Wednesday, June 18, 2014

RG2011... Fw: Zon larangan merokok di semua R&R

 



Zon larangan merokok akan diwarta di semua R&R

Kementerian Kesihatan akan mewartakan zon larangan merokok terhadap kawasan tertutup di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya seluruh negara selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, larangan membabitkan kawasan makan dan tandas serta pejalan kaki berbumbung.

Perbincangan dan persetujuan dengan pihak konsesi lebuh raya menurutnya telah pun diperoleh.

"Semua R&R di dalam negara kita akan bebas daripada merokok. Ia kerana di situ tempat mereka makan, dan jika mereka merokok di situ, risiko bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada semua orang yang berada di sekitarnya," ujar Subramaniam.

Tambahnya, kementerian juga akan berbincang dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan bandar bebas asap rokok.

Katanya Pantai Batu Buruk di Terengganu, Gua Mulu di Sarawak dan Kelantan kini berada dalam perancangan untuk diwartakan sebagai bandar bebas asap rokok.

Selain itu, laluan pejalan kaki berbumbung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejauh 23 kilometer turut akan diwartakan sebagai zon larangan merokok.

Subramaniam terdahulu merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat kebangsaan 2014 di sini.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang bertemakan "Jimat wang! Berhenti merokok! Selamatkan nyawa!" itu dilihat mampu mengajak masyarakat khususnya perokok untuk berhenti merokok sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat dan menjimatkan wang.

sumber

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment