Thursday, October 31, 2013

Re: RG2011... Fw: CIKGU TOLONG JANGAN SILAP PANGKAH!

 

agaknya memang zaman sekarang ni cikgu-cikgu macam tu ke?

anak saya pun pernah alami keadaan yang hampir sama... saya tak berapa ingat kertas soalan subjek apa yang anak saya tunjuk masa tu.. tapi soalan periksa tu siap dengan gambarnya sekali.. soalannya: "di mana kah pemburu itu digigit semut?" dalam gambar tu dah terang-terang tunjuk gambar pemburu memegang pergelangan kakinya dan ada macam tanda yang dilukis yang menunjukkan pergelangan kakinya yang sakit..

anak saya tandalah jawapannya "pergelangan kaki" tapi cikgu pangkah dan cikgu bulatkan jawapannya "tangan".. anak saya kata ramai kawan-kawannya yang bagi jawapan "pergelangan kaki" cikgu tetap pangkah jugak.. saya pun naik pening memikirkan sapa sebenarnya yang konfius... anak-anak muridnya atau cikgunya....

saya suruh anak saya tanya pada cikgu dia kenapa jawapan "pergelangan kaki" tu salah padahal dah terang-terang dlm gambar tu pemburu tu pegang pergelangan kakinya tapi cikgu tetap kata jawapan yang betul adalah "tangan"....



2013/10/30 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

 

CIKGU TOLONG JANGAN SILAP PANGKAH!!!

telokbakong.blogspot
aiyangdisayang.blogspot.
 
Ni bukan cerita pangkah undi tau... tapi ni cerita pasal pangkah jawapan kertas periksa.
Periksa akhir tahun baru je berlalu jadi minggu ni adalah minggu cikgu memulangkan kertas peperiksaan kepada murid beserta markah. Macam biasalah... murid akan semak jawapan yang salah. Yang betul dia tak tengok pun. Bila jawapan yang betul cikgu pangkah maka murid akan jumpa cikgu dan beritahu

Kisahnya semalam luqman dapat kertas periksa matematik.
Bila dia semak ada 3 jawapan betul yang cikgu tanda salah.

bawah ni kertas kawan dia haikal

Nampak tak?
ni yang tak best nih...
huhuhu
tapi yang buat aku  tak puas hati  tu bila ibu haikal beritahu yang haikal sudah tolong beritahu cikgu tentang kesilapan ni tapi cikgu buat tak endah pun semalam.
pagi tadi luqman pula cari cikgu math tapi cikgu takde.... tak hadir.
aduhaiii....
esok ler pulak carik cikgu... tu pun kalau cikgu datang dan tu pun kalau cikgu nak betulkan.

Seorang lagi ibu pelajar sekelas luqman dan haikal berkata masalah ni memang biasa. Cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu.
Dia yang seorang peguam pun pernah alami situasi begini.
Pergi sekolah jumpa cikgu dan cikgu memang betulkan markah kat kertas soalan depan ibu pelajar tapi bila dapat report card... markah tak ubah apa-apa!
mungkin
cikgu malas nak betulkan markah
cikgu taknak buku rekod comot
cikgu takde liquid paper???

Ini bukan masalah besar tapi kesilapan macam ni tak patut lah berlaku
cikgu tolonglah jangan buat kerja sambil lewa....
benda macam ni pun takkan nak komplen masa mesyuarat PIBG kot.
Banyak lagi hal yang penting untuk dibincang masa tu.

Ni cerita tahun ni...
tahun lepas lagi lah tak sedap...
disebabkan guru kelas ada anak dalam kelas tersebut boleh pulak dia tunjuk ajar anak dia masa periksa.
samalah dengan cikgu math ni jugak tolong sekali ajar anak cikgu tu.
untungkan.... 

Bila luqman pulang sekolah dan bercerita anak cikgu untunglah mak dia ajar dia masa periksa, aku buat tak tau.... mungkin luqman salah sangka je... tapi bila haikal mengadu perkara yang sama dengan ibu dia dan anak peguam pun mengadu hal yang sama maka adakah ketiga kanak2 ini berkonspirasi????
grrrr.....
Keputusannya memang dijangka anak cikgu dapat tempat pertama!
Tahniah....
dan luqman walaupun dapat tempat ketiga ibu tetap bangga.
plus luqman juga ada 3 lagi hadiah untuk mata pelajaran terbaik.
alhamdulillah....

p/s: Walaupun mereka baru tahun 2 tapi tolonglah jangan cuai ye cikgu2... peratus turun silap2 kelas pun turun...huhuuu


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment