Tuesday, August 2, 2011

Re: RG2011... NGO Wargakilang: JJMK Edisi Ramadan, Sabtu 20hb Ogos 2011, 7.30 a.m - 6.30 p.m

tersentuh hati sya membaca..
InsyaAllah saya ada baju2 raya lama kepunyaan anak2 yg masih elok disimpan akan sy sedekahkan pada mereka yang memerlukan.
 
Khadijah
Tanah Liat
Bukit Mertajam

From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To:
Sent: Tuesday, August 2, 2011 1:48 PM
Subject: RG2011... NGO Wargakilang: JJMK Edisi Ramadan, Sabtu 20hb Ogos 2011, 7.30 a.m - 6.30 p.m

Salam Ramadan Al Mubarak buat semua sahabat2,

Nukilan penulis latar NGO wargakilang untuk tatapan semua dan dibawah tulisan ini ada senarai wakil2 NGO yg boleh sahabat2 semua hubungi untuk tujuan sumbangan dan penyelarasan.

Shukri
019-5407859
NGO Wargakilang
Coordinator Norther Region

Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Ramadhan
Seminggu dua ini, atas jawatan sebagai pengerusi CSR (Corporate Social Responsibility) di tempat kerja, saya kerap menerima berbagai surat memohon sumbangan Ramadhan daripada berbagai pihak, baik dari rumah anak-anak yatim, tahfiz, pondok mahu pun daripada NGO dan juga syarikat-syarikat persendirian yang berusaha mencari dana untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel/resort dan sebagainya.

Bila tengok surat-surat itu, teringatlah saya, rupa-rupanya ramai yang nak tabur bakti, nak membantu insan-insan yang memerlukan di bulan ramadhan ini. Baguslah macam itu. Mungkin inilah yang orang alim selalu dok habag kata bulan ramadhan ini bulan yang mulia, bulan yang istimewa yang tak sama dengan bulan-bulan yang lain; bulan untuk kita semua pakat tambah pahala.

Baru-baru ini, bersama dengan kawan-kawan dari NGO Wargakilang, kami sekali lagi diberi masa dan kelapangan untuk masuk ke kg-kg di pedalaman, pi riki dan cari keluarga-keluarga susah yang tinggal jauh ke dalam, yang kami rasakan tak ramai orang yang sedar akan kewujudan mereka, lantas tak adalah pula ada orang atau pun pertubuhan dok pi hantar surat kat jabatan CSR mana-mana syarikat pi kutip dana atau pun anjurkan majlis berbuka posa kat resort atau pun hotel untuk depa-depa ini.

Berikut adalah sebahagian drpd kisah "depa-depa" ini untuk tazkirah dan renungan bersama.

Semua sekali ada 18 keluarga yang kami ziarah.

Rumah dlm gambar di bawah ini adalah yang paling terkesan sekali buat saya; pertamanya sebab rumah itu sendiri walaupun nampak ok tapi kelihatan agak daif sekali.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOtJ0osTGHXXUKBrd6ZuUi9GNow2q4Y_JWkimhoq7Kw8BUEH93C36594oBZZrHoMYMdaJinDYCQuA0VL_ddJRNxmPOzUIxnM0Arqb5cO0klwCPsVUI6Mp5F4j7NBljz3PtKtyEfvoZvs0g/s400/P1000987.jpg

Keduanya, rumah ini dihuni oleh seorang Ibu Tunggal, Pn Rashidah 35 tahun bersama 2 orang anaknya (5 tahun & 14 tahun) yang baru saja kehilangan suami kira-kira 4 bulan yang lalu – meninggal disebabkan sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Yang saya terasa agak emosi sikitnya, sebab 3 kali saya tanya berapa pendapatan beliau sebulan - nak bagi pasti - tiap kali beliau jawab RM150 sebulan. Tak logik haih, mana ada orang boleh survive dengan pendapatan banyak tu sebulan, tambah-tambah di zaman barang dok naik harga sekarang ini, dan lagi tak logik cuma dapat hanya RM150 sebulan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhklHCtLLUjr3zh9ORd2qCmSMIQbXZNV4cWsKCmUYr7aATp0RRsJ221YoMKkcXYjmhk5JdsyYI5_cQfDBDIuBl8d-wMmhNCND0FpM1cLzGQ7QmMdDwOIPw7QEpIg858PjbsNV6Sg-Srvsbi/s400/P1000992.jpg

Tanya pi tanya mai, Pn Rashidah ini habag setelah kematian suaminya (seorang penoreh getah), beliau terus hilang punca pendapatan. Sekarang ini beliau membantu ibunya menoreh getah di pokok orang, dan hasilnya dibahagi 3 antara beliau, ibunya dan tauke kebun. Patutlah pun dapat RM150 sahaja sebab jumlah pokok getah kat kebun itu cuma sekitar 200 batang sahaja.

Saya tak mampu nak bercakap panjang dengan orang yang sedang diuji dengan kesusahan seperti Pn Rashidah ini, walau pun susah tapi tak menampakkan sangat susahnya itu. Orang macam inilah yang mengingatkan saya kepada kata-kata yang sering dihamburkan kpd saya dan rakan-rakan bila kami bercerita tentang kisah-kisah org miskin dan susah di pedalaman.
Kata sang penghambur itu, MANA ADA ORANG MISKIN DI MALAYSIA INI – orang malas adalah!

Bagi mereka, org-org miskin itu jadi miskin sebab malas, jadi tak payahlah nak susah-susah pi bantu org-org malas ini sebab depa sendiri yang pilih nak jadi malas dan miskin.

Sedangkan mereka yang bercakap itu lupa bahawa KAYA dan MISKIN ini adalah kerja TUHAN. Hari ini TUHAN jadikan kita KAYA, esok lusa dlm sekelip mata saja DIA boleh jadikan kita MISKIN pula.

Lantas itu, sementara kita ini masih kaya ada pendapatan lebih drpd RM150 sebulan, kalau ada rezeki lebih janganlah lupa bahagiannya untuk mereka yang sedang diuji dengan kemiskinan seperti Pn Rashidah ini. Mungkin sebab itulah gamaknya ISLAM wujudkan Fidyah dan Zakat Fitrah, sebab memang ada penerimanya.

Dalam perjalanan antara 18 buah rumah itu, kami singgah di sebuah rumah Ibu Tunggal yang tinggal bersama seorang anak perempuannya. Persinggahan yang seketika ini amat istimewa buat saya, kerana sepulangnya ke rumah, saya download gambar rumah ini ke lab top dan secara kebetulan adik perempuan saya dan suaminya bertandang ke rumah. Saya tunjukkan gambar rumah ini kepada adik saya dan berkata:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAvZl8b2UXyijxvrNvorEpBtI6-zUxpYoFmBDvxP7otKnTBDYCYKIjNn-FbYgrItXTWK48S987W_H_3rwCEoaK7D-id-FBozJxjfZ7gRiwn-9kURUKkvfyl4UsloCtDg2FJSGuvi0fsqDc/s400/P1000930.jpg
"Yah, hang ingat dak lagi rumah kita di kampong waktu-waktu kecik-kecik dulu?"

Adik saya cakap:
"Laaa – pelantar jemuran dan dinding buluh itu sebijik mcm rumah kita dulu, kat pelantar itulah kita ramai-ramai makan nasi dan saki bakinya kita lempar ke bawah bagi ayam dan itik makan"
Ya, sa-buah lagi kisah perjalanan merentas masa buat diri saya. Tak disangka, ada lagi insan yang masih terperangkap dlm suasana kemiskinan yang serupa.

Di rumah seterusnya, kami singgah di sebuah rumah yang begitu agak ke dalam di sebuah kaki bukit berhampiran sebuah kawasan air terjun – rumah sdra Che Ros. Antara ramai-ramai keluarga yang kami pergi itu, saya memilih untuk menulis kisah Che Ros sebagai penutup kisah perjalanan kami ini.

Kenapa? Kerana pintu hati saya bagaikan diketuk-ketuk, rasa terharu semacam melihat ketabahan Che Ros mengharungi hidup nun jauh di pedalaman; membesarkan 4 orang anak-anaknya dengan tiada pendapatan tetap, mencari rezeki dengan berbekalkan sumber hutan – mencari buluh untuk diraut dijual sebagai buluh pancang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyJF1s7sZEbZ6VG-X4roajM-tjNBD0p9qMw_hKsfLEmzLTorKu7xpjpVXmPDVB4WhbHRUWXjuQYSy66ibms_YV6KDGZp_stss6TmBo6iE5VEmOMwQfv0tEpz82YRyYoypaYsK61460wmBJ/s400/P1000904.jpg
Waktu kami singgah di rumahnya, Che Ros sedang sibuk meraut buluh; bila ditanya kenapa betis keringnya berbalut, Che Ros cakap waktu leka mencari buluh, entah macam mana kakinya tercucuk buluh. Kesian Che Ros.

Yang bagusnya Che Ros ini, walau pun dia sendiri hidup susah, tapi di samping membela isteri dan 4 orang anaknya serta ibunya yang sudah tua, beliau juga ada memelihara seorang wanita tua sebatang kara yang tiada kaitan adik beradik atau pun saudara dengan beliau. Mulianya hati Che Ros.

Yang sedih pasal Che Ros ini, si Amirul anak beliau yang sulung, umur 15 tahun, sepatutnya ambik PMR tahun ini, tapi disebabkan kemiskinan keluarga, cuma sekolah sampai habis darjah enam saja. Entahlah, kami pun tak tau nak kata apa, tapi itulah sebahagian drpd realiti kisah anak-anak bangsa yang masih terperangkap dalam orbit kemiskinan yang tak pernah kunjung reda ini.

Kami pun tak salahkan Che Ros bab anak beliau terkandas dlm perlajaran ini. Ya lah, di zaman Facebook dan Twitter sekarang ini, anak-anak belajar tinggi-tinggi pun kadang-kadang belum tentu boleh diharap untuk menjaga ibu bapa di kala tua.

Sekurang-kurangnya Che Ros ini, dengan ilmu BULUH yang beliau ada, mampulah juga beliau bina sebuah pondok berdinding buluh yang tak seberapa, untuk Ibunya berteduh di tepi rumahnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibSdZsUkONAyx19R-jQcVgqfDVlVdYHdB8eloQqNifXZmjMO5SkAVzhMkPq-oTVnusHjd0XD-7CNfUD77i9h673QtS8xqLsW-6Qb0ngmuWeeCSrO3osKmwIwHH14VtEZvGrl3U4IcjkVPb/s400/P1000918.jpg
Adalah juga privacy buat ibunya yang sudah tua ini untuk hal-hal peribadi.

Waktu saya menjenguk ibunya di pondok usang ini tanpa pengetahuan Che Ros, bila dengar suara maknya bertanya siapa yang mai ini, dengan segera dalam keadaan kaki terhincut-hincut Che Ros terpa mai, mai explain kat mak dia tujuan kami mai.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHSduSdxsv3558PKIBDdBu5hSBZ04_KX17gebkZ5T8D6PnwERKWJJaZxdZuaLw5RPt2HczzxVrGe61rt5wWm988QKsKVpDuDm7W97-81ZKRdmpTRLGrik2z1ttkn6wSa7T6AAuzNU4iTE7/s400/P1000922.jpg
Rasa sedih dan sebak pun ada bila tengok wajah Che Ros dan ibunya ini – dalam serba kepayahan yang ada, beliau cuba memberi yang terbaik untuk emaknya. Dinding buluh pun jadilah, janji itu yang selesa untuk mak dia.

Di atas keikhlasan beliau menjaga ibunya ini, didoakan moga ALLAH menggandakan Che Ros dengan balasan pahala yang berkali-kali ganda.

Sekian, antara beberapa paparan yang mampu kami kongsikan di sini sebagai tazkirah Ramadhan untuk kita semua. Sesungguhnya di luar sana, memang tersedia insan-insan lara yang begitu menanti dan mengharapkan sumbangan ramadhan buat mereka. Cerita Che Ros dan Puan Rashidah ini hanya secebis drpd kisah-kisah "depa-depa" ini.
 
Salam sahabat2 semua.,

Expedisi ramadhan 2011 kali ini, sahabat2 WK akan berkampung di daerah belantik,Gulau, Nami dan kawasan2 sekitarnya, insyallah kita mensasarkan 50 keluarga fakir miskin akan menerima bantuan hari raya utk kali ini.
 
Tarikh yg disasarkan utk sahabat WK adalah pada 20-Ogos-2011, sehubungan itu semua sumbangan telah dibuka utk sahabat2 utk turut menyumbang, spt:
 
1)      Pakaian terpakai yg masih elok utk kegunaan hari raya, diutamakan spt baju melayu, baju kurung dan T-shirt untuk  kanak-kanak dan dewasa (lelaki & wanita) diasingkan mengikut kategori Lelaki Dewasa, Perempuan Dewasa, Kanak2 Lelaki dan Kanak2 Perempuan
- Pakaian2 boleh dihantar ke alamat spt dibawah ( pusat pengumpulan) - guna KTM Express bagi yg jauh dari Penang:
Mohd Shukri
240-A Jln Bukit Mertajam
Kubang Semang, 14400, Bukit Mertajam
Penang (019-5407859)

2)      Sumbangan makanan- utk berbuka dan hari raya :
-  Sponsor kurma anggaran RM20-40/family dan kuih raya RM40-60/family
-  Makanan2 ruji spt beras,gula, minuman spt kopi teh, coco dll, makanan2 kering spt ikan kering, bihun dll, minyak masak dan sebagainya   keperluan makanan seisi rumah.
-  Makanan untuk kanak2 lingkungan umur bawah 12 tahun
-  Toiletries spt sabun mandi, sabun basuh dll

Utk tujuan penyelarasaan, semua sumbangan boleh disalurkan kepada penama dibawah, sebelum 15hb Ogos 2011.

JJMK Edisi Ramadan 20hb Aug'11- Nothern Region - Coordinator:Saudara Shukri -019-5407859 :

1)      Saudara Aznee – 012-4323305 ( Sg Petani, Alor Setar & Perlis)
2)      Saudara Shukrie – 019-5407859 ( , Bayan Lepas , Pulau Pinang)
3)      Saudara Wahab – 019-4740759 (Bayan Lepas, Pulau Pinang)
4)      Saudara Monier - 012-4128209 (Kulim  & Padang Serai)
5)      Saudara Sattar - 019-4004655 (Seberang Perai, Pulau Pinang)
6)      Saudara Fendi - 012-4097268 (Seberang Perai, Pulau Pinang)
7)      Saudara Lukman - 019-5582626 (Perak Utara)

JJMK Edisi Ramadan 20hb Aug'11 - Central Region -Coordinator: Saudari Roha - 012-4317948 :

1)     Saudara Shahrul - 012-6315244 (KL, Selangor, Melaka, N9)
2)     Saudara Warikh - 019-4701477 (KL, Selangor, Melaka, N9)
3)     Saudari Roha - 012-4317948 (KL, Selangor, Melaka, N9)
4)     Saudari Nazirah - 0133898534 (KL, Selangor, Melaka, N9)
 
Wassalam
Shukri
Coordinator JJMK Edisi Ramadan (Northern Region)
NGO Wargakilang

1 of 1 File(s)
Reply to sender | Reply to gr

Monday, August 1, 2011

RG2011... NGO Wargakilang: JJMK Edisi Ramadan, Sabtu 20hb Ogos 2011, 7.30 a.m - 6.30 p.m

Mohd Monier.

RG2011... Misi Ramadan & Syawal at-Taqwa Hulu Langat(31/07/11), Opah Hasnah(13/08/11)Kelang

Assalamualaikum.. Alhamdulillah team Misi Sinar Ramadan & Syawal telah menziarahi 3 destinasi di sekitar Kelantan(15Julai), Perak(23Julai) & Hulu Langat(31Julai)..dijemput sahabat2 untuk menyertai kami ke destinasi seterusnya. Insya-Allah esok, Rabu 03/07/11, 3pm di Pangsa Puri Kayu Ara. Manakala Majlis Berbuka Puasa secara santai & potluck di rumah Opah Hasnah(opah yg menjaga 15 anak yatim), Kelang pada 13/08/11.
Hubungi Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Blog: Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com

Catatan: Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan & Syawal : Hulu Langat 

Pautan: http://eksekutifsuri.blogspot.com/2011/08/misi-sinar-harapan-ziarah-ramadan.html

Assalamualaikum

Alhamdulillah Misi Ziarah Ramadan & Syawal telah terlaksana di 3 destinasi,  iaitu di Kelantan 16 Julai, Perak 23 Julai, dan Hulu Langat 31 Julai. Insya-Allah misi akan diteruskan sekitar Lembah Kelang mulai esok..
Pada Ahad, 31Julai 2011 niat kami tertunai utk ziarah tapak tanah runtuh & penempatan sementara penghuni  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak Hidayah At Taqwa di Hulu Langat, di Pusat Latihan YADIM Sg Semungkis, Bt 14 Hulu Langat.

Di kesempatan itu kami sampaikan sedekah yang yg diamanahkan drp penderma sebanyakRM3100.

Suasana agak sepi & masih lagi diselubungi kesedihan..sayu bila lihat tapak tanah runtuh & bangunan bekas rumah anak yatim ini ditinggalkan terbiar..

lagi sayu bila lihat wajah2 anak2 yatim & hidayah yang tinggal.

Setakat ini sudah 20 orang anak2 ini kembali dan 4 lagi masih di bawah pengawasan keluarga.

Kami menemui salah seorang sukarelawan yang menjaga urusan mereka, iaitu En Fauzi. Mengikut En Fauzi, mereka masih lg trauma dan tidak digalakkan menerima jemputan berbuka puasa di luar. Ini bg mengelakkan mereka jadi tumpuan & ditujukan soalan yg menyebabkan luka lama berdarah kembali.

Namun, sekiranya sahabat2 berhajat untuk menjamu mereka makan @ mengadakan apa2 majlis di penempatan sementara itu, amat dialu-alukan.

Keperluan mereka yang amat penting buat masa ini adalah dari sudut kewangan. Penempatan sementara ini hanya untuk 6 bulan sahaja. Mereka perlukan wang untuk kos pembelian tanah, membina bangunan baru dan kos pengurusan & belanja anak2 yg menjadi penghuni di sini.

Untuk pengetahuan, berita & khabar kononnya mereka mendapat banyak sumbangan sebenarnya tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Janji cuma tinggal janji... yg sampai pada mereka cuma sedikit sahaja..

Untuk maklumat lanjut & sumbangan boleh hubungi: En Fauzi 0132083747

Terima kasih buat En Fauzi & semua penghuni Rumah Anak Yatim & Hidayah at-Taqwa kerana sudi menerima kunjungan kami.

Terima kasih buat keluarga En Saifuddin yg menjadi tempat persinggahan kami, dan teima kasih buat anaknya Ashraff yg sudi menemani kami sepanjang ziarah. Tahniah juga pada Ashraff yg menjadi salah seorang penduduk & penyelamat terawal yg sampai pada ms kejadian tanah runtuh terbabit.

Terima kasih buat semua yg terlibat, sama ada yg memberi sumbangan dlm bentuk wang ringgit, tenaga atau masa.

Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita ..amin..

Elly  012-3614014      

Eksekutifsuri Bakery

SanggarSuri: Misi Sinar Harapan 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Puasa Tetapi Tidak Solat

Puasa boleh curi2 makan. Mana org nak nampak.

--- On Sun, 7/31/11, abu usamah <muslimz87@yahoo.com> wrote:

From: abu usamah <muslimz87@yahoo.com>
Subject: RG2011... Puasa Tetapi Tidak Solat
To:
Date: Sunday, July 31, 2011, 9:22 PM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 
Saya mendapat soalan mengenai orang yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Banyak fatwa ditemui dan pelbagai ragam fatwanya.
 
Ini semua berpaksi kepada hukum meninggalkan solat dengan sengaja. Apakah jatuh kafir atau tidak. Sebahagian menyatakan hanya jatuh kafir jika menolak kewajipan solat, dan berdosa besar meninggalkannya jika masih beriman solat itu wajib. Sedangkan ada sekelompok ulama yang lain berpegang meninggalkan solat dengan sengaja jatuh hukum sebagai kafir tidak kira seseorang itu menolak kewajipan solat atau tidak.
 
Tidak kiralah yang mana satu antara kedua pendapat ulama' ini. Kita mengetahui bahawa paling ringan, meninggalkan solat ada dosa yang sangat besar. Silap-silap lebih besar daripada berzina, minum arak dan sebagainya. Boleh jadi ia dosa yang bawah sedikit sahaja daripada syirik.
 
Jika membuka aurat, menyebabkan pahala puasa berkurangan, mengumpat menyebabkan pahala puasa berkurangan, berbohong menyebabkan pahala puasa berkurangan, lalu apa lagi jika meninggalkan solat. Puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga, dan kita menanggung dosa yang sangat besar, yang mana kita berada di sempadan antara iman dan kufur.
 
Nasihat saya: Jadikanlah Ramadhan ini akademi untuk kita melengkapkan kewajipan yang selama ini kita abaikan. Tidak mengapa jika selepas Isya' anda mahu pulang tidur, menonton televisyen, walau itu satu sikap yang tidak elok. Tetapi sangatlah tercela, jika kita berpuasa, tetapi solat wajib tidak didirikan. Meninggalkan solat lebih jijik daripada berzina, meliwat, minum arak, melacur, buka aurat, dating.......... Apakah kita mahu puasa kita sekadar lapar dan dahaga. Puasa apakah ini ketika mana kita malas dan lalai daripada solat. Puasa apakah ini?
 
Saya ingin berkongsi fatwa Shaikh al-Uthaimin. Suka diingatkan beliau berpegang bahawa kafir jika meninggalkan solat dengan sengaja. Jadi beliau menyimpulkan puasa orang yang tidak solat, tidak sah. Sifirnya mudah, amalan orang kafir, semuanya tidak sah. Teruskan membaca agar kita dapat memahami betapa besarnya dosa meninggalkan solat.
 
------------
Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"
Beliau rahimahullah menjawab:
 
"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,
 
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)
 
Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)
 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,
الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)
 
Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.
 
'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan
ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]
 
Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.
 
Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.
[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
***
Penterjemah: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id
-------------------------------------------
 
Ini pula perbahasan ringkas perbezaan ulama' tentang hukum meninggalkan solat.
http://www.intisonline.com/artikel/hukum-meninggalkan-solat
 
Hukum Meninggalkan Solat[1]
 
Para ulama' bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan mengingkari kewajipannya, dia telah murtad dan kafir. Akan tetapi mereka berselisih pendapat sama ada orang yang meninggalkan solat kerana malas telah terkeluar daripada Islam atau masih Islam. Akan tetapi para ulama' tetap bersepakat meninggalkan solat adalah dosa yang besar.
 
Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata bahawa tiada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap yang meninggalkan kerana mengingkari kewajipannya. Akan tetapi apabilka meninggalkan solat kerana malas, dan masih meyakini solat lima waktu wajib, maka di dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat.[2]
 
Terdapat tiga pendapat ulama ke atas orang yang meninggalkan solat kerana malas.[3]
 
Pendapat pertama: Orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh kerana telah murtad. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad, Sa'id bin Jubair, 'Amir asy-Sya'bi, Ibrahim an-Nakhai, Abu 'Amr,  al-Auzai'e, Ayyub al-Sakhtiyani, Abdullah Ibn al-Mubarak, Ishak bin Rahawiah, Abdul Malik Bin Habib (ulama' mazhab Malik), sebahagian pendapat ulama' mazhab Syafie. Di kalangan sahabat pula pendapat ini dipegang oleh Umar al-Khattab, Muaz Bin Jabal, Abdurrahman Bin Auf dan lain-lain.
Pendapat kedua : Orang yang meninggalkan solat dibunuh dengan hukuman had, akan tetapi tidak dihukum sebagai kafir. Ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam asy-Syafie, dan salah satu pendapat Imam Ahmad.
Pendapat ketiga: Orang yang meninggalkan solat kerana malas adalah fasiq (pelaku dosa besar) dan dia wajib dipenjara sehingga dia mahu menunaikan solat. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi.
 
Dalil-dalil Al-Quran tentang orang yang meninggalkan solat
1)      Allah Ta'ala berfirman:
 
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا
 
"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengiut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh." (Maryam : 59-60)
 
Ibnu Mas'ud radiallahu 'anhu menyatakan bahawa 'ghoyya' dalam ayat tersebut adalah sungai di neraka Jahanam yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya sangat dalam. [4]
 
Di dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini –iaitu sungai di Jahannam- sebagai tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya melakukan maksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa. Tempat ini (ghoyya) merupakan bahagian neraka yang paling bawah. Ia bukanlah tempat orang mukmin, sebaliknya tempat bagi orang kafir.
 
2)      Dalam ayat yang lain, Allah Ta'ala berfirman:
 
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ
 
"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka) adalah saudara-saudaramu seagama." (At Taubah: 11). Di dalam ayat ini, Allah Ta'ala mengaitkan persaudaraan Islam dengan mengerjakan solat. Ini bermaksud jika solat tidak dikerjakan, bukanlah saudara seiman. Ia menunjukkan orang yang meninggalkan solat bukanlah mukmin kerana orang mukmin itu bersaudara sebagaimana Allah Ta'ala berfirman:
 
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara." (Al Hujurat : 10)
Dalil Tentang Orang Yang Meninggalkan Solat Di Dalam Hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam
1)      Daripada Jabir bin 'Abdillah, Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam bersabda:
 
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
"(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat."[5]
 
2)      Daripada Tsauban radiallahu 'anhu, beliau mendengar Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam bersabda:
 
بَيْنَ العَبْدِ وَبَيْنَ الكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلَاةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ
 
"Pemisah di antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia telah syirik.".[6]
 
3)      Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal , Nabi sollallahu 'alaihi wassalam bersabda:
 
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ
 
"Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.".[7]
 
Di dalam hadis ini, dikatakan bahawa solat adalah tiang yang menegakkan Islam. Jadi jika roboh tiang tersebut, maka robohlah Islam.
 
Para Sahabat Berijma' (Bersepakat), Meninggalkan Solat adalah Kafir
 
Umar radiallahu 'anhu menyatakan:
 
لاَ إِسْلاَمَ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ
"Tidak ada Islam bagi orang yang meninggalkan solat."
 
Daripada jalan yang lain, beliau berkata:
 
ولاَحَظَّ فِي الاِسْلاَمِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ
 
"Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat."[8]
 
Ketika Umar menyebutkan perkataan di atas,beliau sedang menghadapi sakaratul maut, tiada seorang sahabat pun yang mengingkarinya. Oleh kerana itu, hukum bahawa meninggalkan solat adalah kafir termasuk ijma' (kesepakatan) sahabat sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn al-Qayyim dalam kitab As-Solah.
 
Kebanyakan sahabat Nabi menganggap bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir sebagaimana dikatakan oleh seorang tabi'in, Abdullah bin Syaqiq. Beliau menyatakan:
 
كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ
 
"Dahulu para sahabat Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam tidak pernah melihat suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat."[9]
 
Al-Imam Ibn al-Qayyim mengatakan, "Tidakkah seseorang itu malu dengan mengingkari pendapat bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, padahal hal ini telah disaksikan oleh Al Kitab (Al Qur'an), As Sunnah dan kesepakatan sahabat. Wallahul Muwaffiq (Hanya Allah-lah yang dapat memberi taufik)."[10]
 
[1] Tajuk ini merupakan ringkasan daripada tulisan Ustaz Muhammad Abduh bertajuk: Dosa Meninggalkan Solat Fardhu Lima Waktu Lebih Besar Daripada Dosa Berzina. Ia boleh dibaca di sini http://rumaysho.com/hukum-islam/shalat/2721-dosa-meninggalkan-shalat-lima-waktu-lebih-besar-dari-dosa-berzina-.html
[2] Nailul Author, 1/369
[3] Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al Kuwaitiiah, 22/186-187)
[4] As-Solah, hal. 31
[5] HR. Muslim no. 257
[6] HR. At-Tabari dengan sanad sahih. Shaikh Al-Albani menyatakan hadiss ini sahih. Lihat Sahih At-Targib wa At-Tarhib no. 566
[7] HR. at-Tirmizi no. 2825. Disahihkan oleh Shaikh Al-Albani dalam Sahih wa Dhaif Sunan At Tirmizi
[8] Dikeluarkan oleh Malik. Sa'ad di dalam At-Thabaqat, Ibnu Abi Syaibah di dalam Al Iman,  Ad-Daruquthni di dalam sunannya,dan Ibn Asakir. Hadis ini sahih, sebagaimana dikatakan oleh Shaikh Al Albani dalam Irwa' al-Gholil no. 209
[9] Perkataan ini diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqli seorang tabi'in dan al-Hakim menyatakan bahawa hadis ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadis ini adalah sahih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52.
[10] As-Sholah, hal. 56
 
PERINGATAN
 
Bukanlah tujuan tulisan ini untuk menghukum orang lain kafir, atau puasa orang lain tidak sah. Sebaliknya ia satu muhasabah kepada diri kita. Ulama hanya khilaf kafir atau tidak, tetapi mereka tidak khilaf ia satu dosa yang SANGAT besar.
 
Ambillah pengajaran daripada artikel ini untuk kebaikan kita semua.

Web-web yang mesti dilawati:

My blog

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... solat Jamak

Assalamualaikum,
 
saya nak tanya berkhaitan solat jamak..
 
saya bercadang balik kampung raya ni 6 hari , tetapi pada 2 tempat..bolehkah solat jamak dan qasar selama 6 hari tersebut.
 
seperti kita maklum solat jamak dan qasar hanya perjalanan 3 hari shj tidak termasuk pergi dan balik.
 
situasi diatas , kita balik rumah ibu 3 hari ke kedah  kemudian balik pula 3 hari ke rumah mentua di perak pula.....boleh jamak dan qasar tak...
 
2) jika 7 hari pula macamana  4 hari rumah ibu dan 3 hari lagi rumah mentua....
 
minta tolong ustaz dapat memberi panduan kpd saya...
 
sekian terimakasih
 
From: respeks_group@yahoogroups.com
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 1 Aug 2011 13:52:22 +0000
Subject: RG2011... File - Membina Folder ReSpeKs

File : Membina Folder ReSpeKs
Description : Cara untuk menerima e.mail ReSpeKs dalam folder khusus

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___