Monday, June 16, 2014

RG2011... Fw: Pesara Kerajaan Ditipu RM93,000 Di Internet

 



Pesara Kerajaan Ditipu RM93,000 Di Internet

bloglist-malaysia.blogspot

HABSAH menunjukkan laporan polis dibuatnya.


Ipoh: Seorang pesara kerajaan mendakwa kerugian RM93,050 diperdaya seorang rakan yang dikenali menerusi laman sosial.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, 59, pada mulanya meminta bantuan rakan dikenali sejak lebih setahun lalu itu untuk menolong seorang rakannya yang muflis. 

Habsah yang berasal dari bandar raya ini menyedari dirinya tertipu selepas beberapa kali diminta memasukkan sejumlah wang dalam tempoh Januari sehingga Jun bagi mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM300,000 melalui kaedah lelongan bangunan. 

Menurutnya, dia mengenali rakannya itu sebagai Gabriel Alexander berusia 50-an melalui e-mel dan turut berhubung melalui WhatsApp dan laman sosial Facebook serta pernah beberapa kali berjumpa.

"Saya ada menerima beberapa mesej melalui WhatsApp daripada dia yang bersetuju membantu dan meminta berurusan menerusi seorang lagi rakannya yang bekerja di syarikat perkhidmatan kurier dikenali sebagai Jonas Martin.

"Dia (Gabriel) memberitahu wang akan dihantar menerusi kiriman bungkusan dan selang dua hari berikutnya, saya dihubungi Martin memaklumkan berkenaan kiriman. 

"Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan bungkusan dihantar itu sebenarnya berjumlah AS$300,000 (RM963,000) dan dia meminta saya menjelaskan beberapa bayaran termasuk cukai kastam berjumlah RM2,550," katanya. 

Habsah berkata, walaupun pada mulanya dia agak musykil dengan jumlah dikirim rakannya itu, namun dia tetap membayar beberapa bayaran yang diminta kerana sangat mempercayai rakannya itu kerana pernah beberapa kali bertemu dan selalu berhubung.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment