Thursday, June 12, 2014

RG2011... Terkini - Kilang Bihun Cap Masjid Masih Beroperasi - Berikut Senarai Jenama Yang Dikeluarkan

 

Terkini - Kilang Bihun Cap Masjid Masih Beroperasi - Berikut Senarai Jenama Yang Dikeluarkan!

Bukan hanya cap masjid. Kilang pengotor tue juga juga banyak jenama2 bihun lain. Memang sial la. Aku rasa aku pernah beli bihun dalam paket putih tue. Tapi tak ingat jenama apa. Dah lama la juga. Masa tue tak tau lagi nak baca logo halal tiruan. Sejak kecoh isu kopi dna babi kat Johor tue baru aku belajar bagaimana nak mengenalpasti logo halal keluaran JAKIM. 
Kembang tekak fikir pasal bihun. 
Yang aku tahu ;

1. Aku tak berani nak beli apa2 bihun dah

2. Bihun kat kedai2 makan pun aku taknak beli sebab tatau dia masak guna brand apa.
Senang cakap. BOIKOT BIHUN!
Haha..
Agak2nya kilang gila tue ada keluarkan suhun tak? Suhun pun adik beradik bihun juga kan?
Dalam paper SH menulis ;

 
Aku pantang betul la bila wartawan tue menulis macam neh. Langsung taknak sebut jenama2 yang dikeluarkan oleh kilang tersebut. Nasib baik Metro keluarkan nama2 jenama. Yang SH neh cuak sangat dah kenapa? Poyo je.

Jenama2 lain yang dikeluarkan oleh kilang tersebut ialah ;

1. Cap Kucing

2. Cap Timun


3. Cap Kambing

4. Cap Masjid

Lihat gambar jenama bihun cap Kucing yang dirampas kat Pasaraya baru2 neh ;


Kemain lagi pasaraya2 sekarang neh. Bila IKS nak masuk pasaraya kemain susah. Tapi kilang kotor lagi menjijikkan neh senang pula mendapat tempat di pasaraya2 korang? Tak selidik dulu ke sebelum main jual je product2 depa? IKS yang lagi bersih pun susah nak tembus pasaraya sebab kononnya tak mendapat sambutan. Alasan sampah. Diskriminasi macam neh wujud. Tak perlu nak nafikan. Fakta beb. Aku menolak racist oleh semua jenis bangsa. Memang aku tahu sangat betapa teruknya IKS berusaha untuk mendapatkan tempat di PASARAYA2 yang terkenal. 
Packaging dia pun lain sikit dari yang dikeluarkan oleh bihun cap Masjid tapi datangnya dari satu kilang yang sama.
Dengan ini aku cadangkan agar kita BOIKOT semua jenis bihun melainkan ia dikeluarkan oleh pengeluar2 yang terbukti BERSIH dan HALAL. Restoran2 yang nak jual bihun pula elok pamerkan bihun jenis apa yang korang jual. Kalau tak minta maaf la semua, nampaknya kena la boikot makan bihun.
Dan yang lagi mengemparkan ;

 
Hantu betul.

Kilang masih beroperasi. Dan kalau pun didenda, hukuman dia tak setimpal dengan kesalahan yang dia lakukan.

JAKIM pun satu halnya. Orang tue dah misuse logo HALAL. Jakim sendiri patut SAMAN KILANG tersebut. Jangan bagi muka. Memang la ada akta khas yang membolehkan pemilik kilang tersebut didakwa tapi JAKIM sendiri kena mainkan peranan bagi membersihkan imej JAKIM. Jika JAKIM saman syarikat tersebut, maka KES neh akan kecoh. Apasal JAKIM saman? Logo halal palsu? So syarikat2 yang gunakan logo halal palsu yang lain akan mula rasa cuak. Sebab apa? Sebab akta tue ringan sangat hukuman dia. Setakat ribu2 neh dorang boleh jadi sebab dorang untung besar. Masuk pasaraya apa semua tau. Mohon JAKIM keras sikit dalam bertindak. Jangan bagi chance la pada mereka2 yang misuse logo halal.

Yang menyakitkan ahti. Kilang kotor tue masih lagi beroperasi sampai sekarang. Apa sudah jadi? Jangan sampai rakyat mengamuk pergi serang kilang bodoh tue. Mohon pihak penguatkuasa rampas dan tahan semua pekerja2 kilang tersebut kerana bersubahat membekalkan makanan kotor kepada pengguna.

Tahan juga tauke kilang yang tak guna tue. Macam sial la.

Dah la jual benda kotor.
Lepas tue tempek logo halal.
Yang tak faham nak baca logo halal original pasti tertipu.

Angin aku.

Kbai.

 

__._,_.___

Posted by: "Newsforwarder" <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment