Thursday, June 12, 2014

RG2011... Fw: Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

 



Dua Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

bloglist-malaysia.blogspot
kl-today.com
by admin

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkata dua produk terbabit, Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream, tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Produk itu mengandungi hydroquinone dan atau tretinoin yang merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan, menurut kenyataan itu.

Kebiasaannya, hydroquinone digunakan untuk merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi manakala tretinoin pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi untuk merawat masalah jerawat, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

"Penggunaan hydroquinone dan atau tretinoin, tanpa mendapat nasihat kepakaran, dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini," kata kenyataan itu.

"Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak syarikat yang bertanggungjawab meletakkan produk itu di pasaran diarahkan untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk terbabit daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

Para penjual diingatkan bahawa pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk-produk kosmetik.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment