Tuesday, July 1, 2014

RG2011... Fw: Bubur Sesuai Untuk Keselesaan Perut Di Bulan Puasa

Bubur Sesuai Untuk Keselesaan Perut Di Bulan Puasa

bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
 
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

PETALING JAYA: Sesetengah pihak menganggap, tidak lengkap Ramadan tanpa bubur lambuk.

Oleh itu, tidak salah jika bubur lambuk disenaraikan antara juadah berbuka puasa yang paling digemari sepanjang bulan mulia ini.

Ada yang sanggup beratur panjang di masjid yang menyediakan hidangan itu, malah ia juga disajikan secara bufet di hotel.

Selain bubur lambuk, terdapat banyak lagi bubur yang menjadi sebahagian hidangan berbuka puasa, malah ia turut digemari bukan Islam.

Malahan, setiap negeri mempunyai cara penyediaan bubur nasi tersendiri, misalnya di Terengganu yang terkenal dengan bubur yang dimasak bersama pelbagai jenis ulaman dan ditambah dengan isi ikan, manakala di Pulau Pinang pula terkenal dengan bubur yang dimasak bersama daging dan rempah ratus, dengan taburan daun sup serta bawang goreng .

Menurut Naib Presiden Persatuan Chef Malaysia, Master Chef Rossham Rusli, bubur merupakan sejenis pemakanan utama dari peringkat bayi lagi, maka tidak hairanlah ia menjadi salah satu hidangan popular sepanjang Ramadan.

Chef Rossham

Katanya, dari segi kesihatan pula,  bubur  sesuai dihidangkan bagi keselesaan perut yang kosong setelah berpuasa hampir 12 jam.

"Bubur adalah makanan yang membantu sistem pencernaan yang baik untuk perut, di samping menjadi amalan pemakanan sihat," katanya kepada mStar Online.

Rossham berkata, bubur mengandungi karbohidrat yang membantu memberikan tenaga kepada orang yang berpuasa sepanjang hari.

Tambahnya, bubur yang berasaskan beras, walaupun bersantan dapat menggantikan hidangan makanan utama seperti nasi.

"Ia bukan sahaja berkhasiat, memberikan tenaga, menambahkan selera, malah mengimbangi rasa pemakanan seperti manis dan pedas," katanya.

Selain faedahnya dari segi kesihatan, bubur turut digemari pada bulan puasa kerana cara penyediaannya yang mudah, sekali gus menjimatkan masa.

Di negara ini, selain bubur lambuk, bubur berasaskan beras boleh dicampurkan dengan bahan utama lain seperti sumsum, daging, ayam, udang, ikan dan ketam.

Beliau menyediakan bubur pedas Sarawak, bubur ayam cincang, bubur isi ketam dan bubur sumsum  menggunakan bahan tersebut.

"Bubur berasaskan santan pula boleh digabungkan dengan biji-bijian, kekacang, nasi, sayur-sayuran, labu, kentang dan keledek," katanya.

Berpengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan, Rossham bagaimanapun berkata, bubur kosong juga sesuai dihidangkan bersama kuah lain walaupun jarang disediakan.

"Kita jarang mendengar atau melihat orang makan bubur kosong bersama dengan kuah seperti kuah lemak, kuah sambal dan kuah asam.

"Apapun, setiap hidangan berbuka puasa seperti bubur ini perlu dipastikan segar, berkhasiat dan berkualiti," katanya.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: NZ Dakwa Anifah Pendusta,

Diplomat Yang Terlibat Dalam Serangan Seksual Adalah Kakitangan MINDEF.

telokbakong.blogspot
amenoworld.net

Rujuk gambar di atas.

Salah seorang kakitangan dari kementerian pertahanan Malaysia. Alamak ai.

Baca lagi ;

Portal berita stuff.com.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Ia terpakai ke atas semua jenis suspect. Tak kisah la ko dituduh atas apa2 pertuduhan sekalipun. Maka, dalam kes neh suspect adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan.

Tak payah lari2 kalau tak salah. Pergi je proses perbicaraan dan dapatkan perbicaraan yang adil dan telus kat sana. Kalau tak bersalah, maka hadapi la dengan berani. Itu kalau tak bersalah la kan.

Pertuduhan dia agak berat juga.

1. Mengekori seorang wanita. Warga tempatan = warga New Zealand.

2. Kemudian, pecah masuk rumah wanita terbabit.

3. Kemudian terlibat dalam melakukan rompakan.

4. Kemudian mencabul wanita tersebut = lakukan serangan seksual.

5. Kemudian dituduh cubaan melakukan perbuatan rogol.

Umur muda lagi. 30an.

Tak lama lagi wajah suspect akan tersebar. Wait and see.

MINDEF dah boleh bekukan jawatan dia sekarang. Beku sehingga kes siasatan ke atasnya selesai. Kalau didapati bersalah, boleh buang terus. Kalau didapati tidak bersalah boleh kembalikan jawatan asal. Jangan bagi busuk nama MINDEF pula walaupun menteri dan pemimpin2 atasan dia tak berapa nak bersih dari skandal.

BTW, di mana Hishammudin berada, disitu pasti berlaku skandal.

Apahal hah?

KAH KAH KAH

Kbai.

Imuniti Diplomatik Dalam Kes Jenayah: Surat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Meminta New Zealand Gugurkan Pertuduhan Terhadap Muhammad Rizalman bin Ismail

telokbakong.blogspot
wargamarhaen.blogspot.
 
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.
 
Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.
 
Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.
 
Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.
 
Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.
 
"Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.
 
"Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130," menurut surat itu.
 
Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.
 
  1. Tanpa Nama

    Pelik...takkan nak merogol sampai pecahkan rumah...macam ada yang tak kena....aku rasa diplomat kita tu macam spy 007..ada maklumat yg beliau tahu menyebabkan NZ bimbang ia akan bocor...

NZ Dakwa Anifah Pendusta, Malaysia Yang Mahu Tuduhan Digugurkan 

telokbakong.blogspot
 greenboc.blogspot.

NZ jawab Anifah, M'sia mahu tuduhan digugurkan

New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan kebenaran untuk diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Antara didedahkan, surat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada kementerian luar (MFAT) New Zealand yang menunjukkan permohonan supaya Muhammad Rizalman Ismail pulang ke negaranya datang daripada pihak negara ini.

Surat bertarikh 21 Mei, yang dilihat Malaysiakini, sebagai reaksi kepada MFAR bertarikh 10 Mei kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang meminta supaya kekebalan diplomatik Rizalkan dilucutkan.

Ia penting supaya tindakan polis dapat diambil terhadapnya di negara itu.

"Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekenalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

"Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130," menurut surat itu. ~mk

Anifah: NZ tawar alternatif bawa pulang diplomat
Pihak berkuasa New Zealand yang menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.

"Kami sedia untuk memberikan kekebalan diplomatik jika perlu," kata Anifah.

Beliau berkata diplomat itu sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan, di mana beliau bertugas.

Jika didapati bersalah, tindakan akan diambil terhadapnya oleh Mahkamah Tentera di Malaysia.

Anifah bagaimanapun tidak dapat memberi butiran jenis hukuman menanti Rizalman jika dia didapati bersalah.

Beliau juga tidak pasti sama ada Rizalman, yang dalam lingkungan usia 30-an dan sudah berkahwin, kini dalam tahanan atau bebas.

"Saya tidak pasti. Proses tersebut adalah dengan Kementerian Pertahanan," kata Anifah.

Lembaga siasatan ditubuhkan

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah menubuhkan lembaga siasatan untuk menyiasat perkara ini.

"Kami mengambil serius perkara ini kerana nama baik Malaysia yang dipertaruhkan," katanya.

Anifah berkata Rizalman telah dibawa balik pada 22 Mei, dengan diiringi seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan, kira-kira dua minggu selepas dia ditangkap atas tuduhan serangan seksual dengan niat untuk merogol pada 9 Mei.

Anifah berkata tawaran alternatif untuk membawa Rizalman pulang dibuat oleh pegawai dari polis New Zealand dan Timbalan Ketua Protokol Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan semasa bermesyuarat dengan pegawai Malaysia pada 12 Mei.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan menimbang menghantar Rizalman ke New Zealand jika ada permintaan dibuat.

"Jika mereka minta dan mereka percaya siasatan di sini tidak dilakukan dengan betul, saya akan pertimbangkannya. Tetapi saya tak fikir mereka ada masalah dengan sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Anifah berkata Rizalman berkhidmat di Wellington sebagai kakitangan Kementerian Pertahanan sejak setahun yang lalu.
~mk
 
comments:

air gunung said...

Kalo dah umngok.temberang tu tetap pujaan hatinya....

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Sharifah Aini Masuk ICU..

Sharifah Aini Masuk ICU.. Doakan Yang Terbaik Untuk Beliau..

bloglist-malaysia.blogspot

Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Biduanita itu yang akan genap 61 tahun esok dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Menurut Dr Zainuddin keadaan beliau stabil dan hanya menerima lawatan ahli keluarga terdekat.

Sumber: Astro Awani

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Penduduk Kg Chubadak Kalah Di Mahkamah.

Penduduk Kg Chubadak Kalah Di Mahkamah.

bloglist-malaysia.blogspot.
ibnuhasyim.com
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Bandar dan pemaju berjaya mengetepikan saman penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mereka melihat penduduk setempat sebagai setinggan haram yang mesti dipindahkan, manakala penduduk pula menuntut hak tanah itu sebagai peneroka pertama kawasan itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Hasmat Nik Mohamed yang turut memberi masa 14 hari bagi memfailkan penggantungan keputusan di Mahkamah Rayuan.

Salah seorang peguam yang mewakili 58 penduduk kampung, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi memberitahu Malaysiakini, barisan peguam akan memfailkan penangguhan keputusan segera.
 
__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... File - Membina Folder ReSpeKs

File : Membina Folder ReSpeKs
Description : Cara untuk menerima e.mail ReSpeKs dalam folder khusus

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (210)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Monday, June 30, 2014

RG2011... Virus JE Merebak Di Pulau Pinang

Murid mampu beri isyarat tangan, mata

"Bila saya pegang tangannya, dia akan genggam semula tangan saya dan mengerdipkan mata bila namanya dipanggil," kata ibu kepada Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang disyaki dijangkiti virus JE.

Haniza Ayob, 40, berkata anaknya yang kini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) sebuah hospital swasta di sini sering diserang sawan.

"Doktor beritahu saraf otaknya semakin membengkak, walaupun begitu, dia masih kenal saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital swasta itu hari ini.

Beliau berkata Muhammad Ammar Muqrish demam panas selepas pulang dari kem jati diri anjuran sekolahnya pada 24 hingga 26 April lepas dan dirawat di Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke wad CCU hospital swasta terbabit pada 21 Mei.

Menyifatkan anak sulung daripada lima beradik itu sebagai periang dan ringan tulang, Haniza berkata Muhammad Ammar Muqrish tidak pernah bermalam di luar dan jarang keluar kemana-mana dalam tempoh lama kecuali ke sekolah dan kelas tuisyen.

"Saya bukan nak menyalahkan sesiapa tetapi jika boleh, kesan punca dari mana virus itu datang, lebih baik ambil tindakan segera supaya tiada orang lain menjadi mangsa," katanya.

Haniza berkata selepas 17 hari di CCU, Muhammad Ammar Muqrish dipindahkan ke wad biasa dan dibenar pulang ke rumah mereka di Tasek Gelugor pada 17 Jun namun ekoran keadaannya yang tidak stabil, dia dimasukkan semula ke CCU hingga sekarang.

"Masa tu doktor kata ada jangkitan kuman pada selaput di sekeliling otak anak saya kerana itu, dia langsung tidak boleh bercakap dan keadaan dia sangat lemah seolah-olah bertarung nyawa," katanya.

Katanya beliau reda dengan ujian yang menimpa namun tetap menyimpan harapan besar dan berazam berikhtiar sehabis daya supaya anaknya kembali pulih dan meneruskan hidup secara normal.

Haniza yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas berkata kos rawatan anaknya kini mencecah RM87,636 dan orang ramai yang sudi meringankan beban wanita itu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank 152116152359.

- Bernama

__._,_.___

Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Kes seksual: Media NZ dedah nama diplomat M'sia

Kes seksual: Media NZ dedah nama diplomat M'sia

 8  0  0
Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.co.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Portal berita itu berkata Robert Stewart, peguam bagi Fairfax Media, yang merayu perintah larangan itu ditarik balik, berkata Kementerian Luar Malaysia dijadual membuat kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Oleh itu, katanya, media New Zealand akan berada dalam kedudukan tidak adil jika ia tidak dapat mendedahkan nama seorang lelaki yang mungkin didedahkan di luar negara.

Muhammad Rizalman, yang berusia dalam lingkungan 30-an, tidak diwakili peguam di pendengaran itu tetapi peguam Barbara Hunt telah dilantik oleh mahkamah untuk membantu jika perlu.

Muhammad Rizalman pertama kali muncul di mahkamah daerah pada 10 Mei di mana dua Hakim membenarkan perintah larangan tersebut. Seorang pendaftar mahkamah meneruskan perintah tersebut pada 15 Mei apabila polis berkata isu imuniti diplomatik sedang diteliti.

Kes itu didengar Hakim Mahkamah Daerah Bruce Davidson pada 30 Mei apabila perintah larangan itu diteruskan.

Sementara itu, polis New Zealand tidak menentang rayuan itu kerana tidak ada hubungan antara defendan dan mangsa yang dikatakan itu, jadi tiada risiko jika dia dikenal pasti jika defendan dinamakan.