Thursday, October 31, 2013

RG2011... FW: NEKAD BERSARA, 16 NOV TARIKH AKHIR FAIZAL ISMAIL JADI PENYAMPAI RADIO

 

NEKAD BERSARA 

 

 

BERITA | TEMPATAN

Share on facebookShare on twitterShare on linkedinShare on google_plusone_shareShare on emailMore Sharing Services6

NEKAD BERSARA, 16 NOV TARIKH AKHIR FAIZAL ISMAIL JADI PENYAMPAI RADIO

KUALA LUMPUR, 31 OKT 2013: Penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau FBI mengakui bakal bersara dalam bidang penyampaian radio secara serius.

Pun begitu, Faizal menafikan telah membuat notis 24 jam kepada pihak pengurusan sebaliknya dia bakal bertugas secara sepenuh masa sehingga 16 November ini.

"Saya bukan notis 24 jam. Tapi saya telah membuat notis berkenaan pada 24 Oktober. Mungkin disebabkan angka itu ada wujudnya salah faham. Apapun, saya bakal mengakhiri kerja sepenuh masa saya sebagai penyampai radio pada 16 November ini.

"Sungguhpun saya sudah meletakkan jawatan di sini, pihak pengurusan masih lagi memberi peluang kepada saya untuk menjadi penyampai hujung minggu. Selepas ini, saya mahu lebih fokus dengan syarikat saya iaitu FBI Entertainment," katanya.

Dalam pada itu, Faizal turut menolak dakwaan yang mengatakan keputusan ini dibuat kerana dia memperoleh tawaran dari stesen radio yang lain.

"Saya berhenti bukan sebab dapat tawaran dari radio lain. Sejujurnya, saya sudah dua tahun simpan hasrat ini.

"Selama ini, saya hanya berkongsi hasrat ini dengan isteri saya saja. Terus-terang, saya perlukan fikirkan mengenai kerjaya saya pada masa akan datang.

"Lagi pun, saya bukannya jenis suka duduk selesa dengan apa yang ada pada saya sekarang. Saya tidak mahu terperangkap dengan keselesaan ini," jelasnya.

Sementara itu, Faizal menegaskan dia hanya akan bersara dalam bidang penyampaian radio tetapi bukan bidang pengacaraan TV.

"Saya berhenti di radio tetapi tidak di TV. Saya masih lagi terus jadi pengacara TV selagi ada permintaan. Skop kerja hos dan DJ sepenuh masa amat berbeza.

"Sejujurnya, saya mahu lebih fokus jadi pengacara TV dan mahu memperbaiki mutu persembahan pengacaraan saya.

"Apapun, dalam masa terdekat ini saya tidak akan kembali sebagai penyampai radio. Saya dah buat keputusan yang tidak akan berubah. Sekarang saya rasa lega dan dalam masa yang sama saya terhutang budi," ujarnya.

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment