Wednesday, November 12, 2014

RG2014... Fw: Ibnu Hasyim Masuk IJN. Cucuku Cubitku..

 



Siapa Yang Lebih Binatang? Binatang yang baik adalah binatang peliharaan kerana sentiasa ikut perintah tuannya walau pun maruah dan kebebasannya tergadai! 'Fahmi harus terima tindakan JPA' mk - 1:55PM - 12 Nov 2014 Pengerusi Biro Pendidikan Umno Malaysia, Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata, aktivis siswa Fahmi Zainol harus reda jika Jabatan Perkhidmatan Awam bertindak menarik balik tajaan biasiswanya. Beliau berkata, Fahmi bertanggungjawab untuk belajar dan bukannya untuk melanggar peraturan dengan menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Pelajar tidak kira bangsa yang dapat biasiswa harus bertanggungjawab untuk belajar."Jika JPA menarik balik biasiswanya Fahmi harus terima dan tidak harus bersuara dan melanggarnya kerana itu adalah tindakan yang adil," ujarnya. Ketika ditanya mengenai kebebasan siswa untuk menganjurkan aktiviti seperti itu, bekas naib canselor Universiti Teknologi MARA itu sekadar menegaskan mengenai keperluan mematuhi undang-undang. "Setiap negara ada undang-undang, melainkan kalau Fahmi duduk dalam dunia haiwan. "Kalau melampaui batas mungkin ketua beruk akan marah, itu binatang apatah lagi manusia," ujarnya kepada Malaysiakini. Beliau ditemui ketika majlis pembukaan persidangan meja bulat untuk membincangkan usul tertinggi sempena Perhimpunan Agung Umno di Petaling Jaya. Ibrahim mengulas mengenai surat oleh Jabatan Perkhidmatan yang mendapati Fahmi melanggar syarat perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011. Siswa tahun akhir jurusan sastera dan sains sosial itu diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis berhubung pembatalan biasiswa tuntutan ganti rugi ke atasnya. Posted by mountdweller at 6:17 PM Labels: Pelajaran, Politik, Undang-Undang Reactions: 4 comments: Anonymous said... kalau nak cari contoh carilah untuk yang baik.bukanya negara binatang.Tapi kalau lihat wajahnay tak ubah seperti Ketua Beruk,itu sebab dia contoh ketua beruk.Aku rasa ketua beruk lebih tahu menjaga orang bawahanya daripada ketua manusia yang berjiwa haiwan November 12, 2014 at 5:12 PM Anonymous said... bodoh tak boleh diajar... kesihan ibubapanya dapat anak yg hanya tahu memalukan nama keturunan dan nama bangsa dan agamanya.... November 12, 2014 at 5:51 PM Anonymous said... dahlah bodoh berlagak pula... November 12, 2014 at 5:53 PM Anonymous said... muka muka bahalol ini sama saja dan ada banyak dalam umno. orang orang bahalol ini bangga pula jadi bahalol.... fahmi ini budak lagi tetapi otak dan potensi nya jauh lagi besar dari bebudak bahalol tua dalam umno. maka nya fahmi ini bagai igauan bebudak bahalol dalam umno kerana dalam umno ada hanya yang bahalol... tan sri ke , dato seri ke , tun ke , kalau bahalol muka muka nysa sama saja. mamak , teh tarek satu !!!

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Ibnu Hasyim Masuk IJN. Cucuku Cubitku..


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

BERGURAU dengan cucu. Dia mencubit dada sebelah kiriku. Hingga tiga hari masih terasa sakitnya, bahkan bertambah-tambah sakit selepasnya, membuat aku terasa pelik.

Ku tanyai seorang doktor peubatan, katanya mungkin itu tanda-tanda awal saya mengidap masalah jantung. Aku macam tak percaya.

Ku tanyai lagi..

"Dulu, kira-kira 7 tahun lalu aku sudah tidak boleh 'duduk antara dua sujud' dalam solat, kerana sakit kaki." . 

Waktu itu aku sering ulang alik ke Indonesia. Beberapa  tahun lalu aku pernah terjatuh dalam suatu program di Tanjung Karang, menyebabkan sakit kakiku bertambah parah. Terakhir aku terjatuh di Kalimantan, Indonesia, pada pada Mac 2012. (Lihat  Kisah Pak Dukun, Ubat Segala Penyakit, Di Badau.) Hal ini membuat aku tidak keluar negara lagi, sementara menunggu kaki yang tempang ini sembuh.

"Apakah ini juga tanda-tanda awal pengidap masalah jantung?"

"Mungkin ya!" Jawab doktor itu. "Datanglah ke hospital kami untuk siasatan!"

Ku cari sedikit info mengenai tanda-tanda awal masalah jantung pada diri seseorang. Antaranya..
  • Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit, berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  • Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan).
  • Lidah terasa tegang dan pendek.
  • Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  • Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri). Biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  • Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.
  • Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  • Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  • Rasa keletihan sepanjang masa.
  • Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  • Degupan jantung tidak menentu.
  • Nafas terasa pendek.
  • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  • Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  • Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tiada maya yang teruk.
Nampaknya, tanda-tanda itu  ada pada diriku. Umpamanya selepas cubitan dari cucuku, berlaku ..
  • 'Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.' 
  • 'Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri). Biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
Aku terus ke hospitalnya, buat kajian dan siasatan.  Akhiranya menerima keputusan dengan bukti bergambar dan sebagainya, bahawa .. Tiga injab saloran di jantungku tersumbat. Satunya tersumbat 100% dan 2 lagi tersumbat anrara 70 ke 80%. 
Saloran ke jantung atau hubungan ke ibupejabat tubuh manusia tersumbat, bererti operasinya akan terhenti, badan akan sudah tidak bernyawa lagi. Kerana itu, sakit jantung dikatakan pembunuh nombor satu negara ini.

Maka aku dicadangkan, membuat rawatan di Institut Jantung Negara atau IJN. IJN terletak di sebelah kiri Jalan Tun Razak KL. merupakan hospital pakar untuk pesakit jantung di Malaysia. IJN ditubuhkan pada September 1992, dengan kos pembinaan sebanyak RM15.5 juta milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia (99.9 %).

Itu antara sebabnya, mengapa penyiaran Blog Ibnu Hasyim ini terhenti sementara mulai Isnin 20 Oktober lalu. Saya Ibnu Hasyim dimasukkan ke IJN kerana sakit jantung..

Bersambung.
  
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com       

12 Nov 2014 KL
 
 
Nurul said...

Inshaa Allah, akan dipermudahkan segala urusan tuan haji dan semoga menempuhinya dengan penuh sabar dan redha...

Ali Mahmud said...

Amin.

 
Anonymous said...

In sya Allah moga Allah permudahkan

 
MZ abedy said...

Amiiinn.
Ana doakan semoga sihat selalu hendaknya..

 
Ahmad Basri said...

Salam tuan.
Saya telah menjalan open heart by- surgery di IJN pda thun 03 utk 5 artery dn urat yg tersumbat 90+ % semuaya.
Alhamdulillah,,saya bolihlh dikatakn sihat sahingga tika ini.
Syukur masih diredhoi Allah swt utk terus mendidik anak2 masih skolh sabagai ayah tunggal.
Maananya dpt berfungsi saperti kelaziman org lain.
Tuan yakinlh kepakaran yg ada pda IJN kita amat tinggi dn insyaAllah tuan juga akn pulih sihat dlm jagaam mereka.
Saya doakn tuan semboh.
Amin.

 
Anonymous said...

Syafakallah ibnu hasyim, semuga banyak bersabar .

 
Anonymous said...

syukur tuan telah sembuh dan masih boleh menulis lagi.......moga Allah permudahkan urusan tuan Haji...

 
atamh12 said...

Moga dipermudahkan segalanya

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment