Tuesday, November 11, 2014

RG2014... Fw: Peti ais punca kena buang kerja

 



Peti ais punca kena buang kerja
 
selatanonline.net
Posted by AbuJihad
 


SABAK BERNAM – Empat pekerja di sebuah kedai serbaneka di daerah
ini hilang punca pendapatan selepas mendakwa diberhentikan kerja tanpa notis oleh majikan mereka pada pagi 14 Oktober lalu.

Bekas penyelia kedai serbaneka terbabit, Rokiah (bukan nama sebenar), 26, berkata, mereka diberhentikan kerja tanpa notis itu serentak selepas dua daripada mereka dituduh tidak menutup peti ais.

Katanya, sehari sebelum mereka diberhentikan, seorang pengurus datang ke kedai terbabit dan mengadakan mesyuarat bersama dengan penyelia baharu yang membangkitkan isu seorang pekerja kedai terbabit yang mengadu kononnya peti ais sengaja tidak ditutup dua pekerja berkenaan.

"Saya minta pengurus kemukakan bukti CCTV jika benar dakwaan terbabit, tapi
dia (pengurus) sendiri pun tak tahu tarikh berlaku dan hanya dengar cakap sebelah pihak tanpa menyiasat perkara sebenar," katanya kepada Sinar Harian.

Rokiah berkata, dia yang bekerja tetap sejak lima tahun juga diturunkan pangkat daripada penyelia kepada pekerja biasa pada 3 September lalu tanpa sebarang alasan, tetapi masih boleh bersabar dan meneruskan perkhidmatannya.

"Waktu mula saya kerja dulu tak ada masalah, tapi bila kedai makin maju kita dah nampak majikan mula pilih kasih dengan menurunkan pangkat saya dan memecat kami tanpa ruang untuk membela diri," katanya.

Seorang lagi bekas pekerja, Jamilah (bukan nama sebenar), 22, berkata, dia berasa amat kesal kerana dipecat tanpa sebab selepas dituduh dengan sengaja tidak menutup peti ais, sedangkan dia bekerja di bahagian lain.

"Kenapa pula saya yang dituduh? sedangkan saya bekerja di
unit lain. Saya jadi mangsa keadaan dan majikan seharusnya siasat perkara ini terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.

Seorang pekerja berstatus ibu tunggal, Faridah (bukan nama sebenar), 28, berkata, penamatan
kontrak serta merta itu tidak wajar kerana mereka hanya diberitahu melalui lisan oleh penyelia terbabit mewakili majikan.

"Majikan kemudiannya pada 17
Oktober mengeluarkan notis menyatakan sebab kami diberhentikan kerana tidak datang kerja sedangkan kami telah diberhentikan melalui lisan pada pagi kejadian (14 Oktober)," katanya.

Zara, (bukan nama sebenar) 23, berkata, mereka juga telah membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
Kuala Selangor pada 15 Oktober lalu berhubung perkara terbabit sambil berharap agar diberi pembelaan yang sewajarnya.

Sementara itu, Adun
Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, beliau sendiri akan menulis surat memohon penjelasan daripada pihak pengurusan kedai serbaneka selain mengadakan pertemuan dua hala.

"Saya sendiri akan pergi berjumpa dengan pengurusan bagi menjernihkan kekeruhan yang timbul kerana kita tak mahu ada perkara yang tak selesa boleh menimbulkan ketegangan.

"Saya fikir perkara ini boleh diselesaikan menerusi meja rundingan dan saya rancang untuk mengadakan pertemuan dengan majikan dalam waktu terdekat," katanya.
- Sinar Harian

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment