Monday, November 10, 2014

RG2014... Fw: Langgar Palang Sebab Tak Puas Hati

 



Bodoh!! Langgar Palang Sebab Tak Puas Hati

KOTA DAMANSARA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan sebuah taman perumahan di Seksyen 11 dekat sini, seorang lelaki berusia  56 tahun bertindak melanggar dua palang keselamatan automatik petang kelmarin.

Dalam kejadian itu lelaki itu dikatakan berang apabila pengawal keselamatan di situ tidak membuka palang disebabkan dia tidak pernah membayar  wang penyelenggaraan sejak setahun yang lalu.

Menurut sumber,  lelaki itu sebelum ini pernah mempunyai jawatan di dalam persatuan penduduk tetapi tidak dipilih semula pada mesyuarat agong yang lalu dikatakan menjadi  punca dia tidak mahu membayar wang penyelenggaraan..

"Undang-undang pihak pengurusan di situ ialah sesiapa yang tidak membayar wang penyelenggaraan tidak berhak mendapatkan kemudahan yang disediakan termasuklah khidmat pengawal keselamatan," katanya.

Menurut sumber itu lagi, lelaki itu sempat meletakkan alas kaki kereta dipalang itu bagi mengelak keretanya bercalar sebelum bertindak melanggarnya.

"Ketika hendak keluar semula dari kawasan itu, lelaki itu sekali lagi melanggar palang keluar yang turut menjadikam kedua-dua palang keluar dan masuk rosak.

Akibat insiden itu pihak pengurusan dan persatuan penduduk di situ membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku.

Sumber-Sinar
 
 

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai


Kuala Lumpur: Seorang pelumba kereta warga Singapura dan rakannya maut selepas kereta Porsche 911 turbo yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan Kilometer 3.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, di sini, semalam.

Difahamkan, pemandu kereta, Kwek Kon Chun, 35, adalah seorang pelumba kereta yang aktif dengan selalu menyertai kejohanan lumba kereta di Supercar Drag Race dan jelajah perlumbaan endurance.

Dalam kemalangan jam 2.45 pagi, semalam, Kwek bersama rakannya dipercayai jurufoto profesional, Franco Toh, 43, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Kwek adalah bekas Naib Presiden Pengurusan Korporat Hong Leong Asia Ltd berada di negara ini untuk menyertai pusingan kelima Siri Jelajah Supercar Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markhandan berkata, kereta itu dari arah Sepang menghala ke pusat bandar hilang kawalan lalu terbabas.

"Kereta itu dipercayai dipandu laju menyebabkan ia terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya terbabit," katanya.

Menurutnya lagi, besi penghadang jalan telah tertusuk pada cermin kiri kereta Porsche tersebut  sebelum menembusi bahagian depan dan cermin kanan. Akibatnya kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk.

Mangsa maut akibat parah di kepala serta muka dan pihak jabatan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment