[EDISI GILA] Sanggup Tidur Di Kaki Lima Tunggu Kedai Tudung Fareeda Buka
telokbakong.blogspot
penpasksgb.blogspot
KELAB GREENBOC
Tudung Fareeda: Kegilaan melampau, sanggup jadi gelandangan
SHAH ALAM: Sikap orang ramai yang sanggup menjadi gelandangan hanya kerana ingin mendapatkan tudung jenama Fareeda dilihat sebagai satu sikap keterlaluan, tidak masuk akal dan sangat dikesali.
Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek, berkata Islam sebenarnya memberi garis panduan yang begitu mudah untuk diikuti dalam menutup aurat di kalangan wanita.
Katanya, kegilaan itu nyata tertumpu kepada nilai fesyen yang diketengahkan jenama tudung berkenaan sahaja dan bukan bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.
"Sebenarnya mahu berfesyen juga tidak salah dalam Islam tetapi harus selaras dengan syariat dan tuntutan iaitu tudung tidak boleh jarang, tidak pendek dan menutupi dada.
"Mungkin peminat tudung ini juga melihat jenama ini sebagai trend hingga mereka menjadi begini obses. Apapun, saya melihat semua ini sebagai satu sikap untuk berlebih-lebihan dan tidak munasabah," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Beliau dihubungi bagi mengulas pelancaran terbaru koleksi Fareeda yang menarik ribuan peminatnya beratur di butik itu semalaman bagi mendapatkan nombor giliran.
Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook juga mendapati ramai yang sanggup tidur dan bermalam di kaki lima membawa anak kecil dalam usaha mendapatkan koleksi terbaru Fareeda.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, masyarakat Islam terutama golongan wanita harus segera disedarkan daripada kegilaan melampau itu.
"Tetapi, hal ini pasti sukar kerana golongan terbabit menganggap tudung Fareeda sebagai fesyen yang mesti dimiliki dan tidak mahu dianggap ketinggalan dalam bergaya.
"Apa yang saya boleh katakan, sangat susah untuk tahan masyarakat daripada kegilaan ini," katanya.
Ibu pejabat dan butik utama Tudung Fareeda terletak di Bandar Baru Bangi selain terdapat butik di Pulau Pinang dan Kelantan.
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
memalukan..
bila kaum lain mengatakan org mlayu bodoh...marah.tapi ni la dia mlayu skrg.snggup kiamulail kt kdai kain berbanding qiammulail di mesjid..lebih kn fesyen dr menuntut ilmu allah...kesian suami2 mereka...wallah huaklam..."ingatan utk diri sendiri"
Ketika solat subuh d Masjid Surau x pula sggup buat gitu ..
Inilah yg dikatakan MELAYU MUDAH LAYU
As Salam
Saya rasa sebahagian or semua mereka diupah untuk berbuat demikian sebagai sales gimmick atau popular yang di buat buat.
publisiti murahan sehingga suami or solat subuh terabai!
adakah ini yang dikatakan melayu kangkung ? ABU !
Kesian mereka ni....sanggup beratur semalaman....glamour sgt ke cap faridah ni?nk pakai tudung tutup rambut (bukan tutup aurat pun sebab tudung farida kebykan singkat).....betulkan niat wahai kamu semua...hati kamu dah berkeladak dah...
Ini "KEMARUK" namanya... Kalau tidor kat masjid/surau tunggu solat suboh takpa la jugak..
Kalau sekadar bertudung sahaja, lu masih dianggap telanjag beb dimata Allah S.W.T. Ingat aurat bukan di kepala sahaja tetapi seluruh badan dan buang duit lu sahaja beli tudung brand bodoh kalau hanya untuk tutup kepala sahaja tetapi anggota lain masih terdedah di sana sini.
Ada baik lu beli tudung tiada brand tetapi menutupi seluruh anggota badan baru dikira berpakaian di mata Allah S.W.T. melainkan lu adalah umat melayu mr. Bean, then i tak boleh cakap apa dah.
Hidup Melayu. Hidup Melayu. Hidup Melayu.
Melayu Cemerlang.
Melayu Gemilang.
Melayu Terbilang.
1 Melayu ... 1 Malaysia.
Dah subuh belum?
Keuntungan jualan berganda selepas membeli dgn murah di butik yg menyebabkan mereka jadi mcm ne...hasil jualan sudah dapat untung 5-6k..