Friday, October 10, 2014

RG2014... BR1M naik daripada RM650 ke RM950 [1 Attachment]

 

BR1M naik daripada RM650 ke RM950
Posted on Saturday, October 11 @ 01:14:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Berita Membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang ditanggung rakyat, kerajaan memutuskan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah daripada RM650 kepada RM950 mulai tahun depan.

Membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat mengambil kira peningkatan dalam kutipan hasil kerajaan daripada cukai perkhidmatan dan barangan (GST) dan kemampuan kerajaan.

Najib yang juga menteri kewangan berkata, Putrajaya akan meningkatkan BR1M dari RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

"Bantuan ini akan dibayar sebanyak 3 kali setahun, iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.

"Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini akan dibayar sebanyak 3 kali setahun juga, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya RM350 akan dibayar mulai September 2015.



"Bagi kategori individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 setahun. Bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun depan," katanya.

Di samping itu, Najib berkata, kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-BR1M yang diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian.

Katanya, skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun.

Pada tahun ini, kerajaan menambah nilai pemberian BR1M daripada RM500 tahun lalu kepada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bantuan kewangan RM450 pula diperluas kepada isi rumah berpendapatan sederhana antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan.

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
grafik-2015-bajet-slideshow-BR1M.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment