Sunday, June 15, 2014

RG2011... Fw: Ujian PMR Di Ganti Dengan PT3 Julai Ini

 



Muhyiddin Yasin: Ujian PMR Di Ganti Dengan PT3 Julai Ini

pahangdaily.blogspot
 

KUALA LUMPUR: Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, di mana murid-murid perlu menyiapkan kerja kursus berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh berkenaan

Ujian lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 6 hingga 29 Ogos

Seterusnya, murid-murid terlibat akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban

"Bagi tahun pertama, kita sedar ada pihak yang belum faham dengan sistem ini. Kita nak masukkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global

"Sebab itu cara pelaksanaan di awal-awal ini agak berbeza tapi akan stabil beberapa tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini, Sabtu. #sumber

Komen 

 
Anonymous said...

PT3 tidak lagi peperiksaan berpusat, bermakna kertas soalan akan disediakan oleh sekolah masing-masing?
Kalau begitu, tahun depan rakyat Malaysia jangan terkejut jika semua asrama penuh dipenuhi dengan anak-anak guru.
Keputusan peperiksaan juga 100% bergantung pada budi bicara guru?
Nampaknya kenalah ibubapa membodek guru sebanyak mungkin.
Inilah sistem yang canggih yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan kesayangan kita. Sistem 'Bodek Cikgu'. Celaru dan mengarut.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment