Saturday, October 11, 2014

RG2014... Mayat bayi dihurung semut [1 Attachment]

 

Mayat bayi dihurung semut
  • Keadaan mayat bayi yang ditemui di hadapan tandas balai raya Kampung Simpang Tebing Tinggi, kelmarin. Keadaan mayat bayi yang ditemui di hadapan tandas balai raya Kampung Simpang Tebing Tinggi, kelmarin.
1 / 1

JERANTUT – Penduduk Kampung Simpang Tebing Tinggi di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan di hadapan tandas balai raya kampung berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin.

Pengerusi masjid kampung berkenaan, Mohd Taufek Shamsudin, 65, berkata, mayat bayi yang hanya beralaskan sehelai kain itu dijumpai oleh orang awam yang hendak menggunakan tandas berkenaan sebelum bertindak memanggil penduduk kampung.

"Ketika dimaklumkan kejadian berkenaan saya sedang menyelaras kerja penambakan perkarangan masjid kampung ini sebelum bergegas ke balai raya untuk melihat bayi berkenaan.

"Saya sedih melihat mayat bayi yang telah dihurung semut dan terbiar begitu sahaja tanpa diselimuti kain," katanya di sini, semalam.

Mohd Taufek berkata, berdasarkan siasatan pihak polis menganggarkan bayi berkenaan berusia kira-kira seminggu berdasarkan tali pusat bayi itu yang telah kering.

Menurutnya, kejadian tersebut disifatkan sebagai kejam kerana bayi perempuan tersebut cukup sifat dan kelihatan sihat dari segi fizikal telah dibiarkan di situ oleh individu yang tidak berhati perut.

"Saya rasa ini bukan perbuatan orang tempatan tapi mungkin orang luar yang mahu membuang bayi di kawasan itu kerana berdekatan dengan kubur kampung ini yang sunyi.

"Kita berasa kesal dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang bayi di kawasan ini dan berharap pihak polis dapat menangkap mereka untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azid Ismail, berkata pihaknya telah menerima laporan tersebut dan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang telah membantu kejadian itu.

"Kejadian ini amat menyedihkan kerana pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bayi itu tanpa perasaan kasih sayang," katanya.

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
image.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment