Tuesday, June 10, 2014

RG2011... Penang Laksanakan Cukai Katil Bermula 1 June - Mungkin Cukai Katil Lagi Afdal Dari GST.

 

Penang Laksanakan Cukai Katil Bermula 1 June - Mungkin Cukai Katil Lagi Afdal Dari GST.

 

Di saat rakyat pongpang2 menolak GST yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri Penang sempat pula melaksanakan cukai katil.

Amboi.
Bab cukai mencukai neh depa tiru kerajaan Melaka. Kerajaan Melaka kenakan cukai warisan. Yang tue la depa tiru bulat2. Tapi sampai ke Penang dia jadi cukai katil. Memang haru betul.
Kalau baca kat blog ZainulFaqar, dia menulis ;

"YB ADUN Komtar (Teh Lai Heng) mengemukakan cadangan untuk mengenakan caj kepada pelancong asing untuk hotel di Bandar George Town sahaja dan cadangkan caj tersebut dibuat mengikut status hotel (sebagai) contoh RM10 untuk hotel (bertaraf) lima bintang seperti yang telah dilaksanakan oleh (Kerajaan) Negeri Melaka yang mengenakan Caj Warisan.

"Cadangan untuk melaksanakan caj kepada pelancong untuk hotel-hotel di George Town boleh dipertimbangkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan perkara ini perlu dibincangkan dengan pihak hotel," kata Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada sesi penggulungan dalam penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-13, 5 Julai 2013.


Rujukan : sini
Cadangan dibuat pada tahun 2013. Selepas DAP menang lagi sepenggal di Penang. Itu yang rasa besar kepala. 
Kononnya cukai ini hanya dikenakan ke atas pelancong asing di George Town. Iye ke? Mari kita lihat baca testimoni kat bawah neh kejap ;


Ini adalah testimoni dari Lawyer PAS yang berhujah dengan polis isu lokap dan saman cermin gelap baru2 neh. Masih ingat? Kalau tak tau citer rujuk sini dan sini.
Bukan orang BN. Bukan juga cybertroopers UMNO ye.
Hehe.
Kalau tengok pada petikan di atas, wakil rakyat Komtar menyebut caj dikenakan kepada pelancong asing semata2. Yang kat atas neh orang Malaysia. Pasai apa dia kena caj pula? Takan lawan polis terus jadi warga asing kena buang negara kot?
KAH KAH KAH
Lihat lagi ;

 

 
Info berkaitan.
1. Cukai katil akan dikenakan kepada setiap pelancong yang datang melawat Penang dan menginap di mana2 hotel.
2. Yakni, ia hanya melibatkan para pelancong aje la kan (hujah penyedap ahti penyokong2 DAP yang taksub).
3. Untuk hotel 4 bintang dan ke atas kadar yang dikenakan ialah RM3 per bilik.
4. Untuk hotel 3 bintang dan ke bawah kadar yang dikenakan ialah RM2 per bilik.
5. Hotel, rumah rehat, hostel, hotel bajet, rumah tamu (yang macam dorm, satu bilik boleh tidur ramai2 sebab ada katil bujang dalam 5,6 macam tue la lebih kurang) dan sebagainya akan terlibat dengan cukai katil ini.
6. Cukai ini mula dilaksanakan di Penang bermula pada 1 June.

Nampaknya bukan hanya George Town aje yang terlibat ye?

Cadangan awal tak sama macam cadangan akhir. Mungkin lepas neh Selangor, Kelantan dan lain2 negeri akan menyusul tindakan dari Penang. Dan mungkin lepas neh bila homestay menjadi popular, cukai homestay pula akan dikenakan. Mana la tahu. Orang2 politik neh dorang tak berfikir sama seperti rakyat berfikir. Apa2 hal rakyat mesti kena dulu. Rakyat mesti salah aje. Orang2 politik tak pernah salah dan setiap kali dorang nak laksanakan cukai dorang mesti ada hujah dan dalil. Rakyat yang melawan aje takde hujah, takde dalil.

Ye tak?

KAH KAH KAH

Untuk bidang pelancongan neh. Kerajaan pusat dah kenakan cukai. Ianya bukan murah juga. Maka apa yang berlaku di Penang sama juga la seperti di Melaka. Dikenakan cukai berganda tetapi yang kutip tue orang yang berbeza. Pusat kutip, negeri juga kutip.

Masa kes caj warisan di bandar Melaka. Orang marah juga. Tapi terpaksa telan.

Sama juga la kes nya di Penang. Aku tak percaya orang2 Penang setuju. Bahkan oleh kerana ia melibatkan PELANCONG maka aku tak rasa rakyat Malaysia secara am nya akan bersetuju dengan pengenalan cukai ini.

Memang betul sangat. Bukan kita melancong hari2. Kalau takde duit tak payah la melancong ye tak? Baru ke tambah rm2 sebilik pun nak kecoh. Ye tak?

Kalau macam tue jangan la kecoh juga bila BN nak laksanakan GST.

Kurang2 dengan GST, ada barang yang turun harga, yang kekal harga walaupun ada yang naik harga.

Dengan cukai katil neh, di Penang, apa yang ada hanyalah naik harga. Pelancong perlu berbelanja lebih untuk melancong di Penang. Bagi yang tak berkemampuan tue tak payah la melancong sebab tak matinya kalau tak melancong pun. Hahaha.. boleh la siap2 gunakan hujah neh untuk membidas pelawan2 cukai katil kat orang2 macam aku.
Dah kata untung banyak.
Pelabur banyak masuk buat pelaburan.
Dapat buat simpanan lagi dapat pula menjana keuntungan.
Lepas tue perkenalkan cukai baru?
Hahaha..
Tak henti2 pujian yang DAP terima sampai lupa nak renung tanah sekali sekala ye?
BN mencukai rakyat dengan GST. Dan rakyat melawan.
Penang mencukai rakyat dengan cukai katil. Rakyat juga akan melawan.
Dari awal lagi pengenalan2 cukai neh sebenarnya tak kena dengan situasi ekonomi semasa. Aku tak rasa pelancongan di Penang akan jatuh cuma aku rasa sebagai pengguna, dorang akan rasa ia membebankan walaupun tak suka terpaksa membayar juga disebabkan keperluan untuk melancong. Bukan semua orang melancong sebab suka2 nak melancong. Ada juga yang berbuat demikian atas tuntutan tugas dan atas tujuan peribadi. 

Yang paling menakutkan jika cukai ini kelak akan diperluaskan ke negeri2 lain.
Yang paling merunsingkan ialah rakyat suka tak suka kena hadap la dengan pelbagai lagi penambahan cukai2 baru dalam kehidupan mereka.
Yang paling meloyakan sekali ialah semua hujah2 rakyat yang menentang cukai2 oleh mana2 kerajaan sekalipun hanyalah akan dinilai dari sudut kepartisan dan kepolitikkan. Dia neh mesti orang BN. Itu sebab dia lawan cukai katil. Oi dia neh macai BN oi. Dia neh mesti orang PR. Itu sebab dia lawan GST. Oii macai PR. Sampai bila suara rakyat, penentangan rakyat, hujah rakyat dan rasioanaliti rakyat harus dianalisis berpandukan kepada sudut kepolitikkan?

Tak boleh ke rakyat tak suka GST sebab BN tak amanah dalam membelanjakan wang cukai.
Tak boleh ke rakyat tak terima cukai katil kerana pelaksanaannya tak kena dengan situasi semasa.
Tak boleh ke jika mana2 kerajaan dan ahli politik berhenti berfikir pasal nak mencukai rakyat dan tumpukan kepada usaha2 untuk menyelamatkan rakyat dari syarikat2 kapitalis yang semakin lama semakin menyusahkan hidup rakyat?
Tak boleh ke macam tue?

Lue fikirlah sendiri ek.

-amenoworld

 

__._,_.___

Posted by: "Newsforwarder" <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment