Thursday, June 5, 2014

RG2011... Syabas Johor-Perak dll Bila Lagi?

 

Johor negeri pertama bakal beri kuasa kepada Sultan, lapor Utusan Malaysia

Published: 6 June 2014 | Updated: 6 June 2014 11:50 AM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) akan terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila satu rang undang-undang baru akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin, lapor Utusan Malaysia.

Laporan itu mendakwa jika rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu diluluskan, ia akan memberi kuasa kepada Sultan Ibrahim untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dan terlibat dalam pembangunan hartanah di negeri itu.

"Ia juga memperuntukkan enakmen yang akan membolehkan baginda mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baru, menentukan jumlah elaun dan saraan mereka serta berhak melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

"Ahli lembaga pengarah yang dilantik juga akan mengambil alih pengurusan pembangunan perumahan dan hartanah negeri itu.

"Rang undang-undang tersebut, jika diluluskan akan menjadikan Johor negeri pertama yang memberi kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan," lapor Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata kuasa sultan dalam LPHJ adalah tertakluk kepada kanun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Katanya, mengikut kanun itu, Sultan Ibrahim boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal yang berkaitan.

"Kerajaan negeri, sebelum ini pernah memasukkan fasal yang sama semasa enakmen penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) yang kini dikenali sebagai Johor Corporation (JCorp).

"Jcorp kini sudah berkembang sebagai satu syarikat yang dikenali bukan sahaja di dalam negeri, malah di peringkat antarabangsa. Jadi, jangan jadikan usaha mewujudkan lembaga perumahan itu sebagai isu," kata Abdul Latiff kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata LPHJ akan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beliau selaku pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai timbalan pengerusi.

Sementara itu, Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pemberian kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Katanya, kerajaan bertangungjawab kepada semua dasar pentadbiran, kecuali hal berkaitan agama.

"Sekiranya ada kuasa yang tidak betul, siapa yang harus bertanggungjawab? Contohnya dalam pemerintahan kerajaan persekutuan, jika sultan berkuasa, apa pula peranan perdana menteri?

"Raja berkedudukan di atas dan mempunyai kuasa agama, tetapi soal pentadbiran bukan kerja baginda," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia.

Beberapa aktivis sosial berpandangan campur tangan sultan dalam hal pentadbiran kerajaan negeri akan membuka peluang kepada pihak tertentu mengeksploitasikan institusi raja.

Khairul Anuar Ramli berkata, Sultan Johor perlu memberikan kebebasan urusan tanah negeri itu kekal di bawah seliaan kerajaan negeri, dan baginda masih boleh memberikan pandangan sekiranya melihat sebarang kepincangan berlaku.

"Kami memohon agar Sultan Ibrahim memberi peluang kepada kerajaan untuk menguruskan sendiri pentadbiran negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.

"Saya percaya jika diteruskan, pihak yang tidak mendapat keistimewaan itu akan menggunakan peluang yang ada untuk menokok tambah dan menghina istana dalam apa cara sekalipun," katanya kepada Utusan Malaysia. – 6 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/johor-negeri-pertama-bakal-beri-kuasa-kepada-sultan-lapor-utusan-malaysia#sthash.2QkehDib.dpuf

__._,_.___

Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment