Friday, November 14, 2014

RG2014... DrM-“BR1M umpama rasuah mengelirukan”

 

KUALA LUMPUR, 14 November:

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi tampil mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu bentuk rasuah.

Bekas Perdana Menteri itu menerusi blognya berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Putrajaya memberi BR1M kepada rakyat, sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, kerana ia amat mengelirukan.

Dr Mahathir berkata, pendapatan per kapita tidak patut dijadikan kayu pengukur untuk kejayaan Malaysia mencapai status negara maju, malah ia lebih mengelirukan, apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai daripada kerajaan.

"Pihak sosialis dan komunis cuba memperbaiki pendapatan masyarakat, dengan memberi wang tunai dan kemudahan, tetapi akhirnya gagal dengan kaedah tersebut, dan rakyat terpaksa mengambil jalan keluar melalui perusahaan bebas dan bekerja keras.

"Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai daripada kerajaan," katanya menerusi blognya, chedet.cc, pada Jumaat.

Dr Mahathir berkata, beliau menentang pemberian wang tunai sebagai kaedah untuk meningkatkan pendapatan rakyat sejak awal pelaksanaan BR1M.

"Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja, bagi meraih pendapatan.

"Bantahan utama saya ialah kerana, pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah.

"Tambahan pula, apabila BR1M diberikan ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya, ia mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi," tegas Dr Mahathir.

Beliau berpendapat, jika pendapatan rakyat perlu ditingkatkan, ia sepatutnya dilakukan dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan atau perniagaan.

Sebaliknya, BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif, kerana ia meningkatkan kecenderungan rakyat bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri tanpa berusaha.

"Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran.

"Pendapatan tinggi perlu datang daripada peningkatan produktiviti yang hanya boleh terhasil melalui pendidikan lebih baik dan latihan, kerana kemampuan meningkatkan produktiviti datang daripada nilai tambah yang lebih besar bagi sesuatu produk.

"Kewujudan lebih banyak industri dengan nilai tambah yang tinggi, pendapatan pekerja akan meningkat, berikutan sumbangan besar mereka kepada majikan," katanya.

Tambah beliau, hasil kerajaan datangnya daripada cukai dan rakyat tentu tidak akan suka melihat cukai yang mereka bayar digunakan sebagai alat pilihan raya.

"Sudah pasti mereka tidak mahu melihat wang daripada hasil titik peluh mereka digunakan bagi memenangi populariti untuk sesiapa atau mana-mana parti politik atau pentadbiran," katanya.

Bagaimanapun, Najib mempertahankan pemberian BR1M dengan menegaskan, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat, akibat penstrukturan semula subsidi.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment