Sunday, November 16, 2014

RG2014... Fw: Hilang Penglihatan Selepas Makan Ubat,

 



Hilang Penglihatan Selepas Makan Ubat, Penuntut UiTM Saman Hospital


KUALA LUMPUR - Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman, semalam terhadap Pengarah Hospital Dungun, Terengganu dan dua pihak lagi kerana didakwa cuai sehingga menyebabkannya hilang penglihatan.

Nur Laila Md Yusuf, 21, selaku plaintif memfailkan saman melalui Tetuan T Vijay & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan menamakan Pengarah Hospital Dungun; Pegawai Perubatan, Dr Tan Kian Kheng dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, pada 13 November 2013, plaintif yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun telah mendaftar sebagai pesakit luar di Hospital Dungun kerana demam.

Plaintif diperiksa oleh defendan kedua yang membuat diagnosis dan memberikan enam jenis ubat iaitu Paracetamol, Piriton, Amoxycillin; Benadryl; Eye drop; dan Hydrocortisone.
 
Plaintif mengambil ubat mengikut nasihat diberikan, namun mendapati keadaan bertambah buruk dan mengalami tanda negatif termasuk suhu badan yang tinggi dan kesan lecuran pada kulit.

Plaintif telah pulang ke rumah ibu bapanya di Kuang, Selangor dan ibu bapa plaintif menjangkakan plaintif dijangkiti demam campak.

Bagaimanapun selepas mendapati semakin teruk, plaintif mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan didapati plaintif mengalami alahan terhadap antibiotik.

Plaintif seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditahan selama dua minggu selepas keadaan kesihatan bertambah buruk.

Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa telah mengalami kesan reaksi alahan menyebabkan fungsi matanya terjejas akibat kecuaian defendan-defendan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut faedah dan kos terhadap kesemua defendan.

Difahamkan, plaintif yang merupakan pelajar tahun akhir kursus diploma pengurusan awam kini terpaksa menangguhkan pengajiannya. - Sinar Harian

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment