju.
    
Bermodalkan ekor cicak dia bukan sekadar dapat melepaskan kelaparannya, dapat makan percuma dan lebih dari itu dia balik ke rumah dengan  membawa duit pula.
   
Saya percaya cerita itu kerana dia boleh buat apa  saja untuk hidup.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment