Wednesday, November 12, 2014

RG2014... Fw: Kereta menteri & timbalanpun tidak ikut garis panduan JPJ

 



Kereta menteri & timbalan menteri pun tidak ikut garis panduan JPJ

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

"Hari ini, nombor pendaftaran sebuah kereta timbalan menteri WSW 505 mengelirukan. Manakala, sebuah lagi kereta Alphard menteri, nombor plat itu sekali lagi tidak memenuhi syarat dan spesifikasi nombor plat yang ditetapkan oleh JPJ.

"Bagaimana menteri di Parlimen boleh berbuat demikian?" soalnya dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.

Lim dalam pada masa yang sama turut mencadangkan supaya pihak JPJ mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk Parlimen.

"Saya mencadangkan, JPJ melakukan sekatan jalan. Datang ke Parlimen pada awal pagi di depan pintu pagar. Saya sendiri akan membantu mereka untuk mengadakan sekatan jalan," ujarnya lagi.

Manakala, bagi Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa beliau melihat bahawa JPJ sudah lari daripada tugas sebenar mereka.

"Sebenarnya tugas JPJ utama adalah melihat setiap pemandu mempunyai lesen memandu, cukai jalan, ini lebih penting. Bukannya mengutamakan nombor plat ini sahaja," katanya.

Jelasnya, Menteri dan Ketua Pengarah harus bekerjasama sebelum membuat satu pengumuman.

"Ada segelintir penguatkuasa yang memberitahu saya, bahawa mereka keliru.

"Adakah saya kena ikut arahan Ketua Pengarah, timbalan menteri atau menteri? Kena ikut arahan siapa?" soalnya.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment