Wednesday, July 9, 2014

RE: RG2011... Fw: Gadis Melayu Peluk Anjing -Dakwah bil haal...

 

artikel ringkas di laman web e-fatwa.gov.my yang menerangkan secara jelas kedudukan haiwan anjing dan babi dalam Islam ditulis oleh Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ia ditulis untuk memberikan penerangan kepada umat Islam ekoran ada sesetengah pihak yang dilihat kerap mencetuskan kontroversi berkaitan anjing antaranya bergambar dengan memeluk dan memegang anjing.

"Sejak kebelakangan ini, perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak didapati semakin tegar menghina kesucian dan keluhuran agama Islam, apa yang amat dikesali ialah pelakunya bergelar Muslim.

"Tidak cukup dengan memelihara anjing tanpa sebab yang diizinkan syarak, perbuatan biadap melakonkan perbuatan mengambil wudhu' untuk anjing dilihat sebagai satu penghinaan yang cukup besar," menurut artikel itu.

Artikel JAKIM itu juga menyebut, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan bahawa memelihara anjing adalah satu amalan terpuji yang digalakkan Islam sambil memtetik riwayat yang mengisahkan seorang pelacur memberi minum seekor anjing adalah tidak berdasarkan hujah yang tepat.

"Menukilkan hadis secara semberono tanpa melihat kekeliruan dan keresahan kepada orang ramai adalah satu jenayah ilmu yang termasuk dalam kategori 'tahrif' atau mengubah makna sebenar nas-nas syarak," katanya.

Kenajisan Anjing

Dalam artikel itu dikatakan bahawa najis menurut pengertian syarak ialah segala kekotoran yang menghalang shnya solat seperti tahi, nanah, darah dan sebagainya.

"Bagi anjing jumhur ulama berpandangan bahawa seluruh badan dan anggotanya adalah najis," kata artikel itu.

Menurutnya, pada dasarnya ketetapan najis bagi anjing ini dipandand daripada dimensi yang bersifat ritual dan bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik.

"Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah, lagi pula ia sangat taat pada tuannya. Namun sesungguhnya segala hukum-hukum dalam agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut tuntutan akal dan perasaan," katanya.

Hukum Memegang Anjing Tanpa Sebab

Menurut artikel JAKIM itu, menyentuh anjing atau babi tanpa sebarang sebab yang mendesak adalah haram, perbuatan itu dinamakan"Al-Tadhamukh Bi Al-Najasah" dan dinyatakan sebagai suatu yang dilarang (iaitu haram).

Jika dilakukan tanpa keperluan seperti menyelamatkan anjing pemburu dari kebakaran, contohnya.

"Mazhab Al-Syafie dan Hanbali menghukumkan bulu anjing adalah najis. Bagaimanapun, jika bulu anjing itu kering, tidak perlu seseorang itu menyamak pakaian atau tangannya, memadai membasuh bahagian itu dengan air mutlak," katanya.

Selain itu, hukum memelihara anjing tanba sebab-sebab muktabar adalah haram, justeru seorang Muslim tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Namun, Islam telah memberi beberapa pengecualian daripada hukum asal ini dan membenarkan anjing dipelihara untuk tujuan berburu dan menjaga haiwan ternak seperti kambing ataupun menjaga ladang dan kebun.

 

"Bagaimanapun, untuk menjadikan anjing sebagai teman yang jinak dan tinggal sebumbung dengan tuannya, Islam tidak membenarkannya dan ia bukanlah suatu situasi keperluan yang medapat pengecualian hukum," kata artikel itu.

 

 

 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
Sent: Friday, June 27, 2014 1:31 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Gadis Melayu Peluk Anjing -Dakwah bil haal... [2 Attachments]

 

 

Jazakallah atas komen anta itu ....Islam telah selama 1400 mendidik ummat manusia agar bersangka baik terhadap sesama manusia..Inshaallah malahan setiap perbuatan dan sifat mulia, amal baik, ikhsan dan kasih sayang yang ikhlas harus dicontohi oleh semua  walaupun kepada seekor haiwan yang hina dan jijik dimata manusia namun tidak dimata Penciptanya! "Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan prasangka kerana sebagian prasangka itu dosa!....Al-Hujurat 49:12

 

Sedihnya ummat bukan Islam nampaknya lebih prihatin daripada orang Muslim sendiri dalam bab sikap kepada haiwan....amatlah sedih sekali...Kita melatih anak-anak dan masyarakat Muslim mengamalkan membaca "Bismillahir Rahmaan Nirrahim" - Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih Maha Pengisihan....tetapi ketika seekor kucing atau anjing memandang mata kita mengemis rezki yang Allah SWT yang Pemurah menyuap ke mulut kita, kita sanggup buat dek je, lebih jahil lagi ada yang sanggup memukul, menyepak atau menghalau tanpa ada perasaan kesihan langsung seolah2 kita ni tidak ada langsung sedikit pun sifat kemanusian sebagai yang dididik oleh Islam agama murni yang selama ini kita wajib amalkan...

 

Lebih pelik dan zalimnya lagilah pula  orang Melayu Islam seolah2  tak boleh lah nampak seekor anjing pun dimana2...yang tahunya ashik nak lempar batu sahaja....entah apa lah dosa yang dilakukan haiwan itu, walaupun hanya memakan sampah dan sisa rezki dari dalam tong sampah!...Anjing juga berhak untuk hidup dimuka bumi ini seperti kita manusia. Sama ada kita sedar atau tidak haiwan2 tersebut tidak diciptakan Allah SWT melainkan dengan manafat yang seharusnya manusia sendiri perlu memikirkan dan bermuasabah diri dari penciptaanNya itu..

 

Tidak pernahkah kita mendengar daripada Seerah Rasulullah SAW tentang kisah seorang pelacur Yahudi yang memberikan sedikit air didalam kasutnya kepada seekor anjing yang hampir mati kehausan dan lantas Allah SWT mengampunkan dosanya dan menempatkannya kedalam syurga.. sedangkan seorang wanita tua yang sering bersolat dihumban ke neraka kerana perbuatannya mengurung seekor kucing tanpa memberi makanan sehingga ia mati?  Apa pengajaran yang wajib kita semua mengambil iktibar dari ini?

 

Haiwan memahami manusia hanya menerusi bahasa ikhsan, kelembutan dan kasih sayang walaupun manusia tidak memahami bahasa mereka kerana kejahilan sendiri. Mereka terbukti mempunyai perasaan seperti manusia yang banyak dibuktikan oleh faktor2 saintifik.. Masyarakat Islam perlu berubah mindset dan sikap negatif yang boleh menimbulkan prejudis orang lain ketida dunia dilanda gejala Islamafobia dengan fitnah dan tohmahan musuh2 Islam kerana persepsi negatif yang ditonjolkan oleh orang Islam sendiri... 

 

Bukankah lebih baik seorang muslim menunjukkan sifat nilai baik dan murni terhadap seekor haiwan yang dikatakan najis daripada mempaparkan  perilaku seorang Muslim yang berkopiah (guru pulak tu)(tertera didalam FB) yang kejam membunuh seekor anjing yang tidak terbukti berbahaya kepada manusia.Anjing tidak bertindak akan mengamcam keselamatan atau  membahayakan manusia seandainya ia tidak diganggu atau disakiti. 

 

..Rasanya kopiah bagi seorang muslim sebegitu hanyalah lebih layak diletakkan di kepala lutut dan bukannya dikepala! Bezanya hanyalah insan sebegitu  bukan dari seorang Yahudi yang juga berkopiah atau bukan seorang Pope Kristian je..... Allahu'alam

 

Mohon maaf khilaf dan salah seandainya ada hati2 murni yang tersinggung dengan pendapat ini...hasrat ikhlas hanya sebagai perkongsian sahaja dari hamba yang fakeer ilmu dan kemuliaan ini jkk

 

Suraya Al Fakeer

The Silaturrahim/Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin/Research Information Centre on Islam/Bela Miskin/Tahfees As Siddiq

 

Suriati Othman

 


From: "Abdul Rahman Sien Abdul-Rahman.Sien@my.ey.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, June 26, 2014 10:08 AM
Subject: RE: RG2011... Fw: Gadis Melayu Peluk Anjing

 

 

Harap perkara yg di lakukan nya ini  tidak berniat utk menunujuk-nunjuk!

Dari apa yg tunjukan dalam gambar ini,  rasa nya  kurang sesuai sgt sebab haiwan in, air liur nya senantiasa meleleh, sudah tentu nya akan terkena pada  kita. Kalau setakat memegang di bahagian kering tidak jadi masalah

 

Tetapi cuba lah mengelak seperti apa yg di lakukan oleh wanita ini.

Apa2 pun biar mereka pakar bercakap ttg perkara nie…

 

Wa'Allhualam

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
Sent: Wednesday, June 25, 2014 9:26 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Gadis Melayu Peluk Anjing

 

 

apa isu nya?

 

bukan haram atau berdosa pun.....

 

yg penting samak lepas pegang bukan bermakna berdosa bila pegang.....

 



 

2014-06-25 0:28 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:

 



Gadis Melayu Peluk Anjing

bloglist-malaysia.blogspot.

blogtauhusumbat.blogspot

 

 

 

Gambar Hani El Zahra Peluk Anjing Viral Di Laman Sosial!

blogtauhusumbat.blogspot

gossipanas.blogspot

 

 

Menyentuh anjing sememangnya haram di sisi agama Islam apalagi menjdikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan. 

 

Menerusi blog aiskosong sebentar tadi, Gossipanas menemui beberapa keping gambar seorang gadis bertudung memegang dan memeluk seekor anjing viral di laman Facebook.

 

Wanita berkenaan dikenali sebagai Hani El Zahra melalui akaun Facebook miliknya memuat naik banyak gambarnya sedang memegang anjing.

 

Lagi Gambar dan komen di Akaun Facebook Hani El Zahra

 

Setelah mengamati komen-komen kawan-kawannya, ada yang memberi sokongan dan memuji tindakan beraninya sebagai pencinta haiwan, manakala ada juga yang mengecam tindakannya dan mendakwa perbuatannya itu memalukan Islam.

 

Saksikan beberapa gambar dibawah - Gossipanas.blogspot.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

comments:

  1. Anonymous

gambor peluk makwe makwe yg jelas haram dan berdosa org like xda nk bising2.....bangang abadi

  1. Anonymous

tauxpe

  1. Anonymous

sesungguhnya memegang anjing itu tidak haram, cuma najis besar yg akan menyebabkan segala ibadah tidak sah..yg jelas haram adalah bersentuhan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim. walaupun perbuatan memegang anjing itu dilihat agak janggal dilakukan oleh seorang insan yg beragama islam dan sesuatu yg bertentangan dgn kefahaman adat melayu sendiri, tetapi menjatuhkan hukum haram itu adalah sesuatu yg dzolim.

  1. Anonymous

tkdo nye haram pegang anjing oooiiii... anjing n babi tu najis berat je. najis, bila dah pegang, then perlu kita bersihkan dengan sertu / kebanyakan org sebut samak. sama lah kalu kite pegang taik. taik tu tak haram dipegang, tapi ia najis dan hanya perlu dibersihkan sahaja...

bodoh lah blogger yang post ni . Sejak bila pula anjing ni haram dipegang? Ia cuma haram dipegang jika anjing tu basah . Kalau kering tak haram pun . BODOH kalau tak taw apa-2 tentang agama , jangan sok taw

  1. Anonymous

kalau ye pun ayat tu elok sikit, cam tu ke Islam ajar... jgn ikut nafsu amarah tu... Islam ajar umatnya utk bersabar

  1. Anonymous

bengap

 

·  Anonymous

Pengetahuan x cukup nak post mende2 hukum hakam baik tak yah!
Lain kali ngaji dulu naa...

  1. Anonymous

ye ke?? awak tahu sangat ke

# Assalamualaikum
boleh tak klik link kat bawah ni:
http:// EarnPerVisits.com/?share=4110
Jika boleh saya amat bersyukur kepada allah yang maha esa

 


___________________________________
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. EY is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.

 

__._,_.___

Posted by: HELMI BIN HASHIM <helmi_hashim@silterra.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (17)

Check out the automatic photo album with 94 photo(s) from this topic.
1459252_133399740179651_46479072_n.jpg 1459252_133399740179651_46479072_n.jpg HANI7.jpg hani8.jpg hani3.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment