Wednesday, February 1, 2012

Re: RG2011... Fw: PTPTN adalah serampang dua mata pemerintah

Dalam masa kerajaan nak bantu rakyat didalam membiaya  pelajaran anak-anak pun masih dipandang serong oleh pembangkang. Sebenarnya ramai anak-anak yang telah mendapat faedah dari pinjaman PTPTN ni dan saya yakin ramai juga yang terdiri dari anak-anak penyokong parti pembangkang.

Kerajaan mengenepikan sentimen politik didalam mengagihkan kemudahan mendapatkan PTPTN lantaran matlamat kerajaan ialah untuk membantu mengurangkan beban rakyat didalam membiaya pengajian anak-anak ke pusat pengajian tinggi. Semua rakyat yang mahu akan menikmatinya tak kira penyokong mana-mana parti pun.

Bagi suatu keluarga yang purata pendapatan kurang RM3,000.00 sebulan pun adalah sukar untuk menanggung perbelanjaaan pengajian tersebut. Bayangkan kalau kos penghidupan mereka dikolej RM100 seminggu yang merangkumi kos makan, pengangkutan, buku nota dll (itu dah kira ikat perutlah) menjadikan RM400 sebulan. Itu baru seorang, kalau 2 -3, memang confirm anak-anak ni tak sambung belajar. Memang mak bapanya suruh mereka terus bekerja sahaja.

Ini bila kemudahan dah diberi, pun dijadikan isu.Memang dah mentaliti mereka sebegitu, penuh dengan elemen-elemen negatif. Mengadu domba, menabur fitnah, tidak pernah merasa bersyukur.

Kita doakan sahaja agar kerajaan yang memerintah sekarang ini kekal memerintah dan segala usaha murni mereka didalam membangunkan rakyat serta Negara mendapat keredhaan dari Allah. Dan mudah-mudahan juga segala kekurangan yang ada didalam pemerintahan sekarang ini dapat diperbaiki agar tidak dijadikan bahan untuk pihak pembangkang sebagai isu untuk memecahbelahkan serta melaga-lagakan rakyat ini. Kerakusan pihak pembangkang sekarang ini amat ketara sekali dimana kita dapat melihat dari insiden-insiden sejak kebelakangan ini, kecenderungan untuk tercetusnya huru-hara dinegara ini adalah besar sekali. Ini lah dia permainan pihak pembangkang.
Wallahualam.



From: "dzayu03@yahoo.com" <dzayu03@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 1 February 2012, 13:36
Subject: Re: RG2011... Fw: PTPTN adalah serampang dua mata pemerintah

 

Kita cakap memang la senang, saya seorg pelajar yg turut sama mendapat biaya dr PTPTN dan sudah bekerja. Memang la tujuan asal PTPTN utk byr yuran pengajian bg setiap semester jadi x perlulah mak bapak dok kuar duit utk byr yuran setiap semester.

Tp utk belanja sendiri, kena la guna duit sendiri. Kalau dah tau mak bapa kita x ada duit jgn la dok boros sgt guna duit, guna hp mcm org dah bekerja, mane nak cukup duit. Mak bapa bg rm300 kita belanja mcm dpt rm3000!

Ramai kawan2 pempuan saya yg sekarang tidak bekerja selepas menjadi surirumah, duit PTPTN x byr pun. Kebanyakan mereka ni dari Kelantan, x tau nak cakap la bila dah x perlu dibayar. So sampai tahun 2012 ni, agak2 bertambah ke x duit PTPTN? Dan depa ni x lak diugut sebab x bayar.

Kita kena la ingat, kalau dah namanya pinjam kena la bayar balik, betul x? Supaya org lain boleh dapat guna gak. Seingat saya, x ada lak dipaksa utk terima PTPTN, kalau x nak sign, x yah la sign. Ada gak kawan2 saya yg x ambik sebab malas nak berutang n depa mampu.

Kes 'kolej' tu mungkin ada kebenarannya mungkin gak silap faham. Xkan sikit2 nak tuduh, kita rasa nak ckp terus je kata pemerintah. Agak2nya kalau semua bagi free, kat mane negara nak dapat duit utk tanggung keperluan negara n rakyat?

Tol nak hapus, cukai nak hapus, duit air nak hapus, duit api nak hapus, silap2 sape yg kerja utk kerajaan nanti kena kerja amal je lah sebab x ada duit utk byr gaji.

Sebagai org islam, setiap hutang kena lah dibayar supaya nanti kita x tersangkut dgn hutang. Amin

Wasalam.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: "::-eSpAcE 9808-::" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 29 Jan 2012 18:40:05 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: PTPTN adalah serampang dua mata pemerintah

 

----- Original Message -----

PTPTN adalah serampang dua mata pemerintah nak dera dan perabih duit rakyat....!!!

Hangpa nak tau pasai pa dikatakan macam nie..ini dia sebabnya.......

1- Nak galakan pelajar berhutang....supaya senang nak ugut kemudian hari....
2- Duit PTPTN ini bertujuan untuk terus di salurkan ke IPTS yang mana kepunyaan kroni depa dan IPTS ni kebanyakannya tak diiktiraf, tak berkualiti, jadi PTPTN adalah jalan penyelesaian... Jadi bottom line nya, puak depa juga yg dapat duit....

Kawaq macam ni pun belambak anak muda yang sokong...!!!!
 


 
----- Original Message -----
 
Subject: Pelajar Dakwa Duit PTPTN Dirompak Kolej Sendiri
 
KUALA LUMPUR – Sebuah kolej di Mantin, Negeri Sembilan didakwa 'merompak' secara senyap duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya.
 
Duit yang sepatutnya untuk kegunaan harian pelajar-pelajar didakwa telah diseleweng dengan kaedah 'debit akaun' atau dipotong terus daripada akaun apabila duit sudah dimasukkan ke dalamnya
 
Menurut Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr. Izham Nayan, pihak kolej telah  menyeleweng duit pinjaman sebanyak RM18,000 bagi setiap seorang pelajar.
 
" PTPTN telah memberikan sebanyak RM56,000 sebagai pinjaman kepada pelajar untuk membayar yuran pengajian sebanyak RM36,000 dan baki pinjaman seharusnya digunakan untuk perbelanjaan pelajar sendiri.
 
"Tetapi baki pinjaman itu tidak diterima oleh pelajar, kemana wang itu pergi? Saya agak kecewa dengan tindakan kolej tersebut yang 'merompak' duit pelajar-pelajarnya sendiri," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Dalam perkembangan yang sama, Hafisza Abdul Ghani, 24, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan yang mewakili pelajar-pelajar lain yang 'ditipu' berkata, mereka telah dipaksa untuk menandatangani satu borang 'tambahan' yang tidak diketahui tujuannya.
 
Bukan itu sahaja, katanya, pihak kolej langsung tidak memberikan masa yang cukup untuk mereka menyemak dan membaca segala peraturan pinjaman PTPTN dengan terperinci serta tidak dibenarkan bertanya dengan lanjut akan perihal borang 'tambahan' tersebut.
 
" Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tak ada masa nak semak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami. Selepas selesai proses itu, baru kami tahu borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami," terang Hafisza.
 
Ekoran dari 'keterpaksaan' menanda tangani borang pinjaman tersebut, Hafisza dan rakan-rakannya terpaksa menanggung 'derita' apabila tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung pengajiannya.
 
Malah, katanya, dia terpaksa bekerja sambilan untuk mencari sumber kewangan sendiri memandangkan keluarganya tidak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.
 
"Selepas proses pinjaman, duit yang masuk dalam akaun RM100 sahaja. Bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan duit sebanyak tu selama enam bulan setiap semester?" terang Hafisza.
 
Sebelum ini, laporan berkenaan isu ini telah pun dibangkitkan dan dua laporan polis telah dilakukan pada hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011, namun, tiada sebarang tindakan polis yang dikenakan terhadap pihak kolej.
 
Mungkin kerana takut imejnya akan terjejas, pihak kolej berkenaan 'berjanji' akan memulangkan semula duit 'rompakan' RM18,000 kepada setiap para pelajar.
 
Tetapi, pihak pengurusan kolej hanya membayar duit berkenaan sebanyak RM9,000 sahaja kepada lima orang pelajar sebagai menutup 'mulut' para pelajar dari terus menuntut hak mereka.
 
Pun begitu, pihak kolej sekali lagi berani melakukan penipuan ini dan terus menindas hak pelajar-pelajar dengan mengugut akan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar-pelajar yang terbabit.
 
Justeru itu, PPIM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi tampil dan mengambil tindakan tegas terhadap kes ini demi membela nasib pelajar-pelajar di kolej tersebut –
 
Oleh NAIMAH SHAARI / Foto Malay Mail
 
 
 
Kolej `rompak' duit PTPTN
 
KUALA LUMPUR - Sekumpulan pelajar sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan menggesa pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap kolej itu, yang didakwa mereka "merompak" duit sara diri bulanan pelajar.
 
Kumpulan 432 pelajar tahun akhir itu mendakwa, daripada RM535 sebulan yang diberi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanya RM100 ditinggalkan di dalam akaun bank mereka oleh pihak pentadbir kolej tersebut.
 
"Sebelum ini saya dan rakan-rakan yang lain pernah menandatangani satu dokumen "direct debit" yang dikeluarkan pihak kolej di awal permohonan untuk membuat pinjaman PTPTN," kata wakil mereka yang mahu dikenali sebagai Fisza.
 
Pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan itu ditemui bersama tujuh lagi pelajar kolej tersebut ketika membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini hari ini.
 
Kumpulan pelajar itu mendakwa perkara tersebut dialami semua pelajar termasuk mereka yang telah menamatkan pengajian.
 
"Kami juga telah membuat dua laporan polis tahun lepas, namun sehingga kini tiada tindakan diambil," katanya yang mendakwa pihak kolej turut mengugut mereka agar menarik balik laporan itu jika tidak mahu prestasi pengajian terjejas.
 
Menjawab soalan, Fisza berkata, mereka dipaksa menandatangani dokumen "direct debit" itu tanpa diberi penjelasan mengapa langkah tersebut dibuat.
 
Fisza juga mendakwa selepas mendapat tahu ada aduan dibuat terhadap kolej, pihak pengurusan bertindak membayar separuh daripada jumlah keseluruhan duit sara diri tersebut kepada enam pelajar.
 
Pihak kolej juga meminta pelajar menandatangani dokumen perakuan bahawa mereka telah menerima bayaran penuh dan tidak akan membuat sebarang tuntutan lain selepas itu, katanya.
 
Kata gadis itu, secara purata setiap pelajar tahun akhir kolej terbabit"kerugian" kira-kira RM18,000 bagi tempoh tiga tahun pengajian.
 
Sementara itu, Pengarah Sekretariat PPIM Dr Izham Nayan berkata tindakan kolej terbabit adalah satu penipuan dan pihak berwajib khususnya Kementerian Pengajian Tinggi harus mengambil tindakan menyiasat dakwaan pelajar.
 
"PTPTN pula perlu memastikan wang pinjaman yang disalurkan pergi tepat kepada sasaran, jangan biarkan kebebasan mutlak pihak pengurusan kolej untuk memastikan berapa jumlah wang sara diri yang perlu diberikan kepada para pelajar ini," katanya.
 
- BERNAMA
 


Re: RG2011... Mohon Sumbangan Derma utk Adik Muhammad Akyd Fayyadh

 

Salam,

Kaya atau miskin seseorang itu susah tertulis sejak azali lagi oleh Yang Maha Esa..cuma kekayaan yng di cari dalam cara yg bagaimana? itu adalah usaha manusia itu sendiri..dan kekayaan dan rasa syukur itu  ujian dari ALLAH..sama juga yang susah @ miskin...bagaimana yang susah @ miskin..menghadapi kehidupan mereka..mungkin miskin pada harta tapi mereka bahagia..itu juga ujian dari ALLAH.. 

Bila kita sesuka hati menafsir seseorang dgn kata-kata yg tidak elok..secara tidak langsung kita sendiri sedang di uji oleh ALLAH... Sedekah adalah perlu diberi dengan ikhlas dan tanpa paksa...walaupun dengan sepuluh sen @ seringgit....

Ramai yang kaya ..bersedekah dalam diam..tapi kita mmg takkan nampak perkara begitu...  Yang penting IKHLAS..jangan menafsir orang yang kaya... sesetengahnya kaya krn usaha mereka yg halal... Kaya @ miskin itulah kehidupan di dunia..

Yang azali adalah kaya dgn ilmu yg perlu dibawa ke sana nanti...ke alam yang kekal sesudah mati.


From: "wealthkeepcoming@yahoo.com" <wealthkeepcoming@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, January 31, 2012 8:24 PM
Subject: Re: RG2011... Mohon Sumbangan Derma utk Adik Muhammad Akyd Fayyadh

 
Kenapa nak maki hamun bro?? Benda baik jgnlah seelitkan maki hamun.. Buruk akhlak.. Jgn Allah uji kamu..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Arif Hafizam Hmzah <harif802@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 30 Jan 2012 18:13:34 -0800 (PST)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Mohon Sumbangan Derma utk Adik Muhammad Akyd Fayyadh

 
Yang kaya bertambah kaya,yang susah bertambah susah.Kalau nak tunggu keparat dan mana2 individu kaya membantu memang payah.Jadi bantulah adik ini atas nama kemanusiaan.Moga2 di tambah rezki kita oleh Allah.


From: garfield cute..... <fazikrina@yahoo.com>
To: respeks group <respeks_group@yahoogroups.com>; "haslinasweetbaby@yahoo.com" <haslinasweetbaby@yahoo.com>; ZM TSB <zulie4535@gmail.com>; Aishah Borcos <aishahshahruddin@yahoo.com>; "catalina_zal@hotmail.com" <catalina_zal@hotmail.com>; "hanimz8@yahoo.com" <hanimz8@yahoo.com>; "sleeping_sunz123@yahoo.com" <sleeping_sunz123@yahoo.com>; "nsfiza_cute@yahoo.com.my" <nsfiza_cute@yahoo.com.my>; Dorasirni Binti Daud <dorasirni.daud@osram-os.com>; k.ta_abgjeff abd aziz <diabloi269@yahoo.com>; Norazah Othman Othman <aza67_10@hotmail.com>; OUM1203 Zetty <zettyzetty@yahoo.com>; "zzarin0508@gmail.com" <zzarin0508@gmail.com>; zaharin desa <reen.desa@yahoo.com>; k.ina shariff <sarina.trid@yahoo.com>; Cman Cm <cman_47@yahoo.com>
Sent: Monday, January 30, 2012 5:11 PM
Subject: RG2011... Mohon Sumbangan Derma utk Adik Muhammad Akyd Fayyadh

 

 
Best Regards ; Iena
----- Forwarded Message -----
From: Sukri Kamis <sukri.kamis@osram-os.com>
To:
Sent: Monday, 30 January 2012 4:00 PM
Subject: FW: Fw: Mohon Sumbangan Derma utk Adik Muhammad Akyd Fayyadh

Salam buat rakan rakan sekelian.
 
 
FYI.
 
Regards,
SukriKamis 
 

----- Forwarded Message -----
From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To:
Sent: Monday, January 30, 2012 3:19 AM
Subject: Mohon Sumbangan Derma utk Adik Muhammad Akyd Fayyadh

As Salam Semua,

Saya bagi pihak bapa kepada adik Muhammad Akyd Fayyadh memohon keperihatian saudara saudari semua untuk membantu sahabat warga kilang  kita Ahmad Nazim Hashim yang bekerja di kilang Flextronics Technology Penang Sdn Bhd Prai , dimana beliau memerlukan anggaran sebanyak RM50,000 bagi menjalankan pembedahan bagi penyakit jantung anaknya ( congenital heart disease).

Setakat ini beliau hanya baru dapat mengumpul sebanyak RM5,000 ringgit sahaja dan masih memerlukan RM45,000 ringgit lagi bagi memenuhi tuntutan ongkos pembedahan. Sila rujuk file yg disertakan untuk surat pengesahan dari Gleaneagles Medical Centre kepada HR dept Flextronics Prai, Surat beranak dan juga gambar adik Muhammad.

Sehubungan dengan ini  saya memohon jasa baik sahabat2 yg berkemampuan dapat membantu sahabat kita Ahmad Nazim Hashim dgn segera. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Saudara Nazim sendiri di talian 012-5140354.

Dibawah ini disertakan maklumat untuk perbankkan:

Nama: Ahmad Nazim Bin Hashim
I/C: 791019-07-5023
Akaun No.: 1070-9558-2095
Bank: Maybank

Jutaan terima kasih kepada yg sudi membantu dari segi kewangan dan juga memanjangkan email ini ke mana2 yahoogroups bagi membantu sahabat kita . InsyaAllah , mudah2'an diberkati hendaknya.

Shukri














__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Iklan : Simpanan Emas Menjamin Masa Depan

 

ada saper2 yg boleh bagi tahu kt mana blh dpt emas dgn harga yg berpatutan atau murah dr kedai2 emas biasa tak. sbb apa yg sy tahu kedai2 biasa ni dia org ambik untung 2 kali, pertama upah buat pastu untung timbangan pulak. sbb tu harga agak tinggi. kalau silap sila betul kan saya.


From: "Khairul Anuar, Ahmad" <ahmad.khairul.anuar@intel.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 1 February 2012 3:17 AM
Subject: RE: RG2011... Iklan : Simpanan Emas Menjamin Masa Depan

 
angah Ibrahim
Klu macam tu share la kat kita macam mana proses pelaburan nie…
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of angah Ibrahim
Sent: Friday, January 27, 2012 10:08 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Iklan : Simpanan Emas Menjamin Masa Depan
 
 
yup...syarikat emas ke, kedai ke mn pernah bankrap...hehe
saya buat pelaburan dalam syarikat melombong emas dah 2 thn lebih, alhamdulillah tetap dapat dividen 10%-15% setiap bulan lbh kurang rm490-rm540 setiap bulan mengikut harga 1 ounce emas yg kami dapat...sekarang saya membeli emas fizikal utk simpanan @ membuat pelaburan ,heheh
 

From: Azana Alwi <zana_design@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "farah@chestronics.com" <farah@chestronics.com>
Sent: Thursday, January 19, 2012 11:07 PM
Subject: Re: RG2011... Iklan : Simpanan Emas Menjamin Masa Depan
 
 
Caranya senang sgt.. Tp nk explain melalui group ni agak sukar nti awak nk faham.. Klu betul2 nk tau brhubung dgn sya... Sbb sya bkn buat bisnes Emas sya hnya tau caranya shj. Melalui email sya bg contact no ye...

Sent from my iPad

On Jan 12, 2012, at 3:48 PM, <farah@chestronics.com> wrote:
 
macam mana caranya nk simpan kat dlm bank 2 Azana Alwi ??
 


Thank You & Best Regards,

Che Wan Nor Farah Iqma
Purchasing Clerk
CHESTRONICS SDN. BHD.
Lot 1289 & 1290,
Kawasan Perindustrian Rembia,
Mukim Rembia,
Daerah Alor Gajah,
78000 Melaka, Malaysia.
Tel : 606-316 3333 Ext : 114
Fax : 606-316 3332
email : farah@chestronics.com
Web : www.chestronics.com
 
Sent: Wednesday, January 11, 2012 5:44 PM
Subject: Re: RG2011... Iklan : Simpanan Emas Menjamin Masa Depan
 
 
Emas ni bkn hnya utk dpakai sahaje... Tp blh dbuat pelaburan jangka panjang.. Abang saya antara 'cikgu' yg mngajar org mcm mana nk buat duit dgn emas.. X kisah lah gold bar ke.. Atau brg kemas.. Asalkn ia Emas sure x ade org yg rugi memilikinye... Tp Ada la cara2nye nk jdikn dia pendapatan... Kepada yg fikir Emas ni buat awak pening kpala salah tu,.. Jgn simpan kat umah.. Mmg la pening kak oi... Simpan kat bank bru blh buat duit. X caya tnya saya.. :)) sya sentiasa dpt duit tiap kali harga mas naik.. Beli mas tu 4 thn Sudah..simpai skrg Ada keutungan... Skrg ni klu Ada jer duit lebih mesti Emas nk dbeli Dulu... Pastu guna Emas tu smula nk bniaga produk lain plak... Best kn?.. Tp kene tau la cara2 nya....

Sent from my iPad

On Jan 11, 2012, at 2:16 PM, Abdul Razak Isa <ajak32@yahoo.com> wrote:
 
Saya juga sokong juga...rasanya tak perlulah kelulusan akademik berjela-jela untuk memahami kepentingan emas.... kalo benda macam ni pun tak boleh nak fikir tak tahu nak cakap ape....dalam agama kita pun menekankan kita gunakan emas dalam aspek kehidupan seperti contohnya matawang....tak tahulah kenapa sesetengah cerdik pandai tak dapat menilai benda nih ataupun mereka ni ada agenda sendiri yang empunya diri saja yang tahu.....
 

From: mawar putih <x_zuos@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 10, 2012 9:48 PM
Subject: Re: RG2011... Iklan : Simpanan Emas Menjamin Masa Depan
 
juraiza, kalo boleh sy nak like sejuta kali sttmt anda
 
ana@alid


From: Juraiza Abdul Aziz <juraiza@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, January 3, 2012 11:58 AM
Subject: Re: RG2011... Iklan : Simpanan Emas Menjamin Masa Depan
 
pernah dengar tauke emas bankrap? pernah dengar tokey kedai pajak bankrap?
 
 
2012/1/3 rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
 
        Ada emas pening kepala. Risau memanjang dan hidup pun tak tenteram. Bagi saya emas tak penting dan memeningkan kepala serta sentiasa rasa tak selamat dan aman.
Tak ada, best sebab boleh hidup dengan selesa tak payah khuatir
 
rhirowati - rhirowati
 
From: Aki A Jalil <roziaki09@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, December 28, 2011 6:18 PM
Subject: RG2011... Iklan : Simpanan Emas Menjamin Masa Depan
 
 
Tuan Mod,

Harap dpt siarkan iklan saya Tkasih.

Salam kepada Sahabat2 sekalian,
Saya ingin menawarkan kepada Sahabat Sekalian, jika berminat untuk memiliki emas Fizikal, untuk menambah stok, untuk di pakai atau simpanan (Aset) jangka masa panjang, boleh la email/sms/call saya. InsyaAllah saya akan memberi kan harga terbaik dan rendah dari harga pasaran khas untuk Sahabat2 sekalian. Jika tak mampu beli yang besar boleh mula dgn goldbar 1gram atau Dinar 999.9. Sikit2 lama2 jadi bukit, emas adalah simpanan yg terbaik buat masa ini. Emas menunjukkan sedikit penurunan, masa yg sesuai untuk membeli emas.

Barangan terdiri dari pelbagai jenis emas.

Dinar 999.9 = 4.25g
Goldbar 999 = 1g
Goldbar 999 = 10g, 20g, 50g dan 100g
Rantai leher 999 = 30g, 50g dan 100g
Rantai Tangan Padu Pasir 999 = 10g, 20g, 30g, 50g dan 100g
Rantai Tangan Gajah padu 999 = 30, 50g dan 100g

Rantai Leher 916 = 20g, 30g, 40g, 50g dan 100g
Rantai Tangan Melur 916 = 10g, 20g, 30g, 40g, 50g dan 100g
Rantai Tangan Pasir 916 = 5g, 10g, 20g, 30g, 40g, 50g dan 100g
Rantai Tangan Gajah 916 = 20g, 30g, 40g, 50g dan 100g


Minat dgn perniagaan emas? tetapi kekurangan modal, jgn risau kami membantu anda untuk menambah pendapatan. Boleh di lakukan di rumah sahaja, dan jual kpd rakan2 yg minat dgn Emas sebagai Aset Simpanan. "TANPA MODAL" free je. Hubungi saya.

Tkasih
019.2522945


 


 
--
Juraiza Abdul Aziz aka Nomie Aziz
016-2951473
www.keklapis.com
www.nomiescakes.com (buy Cakes, Macarons & Pastry)
 
 
 
 
 
MARKETPLACE
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___