Monday, June 16, 2014

RG2011... Komando ditembak, Polis bunuh diri, Tentera merogol

 

Komando ditembak, Polis bunuh diri, Tentera merogol
Posted on Tuesday, June 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Analisis Isu "Pada 15 Jun 2014 seorang anggota polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dikatakan menembak diri sendiri selepas membunuh seorang pengawal keselamatan. Pada 13 Jun 2014 pula dilaporkan 6 orang anggota tentera dari Jabatan Siasatan Khas di Kem Jeti Pulau Pisang, Johor telah ditangkap berhubung kes rogol gadis berusia 14 tahun di pantai Pontian Besar. Tiga dari enam anggota tentera yang ditangkap tersebut diuji positif dadah.

Pada 30 Mei 2014 pula seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu. Negara dikejutkan lagi dengan kes penculikan di perairan Sabah pada 16 Jun 2014.

Nampaknya tembak, bunuh, bunuh diri, rogol, pengambilan dadah di kalangan anggota keselamatan kita bukan lagi kes terpencil. Sesuatu perlu dilakukan di semua peringkat, bermula dari kepimpinan tertinggi ATM dan PDRM serta KDN dan MINDEF.

Ini adalah masa yang terbaik untuk dibahaskan perkara ini di parlimen di kalangan ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat demi keamanan dan keselamatan negara.

Usaha Dakwah, Kaunseling dan Kebajikan di kalangan anggota ATM dan PDRM perlu diperhebatkan.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment