Monday, October 13, 2014

RG2014... Fw: PETROL DI INDONESIA HANYA RM1.73 SEN SELITER?

 



 

HEBOH DI ALAM MAYA PETROL DI INDONESIA HANYA RM1.73 SEN SELITER ... JAUH LEBIH MURAH DARI NEGARA KITA?????

omakkau.blogspot
Selamat malam dari Jakarta Indonesia.
Oh ya, guwe ngak mahu bilang apa-apa, tapi inilah cerita benar!

Guwe ade upah supir untuk bawa kami kesana kemari untuk kemana-mana tempat, guwe kene bayar duit petrol premium-nya.


Mahal juga harganya, 1 liter bersamaan 6,500 rupiah jika dalam Tukaran wang Malaysia baru RM1.73.
Mahal bangat nich, dah la tak ada subsidi.


Indonesia seliter RM1.73
Malaysia seliter RM2.30


Kah kah kah, okey, guwe mau pindah Indonesia,
cewekny hot banget.


Selamat malam semua.


Terkejut juga Omak bila diberitahu yang Petrol di Indonesia RM1.73sen seliter sedang sebelum ni diwar-warkan jauh lebih mahal.

Rupa-rupanya itu harga RON 90 bukannya RON 95 ... oleh itu apabila nak buat perbandingan pastikan ianya sama gred dan mengandungi oktan yang sama... perbandingan harus adil dan benar bukannya sekadar memutar cerita bagi tujuan mendatangkan kekeliruan.

Pada resit diatas tertera ditulis " PREMIUM HANYA UNTUK GOLONGAN TIDAK MAMPU ... SELAMAT JALAN "

Diperturunkan suatu artikel gred-gred petrol yang dijual di Indonesia.

Jakarta, EnergiToday -- Pemerintah dipastikan akan terus memberikan subsidi bahan bakar minyak (BBM) kepada masyarakat, namun subsidi tersebut bukan pada jenis premium, melainkan bahan bakar yang mengandung research octane number (RON) 90 yang harganya barada di tengah-tengah dari harga Premium dan Pertamax.

Nantinya bensin jenis baru ini akan dilepas di pasar dengan menggunakan subsidi juga, hanya saja, ongkos subsidinya lebih rendah daripada Premium. Harga RON 90 akan dijual oleh pemerintah sebesar Rp 7.000 hingga Rp 7.500 per liternya. Sehingga ongkos subsidi yang semula Rp 4.500 akan turun menjadi Rp 2.000-Rp 2.500 per liternya.

Menurut Staf Khusus Presiden Bidnag Ekonomi, Firmanzah, opsi RON 90 itu sudah diajukan untuk segera diterapkan. Dipastikan akan menjadi solusi untuk mengurangi beban subsidi yang setiap tahunnya terus meningkat.

Firmanzah menegaskan, RON 90 adalah merupakan bensin baru yang di dalam kandungannya adalah campuran antara produk Premium dan Pertamax.

Sebagai informasi, saat ini produk Pertamina yakni Premium memiliki RON 88 sedangkan Pertamax 92. Namun dipastikan RON 90 memiliki tingkat oktan lebih tinggi dari pada premium. (KTN)


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 
 

Petrol tiada GST muslihat BN menipu rakyat

kedahlanie.info
– Zuraida Kamaruddin

INILAH BANNER CYBERTROOPER BN YANG CUBA MEMANIPULASIKAN ISU TIADA GST UNTUK MINYAK DENGAN APA YG DIKATAKAN OLEH PR SEBELUM INI.
Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak bijak mengurus tadbir wang rakyat.

Bajet yang digelar Ekonomi Keperluan Rakyat tidak jauh beza dari bajet tahunan sebelumnya yang memberi gula-gula kepada rakyat bahkan saban tahun ini gula-gula ini ditambah perisa dengan kenaikan wang BR1M kepada rakyat.

Saya merasakan Najib juga menipu rakyat dengan tidak mengenakan GST terhadap Petrol Ron95 sedangkan harga petrol dinaikkan sebanyak 20sen sebelum Bajet 2015 dibentangkan.

Harga petrol sebelum ini adalah RM1.90 selitre jika dikena cukai GST sebanyak 6% ia akan berjumlah RM2.04 selitre.

Setelah kenaikan harga minyak sebanyak 20sen selitre kerajaan Bn mengaut untung sebanyak RM0.06 sen setiap litre dan ini saya anggap satu muslihat jahat kerajaan yang membebankan rakyat.

Lazimnya kenaikan harga petrol akan mengakibatkan 'domino effect' kepada semua sektor termasuk sektor perkhidmatan akan menaikan harga mereka.

Keenganan kerajaan mengimplimentasikan gaji minima menyebabkan ketidak seimbangan perbelanjaan bulanan isirumah dengan pendapatan isirumah lalu mengakibatkan rakyat berpendapatan rendah lebih tertekan.

Akibatnya jumlah rakyat yang jatuh dalam kategori miskin bandar meningkat.

Berbanding dengan belanjawan dicadangkan Pakatan Rakyat, gaji minima yang adil dan releven agar rakyat dapat hidup dengan bermaruah.

Belajawan Pakatan Rakyat lebih bersifat Bajet Berkebajikan menolak GST yang menekan rakyat miskin dan digantikan dengan Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Warisan Harta.

Logiknya sebuah kerajaan yang pro rakyat tidak akan mencukai rakyat yang tidak berkemampuan sebaliknya mencukai mereka yang mendapat keuntungan dalam transaksi perniagaan yang berjumlah jutaan ringgit.

Sistem cukai yang dicadangkan Pakatan Rakyat ini juga adalah jauh lebih baik dan digunakan kebanyakkan negara maju dan membangun.

Bajet 2015 Perdana Menteri bukanlah satu bajet yang meringanakan beban rakyat. Ia adalah satu belanjawan yang hanya menyelesaikan masalah rakyat dalam jangkamasa yang pendek.

Rakyat akan terus dibebankan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal dan permasalahan dalaman rakyat yang lebih kritikal seperti perumahan, kesihatan dan pendidikan masih lagi di takuk lama.

Saya pasti kerajaan akan meminta belanjawan tambahan di pertengahan tahun 2015 seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Najib Razak sejak tahun 2010. – 11 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan website ini

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment