Sunday, October 12, 2014

RG2014... Fw: Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang Runtuh

 



Allahu Rabbi!!! Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang Runtuh.. Jom Terjah!!!


Johor, 12 Okt - Sebuah jejantas (bahagian bumbung) di Lebuhraya Pasir Gudang bersebelahan Taman Kobena dilaporkan runtuh. Kejadian dipercayai terjadi disebabkan oleh ribut kuat pada petang tadi.

Jika dilihat pada gambar, boleh dilihat ada kereta yang tersepit di bawah jejantas yang ranap itu.


Kejadian telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.


Pengguna yang biasa menggunakan jalan terbabit diminta menggunakan jalan alternatif terlebih dalulu sementara tindakan selanjutnya dibuat oleh pihak berkuasa.

Setakat ini, kami masih belum boleh mengesahkan jika ada kemalangan jiwa yang terlibat dalam kemalangan ini.




 
 

Bumbung jejantas lebuh raya di Johor Bahru runtuh

telokbakong.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot

Bumbung sebuah jejantas di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang runtuh ketika hujan lebat melanda bandaraya Johor Baharu dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang tadi, mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.

Menurut kenyataan daripada Balai Bomba Johor Baharu, runtuhan bumbung itu mengakibatkan kerosakan pada dua buah kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.

"Lima orang cedera iaitu dua lelaki dan tiga wanita. Lelaki yang cedera itu merupakan pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta berusia 30-an," menurut kenyataan itu lagi.

Tiga wanita berusia 30-an yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu berada di dalam sebuah kenderaan, kata bomba.

Kesemua mangsa dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan. Pihak bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang dan tiba pada 5.05 petang, menghantar sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota. – Bernama

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment