Wednesday, October 30, 2013

RG2011... Fw: jawapan isu JPM terlebih bayar gaji CEO

 




Ini jawapan kerajaan isu JPM terlebih bayar gaji CEO .. hehehehe

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyangkal dakwaan Ahli Parlimen pembangkang bahawa peningkatan perbelanjaan
di Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah disebabkan oleh pembayaran gaji beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di beberapa agensi di bawah JPM.

Beliau berkata,  peningkatan perbelanjaan itu bukan disebabkan oleh pembayaran gaji yang tidak munasabah hingga menyebabkan peningkatan peruntukan hingga
RM2 bilion.

"Kalau gaji tidak munasabah itu kita boleh jawab. Tapi kalau peningkatan (peruntukan) disebabkan oleh gaji CEO tidak betul.

"Takkan pembayaran gaji CEO itu menyebabkan kenaikan hingga RM2 bilion. Kenaikan itu pastinya ada sebab-sebab lain," katanya kepada pemberita di bangunan
Parlimen semalam.

Ditanya mengenai penubuhan beberapa agensi baharu di bawah Bajet 2014 yang dilihat berperanan sama dengan agensi sebelumnya, Shahidan berkata, ada keperluan
agensi itu ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Masing-masing ada keperluan. Sudah pasti kita akan elakkan pertindihan tugas antara agensi," katanya.

Sebelum itu, Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mendakwa pembayaran gaji lebih tinggi kepada penjawat kontrak JPM adalah faktor perbelanjaan kerajaan meningkat
sebanyak 13 peratus pada 2014.

Kian Ming mendakwa, kos perbelanjaan dan peruntukan JPM naik dari RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion pada 2014.

Menurutnya, peningkatan ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah keseluruhan Bajet 2014 bertambah dari RM250 bilion bagi 2013 kepada RM264 bilion,
2014.

"Salah satu sebab kenapa pertambahan ini berlaku kerana banyak penjawat kontrak di bawah JPM yang menerima gaji jauh lebih tinggi daripada penjawat awam
sama taraf.

"Saya bagi contoh gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia (AIM) RM830,500 setahun. Apabila dibahagikan pembayaran bulanan dianggarkan
menerima RM69,000," katanya.

Beliau berkata demikian setelah mendapat jawapan daripada JPM berhubung jumlah gaji tiga CEO agensi kontrak di bawah JPM iaitu AIM, Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) dan TalentCorp.

Kelmarin, Kian Ming membangkitkan isu kegagalan Kerajaan Persekutuan mengawal kos perbelanjaan dalam perbahasan Bajet 2014.

Beliau berkata, bagi penjawat awam pembayaran gaji paling tinggi dilakukan adalah kepada Ketua Setiausaha Negara yang menerima gaji bulanan RM23,577 iaitu
lebih rendah daripada CEO agensi kontrak di bawah JPM.

"CEO SPAD difahamkan dibayar RM480,000 setahun iaitu RM40,000 sebulan ditambah elaun RM162,000 dan bonus RM60,000 menjadikan jumlah setahun yang diperoleh
RM622, 000.

"Manakala, CEO TalentCorp menerima gaji sebulan RM30,000 dan elaun kereta RM5,000 menjadikan gaji setahun RM420,000," katanya.

Kian Ming mendakwa, staf kontrak agensi lain di bawah JPM turut dibayar gaji lebih tinggi daripada penjawat awam yang sama taraf dengan mereka.

Beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mengurangkan perbelanjaan ini termasuk menghentikan mewujudkan agensi kontrak baru seperti
Agensi Yayasan Hijau di mana fungsinya telah ada dalam AIM.

 
----- Original Message -----
 
Sent: Wednesday, October 30, 2013 12:10 AM
Subject: Fw: Gaji Melampau Pekerja JPM

 

Bongkar!!! Gaji Melampau Pekerja Jabatan Perdana Menteri, Inilah Pembaziran2 Kerajaan Lakukan.. Jom Terjah!!


 
KUALA LUMPUR 29 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming hari ini menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan merupakan satu lagi contoh pembaziran yang masih tidak dapat ditangani.
Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan telah dibayar gaji sebanyak RM69 ribu sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) memperoleh bayaran sebanyak RM49 ribu

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi itu melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara telah menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Dalam jawapan Parlimen saya pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, gaji bulanannya kira-kira sebanyak RM69 ribu. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480 ribu (RM40 ribu sebulan).
"Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, tadi.
Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162 ribu dan bonus sebanyak RM60 ribu.
Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30 ribu dan elaun kereta bulanan sebanyak RM5,000.
Disamping itu, kakitangan di JPM, dimana kebanyakkannya berkontrak sahaja turut dibayar lebih tinggi daripada penjawat awam.
"Sebagai contoh, seorang pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam memiliki gaji maksimum sebanyak RM49 ribu sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam mempunyai gaji maksimum sebanyak RM31,600 sebulan.
"Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 mempunyai gaji maksimum bernilai RM21 ribu sebulan," ujarnya.
Agensi-agensi lain dibawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.
Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).
"Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.
"Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau telah melonjak sebanyak 13 peratus daripada tahun lalu, berbanding 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.
Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya telah menerima salah satu peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion dibawah Bajet 2014. -Roketkini.com

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment