Sunday, June 15, 2014

RG2011... Fw: saudara baru yg tiada makanan di rumah

 



Kisah saudara baru yang tiada makanan di rumah

bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com
Gambar isteri Saifullah yang juga merupakan saudara baru bersama dengan anak-anak mereka

Bila kita dengar kes-kes rampasan mayat oleh jabatan agama Islam untuk pastikan saudara baru dikebumikan sebagai seorang muslim kita tentu rasa pelik kenapa boleh jadi begitu.

Bila kita dengar adanya saudara baru ataupun anak-anak kepada saudara baru yang dewasa kemudiannya berkahwin dengan penganut agama lain di kuil atau tokong kita juga rasa pelik bagaimana boleh jadi begitu.

Terlalu banyak isu sebenarnya yang dihadapi oleh saudara baru yang menghadapu tekanan hidup. Ada daripada mereka yang masuk Islam bila merasakan umat Islam mampu membantu mereka keluar daripada masalah hidup samada spiritual maupun fizikal.

Saudara baru masuk Islam dan terabai

Aktiviti berdakwah yang agresif oleh umat Islam di negara kita juga membuatkan ramai yang masuk Islam. Kalau dilihat dalam blog-blog para blogger yang mesra Islam, kita boleh baca mereka asyik ceritakan kehebatan Islam, kebaikan akhlak umat Islam dan bermacam-macam lagi cerita dan alasan untuk mengajak orang masuk Islam.

Tapi apabila mereka memeluk agama Islam, rupa-rupanya hidup mereka semakin tertekan. Sudahlah susah miskin tak berharta, tekanan itu bertambah bila ada di kalangan saudara baru diburu oleh keluarga masing-masing yang tidak bersetuju mereka memeluk islam.

Ada banyak kes saudara baru masuk Islam kemudiannya tiada sesiapa sudi melihat dan membantu mereka. Orang Islam menjauhkan diri daripada mereka apatah lagi orang lain. Bila penganut agama lain yang kuat aktiviti sosialnya tampil dan membawa mereka ke pusat agama mereka untuk bantuan, kita tiba-tiba bangun menunjukkan taring nak marah pada mereka, mana boleh macam tu...?

Cerita saudara baru yang sedih

Ini ada satu keluarga saudara baru yang menyedihkan. Beliau menamakan dirinya sebagai Saifullah bin Abdullah, tinggal di Blok B-3-8, Taman Merak Jaya, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Saudara baru kita ini masuk Islam, kemudian bercinta dengan seorang wanita Indonesia yang juga seorang saudara baru. Mereka bersetuju untuk kahwin dan kemudiannya melansungkan perkahwinan di Thailand.
Gambar lelaki berbaju melayu cerah itu merupakan saudara baru Azley Stanley Abdullah, yang aktif membantu saudara baru lain. Mereka menziarah rumah keluarga Saifullah untuk membantu.

Selepas berkahwin semuanya ok. Mereka dikurniakan 4 orang anak masing-masing berumur 13 tahun, 7 tahun, 5 tahun dan 6 bulan. Kemudiannya Saifullah telah mengalami kemalangan di tempat kerja yang mengakibatkan ibu jari dan jari tengahnya putus. Dia kemudiannya kehilangan sumber pendapatan bila tak boleh kerja lagi.

Sejak itu tekanan demi tekanan hidup dialami oleh Saifullah sehingga bertindak seperti orang kurang siuman. Mana taknya?, dengan bebanan kos sewa RM200 sebulan, dan keperluan lain yang datang bertubi-tubi semuanya memerlukan duit, dan tak ada bantuan membuatkan siapa saja hidup tertekan.

Masalah saudara baru ini

Berikut masalah saudara baru yang bernama Saifullah ini:

  1. Sewa rumah RM200 sebulan
  2. Masalah pendaftaran perkahwinan yang telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Kuala Muda Sg Petani tetapi perlu membayar denda sebanyak RM1600 terlebih dahulu sebelum keluar sijil.
  3. Visa isteri pula sudah tamat sejak 2012 lalu dan kena baya kompoun sebanyak RM2000
  4. Lain-lain bantuan keperluan hidup yang dianggarkan antara RM1500 ke RM2000.
Sejak Saifullah menghadapi musibah dan tak kerja, mereka sekeluarga telah berjaya menjalani kehidupan dan menyara makan minum diri mereka dan anak-anak yang masih kecil dengan menjual segala barang rumah mereka satu persatu.

Sedih bila dengar cerita mereka terpaksa menjual perabut, TV, peti sejuk, blander dan lain-lain satu demi satu untuk makan dan minum mereka. Sampai akhirnya rumah mereka kosong dan tak ada apa lagi. Anak mereka yang sulong berumur 13 tahun itu bercadang berhenti sekolah untuk bekerja bagi membantu menyara keluarganya.

Saudara baru juga yang prihatin

Alhamdulillah ada rakan-rakan dari Pulau Pinang yang prihatin untuk memantau kes-kes sebegini dan berusaha buat apa yang patut untuk membantu mereka. Dan yang menariknya rakan-rakan yang prihatin itu terdiri daripada mereka yang juga merupakan saudara baru.

Mereka bangun berusaha membantu kerana mereka dah faham masalah yang dialami oleh para saudara baru yang biasanya masuk Islam dan kemudiannya terpinggir oleh keluarga sendiri dan juga masyarakat Islam itu sendiri yang nampaknya masing-masing ada masalah mereka sendiri dan tak dapat nak menolong.

Saya sedang usahakan kutipan dana atau sumbangan dari orang ramai bagi mengumpulkan dana kepada rakan-rakan saudara baru kita yang berusaha bangun bagi membantu saudara baru yang tercicir yang ada ramai di Pulau Pinang.

Moga dengan adanya dana bantun mereka dapat bergerak lebih aktif dan mampu membantu lebih ramai lagi saudara baru dan menghalang berlakunya rampasan mayat dan juga rampasan anak dara dari majlis perkahwinan di gereja, kuil atau tokong.

Anda yang nak bantu untuk turut serta menyumbang dengan persatuan yang terdiri daripada saudara-saudara baru yang prihatin mengumpul mereka yang tersisih selepas memeluk Islam dan membantu mereka boleh buat sumbangan anda di akaun berikut:
Akaun no: 5571 3923 0356
Bank: Maybank
Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
Insyaallah saya akan update dari masa ke masa kes-kes terpencil saudara baru yang memerlukan bantuan. Insyaallah mereka akan disaring terlebih dulu untuk memastikan kesahihannya sebelum dibantu.

Bukan tak boleh harapkan kerajaan, tapi kita perlu juga berusaha untuk membantu secara sukarela agar tanggung jawab aktiviti kemasyarakatan kita tertunai.

Terima kasih kepada Ustaz Haji Abdul Malik Abdullah, pegawai Mubaligh, Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah, JHEAIPP yang juga merupakan ajak biro dakwah MYIKUT dan juga Muhammad Nur Azley Syanley, pengerusi IKUT.

Semua mereka adalah saudara baru, yang tak baru sebenarnya sebab dah lama peluk Islam dan amat aktif berdakwah dan membantu saudara lain yang baru.

comments:

  1. 'saudara baru' ni kasta ka apa?

    1. Sesungguhnya orang-orang beriman itu saudara. Jadi bila mereka belum beriman tak masuk dalam kategori itu, bila beriman maka jadilah mereka saudara, iaitu saudara yang baru...macam tu lah kot..ganti nama saja dan tak ada kasta macam pekerja baru dalam sesebuah kilang, tak ada kena mengena dengan kasta sebab CEO yang baru masukpun kita panggil pekerja baru jugak...wallahu'alam!

  2. Anonymous

    Saya juga mualaf, semasa baru memeluk islam sy dikehendaki mgisi borang. Ada satu soalan yg menarik perhatian sy. Soalan tsb meminta sy mberitahu pihak MUIS apa tujuan saya memeluk islam. Perlukah sy jawab? Itukan sepatutnya antara sy dgn Allah sahaja. Kemudian sy dikehendaki isi borang untuk zakat, dalam borang tsb pula ada soalan ttg pkerjaan sy. Memandangkan pkerjaan sy adala pendidik d ipta maka mungkin juga itula sebabnya sy tak pernah dapat zakat setelah setahun memeluk islam. Sy tak kejar sgt duit zakat tu tapi sy nak ingatkan seorang mualaf ada hak mdapat zakat regardless apa pekerjaanya.

    1. Pusat zakat perlu jawab soalan ini kenapa saudara tak diberikan zakat. Kelamahan manusia memang banyak, pegawai pusat zakat tak terkecuali.

      Saya juga berminat nak tahu bagaimana saudara/i memeluk Islam, nak tahu kerana ingin memahami pintu-pintu yang membuka hidayah.

      Dari situ saya dapat kesedaran bahawa tidak ada sesuatupun kejadian yang berlaku itu sia-sia.

      Ada orang peluk Islam sebab tertarik melihat orang solat, ada yang tertarik lihat orang berwuduk, ada yang nak kahwin, ada yang tertarik pada akhlak kawan muslinya, ada yang masuk Islam sebab dengar azan, ada masuk sebab suka berpuasa, ada yang masuk sebab baca terjemahan Quran...dan semuanya ok tanpa ada pengecualian, orang mendapat hidayah dari berbagai sebab dan kita perlu menerimanya tanpa ada perbezaan..

  3. Anonymous

    Salam, mohon pencerahan. Saya cuba TT derma online melalui Maybank2u tetapi di"reject" oleh system. Alasan yg diberikan ialah " Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]".

    1. W'salam,

      Sebelum ini dah buat transfer tak ada masalah pulak. Saya tak pasti dan dah maklumkan perkara ini.

      Cuba pastikan samada tuan/puan masukkan no yang betul... sementara saya dapatkan maklum balas dari pemegang akaun.

      Mohon maaf atas kesulitan dan terima kasih!

  4. Assalamualaikum, Sy Azley dr myIKUT..baru ja check dgn kwn dr Maybank..katanya masalah dr acct sender bukan penerima..mkin ada sesuatu yg maybank2u request yg tidak diikuti...dicadangkan check dgn branch @ try transfer guna ATM jika masih ada masalah sila maklum..insyaALLAH sy akan membantu..017-5313272

    1. Terima kasih Tuan Azley !

  5. Saya cadangkan selain beri akaun bank ,untuk membantu saudara baru ini,eloklah diletakkan tabung-tabung direstoran -restoran mamak dan kedai orang Islam seperti Mydeen agar sumbangan itu lebih cepat dapat dikutip .

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment