Tuesday, November 11, 2014

RG2014... Menara David : Perkampungan Setinggan Tertinggi Di Dunia (21 Gambar) [4 Attachments]

 

Menara David : Perkampungan Setinggan Tertinggi Di Dunia (21 Gambar)



Kami pernah paparkan perkampungan setinggan di bawah jambatan di Indonesia. Kini mari lihat perkampungan setinggan tertinggi di dunia yang terletak di Caracas, Venezuela. Tower of David ialah sebuah bangunan terbiar yang terletak di tengah ibukota ini. Pada asalnya ia dibina sebagai bangunan pejabat pada tahun 1990 tetapi akibat masalah kewangan ianya terbengkalai sejak 1994. Selepas itu golongan gelandangan mula berpindah ke dalam bangunan tinggal ini dan menjadikannya sebuah kampung vertical. Kerana bangunan ini tidak siap tidak terdapat sistem lif, elektrik ataupun air. Penduduk naik turun menggunakan tangga setiap hari. Bekalan air dan elektrik juga harus diusahakan sendiri. Di dalam Menara David ada kedai runcit, kedai gunting rambut dan pusat komuniti yang diusahakan penduduk. Ianya juga menjadi tempat penjenayah menyorok. Hanya 22 daripada 45 tingkat didiami dan dianggarkan 3000 orang menjadikan menara ini rumah mereka. Awal bulan lalu sebahagian besar penduduk sudah dipindahkan pihak kerajaan. Ini adalah kerana kerjaan Venezuela sudah membina rumah flat kos rendah untuk mereka. Flat kos rendah yang dibina lebih selamat didiami dan mempunyai segala kemudahan asas yang diperlukan.



[Image: Desktop822_01.jpg]

[Image: Desktop822_04.jpg]
[Image: Desktop822_02.jpg]
[Image: Desktop822_03.jpg]

Sumber Reuters

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 4 photo(s) from this topic.
Desktop822_02.jpg Desktop822_01.jpg Desktop822_04.jpg Desktop822_03.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment