Sunday, June 8, 2014

RG2011... Fw: RM1 BILLION HASIL NEGERI SELANGOR DIKEMBALIKAN

 



LEBIH RM1BILLION HASIL NEGERI SELANGOR DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT DIBAWAH PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) SEPANJANG PENGGAL LALU ... RODZIAH ISMAIL

omakkau.blogspot.
 
Kerajaan Selangor mencatatkan sejumlah RM1.044 bilion hasil negeri yang dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai skim di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang penggal lalu.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri menjangkakan jumlah itu akan bertambah pada penggal ini ekoran kesedaran tinggi di kalangan masyarakat untuk mengambil peluang ditawarkan Kerajaan Negeri.

Pada penggal pertama fokus kami adalah untuk meningkatkan ekonomi rakyat melalui dasar MES. Pada penggal kedua ini kita teruskan program yang ada ini dan kita beri tambah nilai. Kita sedang meniliti perkhidmatan tambahan yang boleh disalurkan.

"Kerajaan Selangor faham keperluan rakyat sentiasa dinamik dan progresif. Jadi kita tambah perbelanjaan itu. Kalau dulu kita ada Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel) yang masih kita kekalkan tetapi sekarang lebih kepada bantuan tambahan untuk peniaga kecil memiliki aset seperti kenderaan untuk menambah pendapatan mereka," kata beliau.

Rodziah berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak di Intekma Resort di sini, semalam.

RodziahTambah beliau lagi, statistik program MES juga menunjukkan terdapatnya peningkatan kesedaran yang tinggi rakyat untuk meningkatkan taraf hidup melalui program yang disediakan.

Statistik MES sehingga 31 Disember 2013 menunjukkan Kerajaan Selangor sudah membelanjakan sebanyak RM1,044,511,342.86 hasil Kerajaan Negeri bagi dinikmati rakyat negeri itu dengan melibatkan hampir 1.6 juta keluarga penerima faedah.

Hasil negeri itu dikongsikan melalui 17 skim di bawah program MES seperti Insentif Perkahwinan Belia, Skimsel, Skim Bantuan Asuhan Rakyat, Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (Mimbar), Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment