Monday, June 18, 2012

Re: RG2011... Hutang wajib dibayar

 



itu bukan hutang, tapi syabas nak duit kenaikan harga air yang ditahan olehkerajaan selangor,
syabas adalah kroni umnobn, jadi memang patut ditahan harga air di naikkan, sebab umnobn mana tahu susah payah org, kira nak untung saja.
jiak bn menang (wal,iyazubillah himinzalik< minta jauh dari Allah) ,maka org selangor akan kena bayar harga air yang tinggi, pada masa ni syabas dan umno akan bersorak riang kerana poket mereka akan betambah kembong.
so pastikan umnobn kalah dalam pru akan datang, bulih buang syabas dari kontrol air di selangor.
Tahu pulak puak cacai ni pasal dosa pahala, tapi kalau dosa lagi besar passal fitnah buat tak reti bahasa pulak, chaisssssssss
----- Original Message -----
Sent: Friday, June 15, 2012 8:54 AM
Subject: RG2011... Hutang wajib dibayar

 

SYABAS tuntut Kerajaan PKR Selangor bayar RM1.05b

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut Kerajaan PKR Selangor membayar hutang RM1.05 bilion kepada syarikat itu berikutan pelarasan tarif air.

Dalam pernyataan tuntutan pindaannya, SYABAS menuntut perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa dalam perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004, ada RM1,054,208,382 (berdasarkan tarif dipersetujui mengenai RM1.89/meter padu) perlu dibayar dan terhutang oleh kerajaan Selangor kepada SYABAS bagi tempoh dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Mac 2011.
SYABAS juga menuntut pengisytiharan berhubung tarif dipersetujui mengikut perjanjian konsesi itu yang berjumlah RM1.89/meter padu seperti disahkan sijil bertarikh 26 Disember 2008 yang dikeluarkan Ketua Audit Negara dan penghakiman dimasukkan bagi plaintif terhadap defendan.
Dalam tuntutan pindaan difailkan pada 8 September 2011 itu, SYABAS selaku plaintif, turut menuntut kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SYABAS mendakwa berdasarkan perjanjian yang ditandatangani Kerajaan Malaysia, kerajaan Selangor dan syarikat itu, ia diberikan konsesi 30 tahun untuk membeli air dirawat daripada pengusaha rawatan air dan membekalkan air dirawat ke kawasan pengagihan mengikut terma dinyatakan dalam perjanjian.

Katanya, SYABAS melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, menghantar satu dokumen kepada kerajaan Selangor bagi menyokong permohonannya untuk meningkatkan tarif yang diwartakan iaitu RM1.39 satu meter padu bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Syarikat itu mendakwa, kerajaan Selangor, gagal memaklumkan syarikat itu sama ada bersetuju atau tidak bagi meningkatkan tarif diwartakan kepada tarif dipersetujui.
SYABAS mendakwa pihaknya turut menghantar beberapa surat lagi kepada kerajaan Selangor bagi menuntut pampasan tetapi gagal mendapat sebarang jawapan memuaskan daripada defendan. Ia mendakwa defendan perlu membayar hutang RM1,054,208,382 sebagai pampasan berdasarkan klausa 11.3(4) perjanjian konsesi terbabit.

Kerajaan Selangor dalam pernyataan pembelaan menafikan setiap dakwaan itu dan menegaskan SYABAS tidak layak mendapat pampasan seperti didakwa.

Dalam prosiding di depan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mary Lim Thiam Suan semalam, peguam SYABAS, Lua Ai Siew memaklumkan pihaknya mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi meminda pernyataan tuntutannya dan menyerahkan dokumen itu kepada kerajaan Selangor dan Kerajaan Malaysia (pihak ketiga) pada 6 Jun lalu.

Peguam mewakili kerajaan Selangor, Fahda Nur Ahmad Kamar, berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan kebenaran itu.

P/S: KERAJAAN NEGERI TAK BAYAR HUTANG AIR PADA SYABAS. KITA SEDIA MAKLUM HUTANG TU WAJIB DIBAYAR, KALAU TAK BAYAR HUKUMNYA BERDOSA, APAKAH RAKYAT TURUT MENANGUNG DOSA DSBABKAN AIR YG DIGUNAKAN RAKYAT ITU TIDAK DIBAYAR???





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment