Monday, October 13, 2014

RG2014... Fw: AKIBAT HUJAN LEBAT SEMALAM

 



DUA ANGGOTA SEDANG BERTUGAS MAUT DITEMPAT KEJADIAN APABILA PONDOK POLIS RANAP KENA HEMPAP.

omakkau.blogspot
 
Dua anggota polis maut dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap kontena pondok polis akibat hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara malam tadi.
  
Dua anggota polis yang maut dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di Jalan Bellfield, Kampung Attap di ibunegara itu dikenali sebagai Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, dan Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48.
  
Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, kedua-dua mangsa bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dan ditugaskan di lokasi berkenaan yang menjadi pejabat setor menyimpan barang kes.
  
Bercakap kepada pemberita di Zon Kritikal HKL, beliau berkata hujan lebat petang tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang lalu menghempap pondok polis itu.

Zainol berkata Allahyarham Mohd Sharil Hisham berasal dari Sabah manakala Allahyarham Dzulkhairi berasal dari Kerinchi, Kuala Lumpur.
  
"Anggota keluarga kedua-dua mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya sambil menambah bedah siasat akan dilakukan hari ini.
  
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan operasi mengeluarkan mangsa melibatkan 28 anggota dari balai Sungai Besi dan Hang Tuah.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un .... Al-fatihah

 

DINDING DUA UNIT RUMAH PANGSA, LOKE YEW, KUALA LUMPUR TERCABUT TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.

omakkau.blogspot
Insiden itu dipercayai berlaku semalam12 Oktober 2014 jam lebih kurang 5.00 petang berikutan hujan ribut serta tiupan angin kencang yang berterusan .

Foto-foto mengenai insiden tersebut kini tersebar secara ligat kencang dilaman sosial.

Untuk makluman, dinding rumah pangsa Loke Yew yang terletak di Jalan Kenanga Kuala Lumpur diperbuat daripada kayu yang menyebabkan ianya mudah tercabut sekiranya berlaku tiupan angin kencang.

Apakah ketika kerajaan membina rumah pangsa ini dengan berdindingkan papan, tidak sedar dan boleh menjangkakan kejadian seburuk ini berlaku??? .. Bahan papan memang diketahui umum cepat reput apabila terdedah dengan hujan dan panas secara konsisten.

Nampaknya warga yang tinggal di  di Rumah Pangsa Loke Yew ini sentiasa hidup dalam bahaya.
 
 

Dinding Pangsapuri Tercabut Ditiup Angin

bloglist-malaysia.blogspot.

Kuala Lumpur: Lain ditutup lain pula yang terbuka. Begitulah kejadian menakutkan yang ditempuh oleh seorang suri rumah apabila dinding kediamannya di tingkat 10 Flat Jalan Loke Yew di sini, diterbangkan ribut petang semalam.

Ketika kejadian dalam hujan lebat kira-kira 5.45 petang itu, Sunita Rosdi, 35, baru terjaga dari tidur dan mahu menutup pintu rumah apabila secara tiba-tiba dinding diperbuat daripada kayu itu bagaikan direntap dari luar dan diterbangkan angin.

"Saya yang terkejut dengan kejadian itu terus masuk ke dapur untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Mujur barangan rumah tidak dibawa ribut.

"Kejadian hanya berlaku kurang dua minit dan saya amat lega kerana anak tiada di rumah ketika itu," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Beliau berkata, rumahnya kini sedang dibaik pulih oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment