Tuesday, October 29, 2013

RG2011... Fw: Pelajar makan nasi berlauk cicak di kantin

 



Pelajar makan nasi berlauk cicak di kantin sekolah

telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot

Makan nasi berlauk cicak Seekor cicak yang terdapat dalam makanan dihidangkan kepada pelajar di sebuah kantin sekolah.
 
 
JITRA: Seorang waris pelajar sebuah sekolah di sini kecewa dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelajar sehingga menyebabkan anaknya hampir termakan cicak yang terdapat dalam hidangan harian di sekolah itu.

Waris mangsa, Fawzi Ali berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya selepas terjumpa seekor cicak bersama ikan goreng dalam nasi yang dihidangkan untuk makan tengah hari pelajar pada minggu lalu.

Menurutnya, anaknya merasa loya apabila melihat seekor cicak dalam pinggan lalu memaklumkan kepada pihak kantin.

"Bagi mengelak berlakunya kekecohan, pengusaha itu menggantikan nasi dan lauk yang lain kepada anak saya.

"Saya sungguh kecewa dengan pihak pengurusan kantin yang lalai dalam menyediakan makanan kepada pelajar hingga membolehkan berlakunya keracunan.

Apabila saya melihat gambar itu, ia sungguh menjijikkan dan tidak wajar perkara itu boleh berlaku," katanya.

Fawzi berkata, sebelum ini dia pernah mendengar aduan daripada rakan anaknya yang sering terjumpa ulat dalam makanan yang dihidangkan kepada pelajar.

Katanya, dia berharap pihak berkenaan datang menyiasat kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelajar di sekolah terbabit.

"Saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak pengurusan kantin sekolah itu kerana jika dibiarkan, ia dibimbangkan akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih serius kepada pelajar sekolah itu," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment