Thursday, October 2, 2014

RG2014... Kenaikan Minyak 20sen - Hasan Malek Minta Rakyat Bersyukur & Ucap Tahniah. [1 Attachment]

 

Kenaikan Minyak 20sen - Hasan Malek Minta Rakyat Bersyukur & Ucap Tahniah.

Sebenarnya.

Hasan Malek tahu kita marah dia bila dia sebut ayat2 suruh kita bersyukur. First time dia sebut, memang dia saja sebut. Tapi selepas beberapa kali dia sebut, itu maksudnya dia troll kita. Dia saja nak bagi kita panas. Sakit ahti.

Bugima punya menteri.
Kata Hasan Malek ;


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.

Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.
Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.

"Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.

"Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.

"Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita," katanya. -mkini-

- Rakyat patut bersyukur sebab tindakan kerajaan naikkan harga minyak untuk banteras penyeludupan
- Rakyat tak sepatutnya melakukan protes
- Untuk selamatkan wang negara
- Rakyat patut ucap tahniah
- Rakyat kena kembali ke budaya hormati pemimpin, negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita.
Jap.

1. Apa kaitan kenaikan harga minyak dengan kegagalan penguatkuasa tempatan buat tugas untuk banteras penyeludupan? Kalau dah tahu banyak kegiatan penyeludupan, buat la kerja elok2. Apasal pula rakyat yang nak kena tanggung kenaikan akibat kegagalan korang?

2. Rakyat pun memang takde mood nak buat protes. Mood nak maki ada. Protes tue kerja2 geng pembangkang untuk alih isu la. Nak jadi populis konon2 buat kerja.

3. Takde kerja aku nak ucap tahniah atas kebahlolan korang dalam membanteras penyeludupan. Sewel.

4. Budaya hormat pemimpin ke budaya jilat pemimpin? Satu lagi. Bersyukur dengan kejayaan apa? Kenaikan harga minyak bukan kejayaan kot.

Kata2 Hasan Malek adalah troll untuk menyakitkan ahti haters dia. Itu dia punya pemikiran aku rasa. Kalau tidak, tak mungkin seorang menteri akan mengeluarkan kenyataan seperti di atas. Melainkan dia betul2 gila. Btw, Hasan Malek gila atau waras? Sapa tahu?
KAH KAH KAH

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
hasan.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

RG2014... Nilah Padahnya Bila Anak Bangsawan Jadi PM

 

Nilah Padahnya Bila Anak Bangsawan Jadi PM

Kategori: Pendapat
Diterbitkan: Khamis, 02 Oktober 2014 14:14
Hit: 42

Oleh Shahbudin Husin

Sejak malam tadi apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, bukan saja stesen minyak dibanjiri dengan kenderaan, malah laman sosial juga sarat dengan kecaman terhadap keputusan yang dianggap tidak bijak dan membebankan rakyat itu.

Dengan mengumumkan kenaikan itu hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha yang pastinya akan melonjakkan peningkatan harga barang-barang keperluan serta menambah lagi jumlah perbelanjaan, kerajaan berslogankan mendahulukan rakyat pimpinan Najib Razak seakan-akan sudah tersasar jauh daripada apa yang selalu mereka laungkan.

 

Bukan saja kenaikan itu yang dipertikaikan kerana beberapa laporan media antarabangsa menyebut harga minyak dunia sedang menurun ketika ini tetapi juga masa kenaikan itu yang hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Korban turut dianggap tidak sesuai sama-sekali.

Apakah kerajaan tidak prihatin lagi kepada rakyat? Kenapakah kerajaan tidak boleh menunggu seminggu dua lagi untuk mengumumkan kenaikan itu?

Di media sosial, ramai yang meluahkan kemarahan mereka. Bulan saja penggiat media sosial pro pembangkang yang mengambil kesempatan ini untuk membelasah lagi kepimpinan Najib Razak, malah ramai juga yang pro kerajaan turut meluahkan perasaan yang sama. Semua mereka berpendapat kenaikan itu tidak wajar, selain masanya juga tidak sesuai.

Terdapat juga yang menyindir Najib dan kerajaan berikutan kenaikan itu seperti memberi petua menjimatkan minyak kereta dan bagaimana untuk memastikan penanda minyak sentiasa di garisan F yang dibuat dalam bentuk lawak jenaka. Ada pula yang mentafsirkan BR1M 2.0 dengan maksud "Beratur Ramai-ramai Isi Minyak 20 sen".

Yang memerli Najib dan kerajaan dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah juga ramai atas tindakan menaikkan harga minyak, antaranya ialah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin.

Ustas Kazim Elias, penceramah agama yang sebelum ini menolak lantikan sebagai Ahli MT UMNO

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

RG2014... Luahan Saiful Nang YG Menteri Malaysia Perlu Baca

 

Luahan Saiful Nang YG Menteri Malaysia Perlu Baca!

Kepala hotak Nurul Asyikin on Thursday, October 2, 2014

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG
Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Turunlah Datuk Seri, Turunlah....
Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.
Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.
Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".
Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.
Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.
Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.
Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".
Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.
Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.
Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.
Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.
Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.
Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.
Bertimbang taralah...
Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.
Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.
Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.
Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.
SAIFUL NANG
Orang Marhaen
//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.
///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

RG2014... RE: [MalaysiaNews] Solat dan Lima jenis manusia

 

Solat dan lima jenis manusia

http://khalifahalhidayah.blogspot.com | 03 Oktober 2014.

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat 'awamul Muslimin' dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon 'memelihara solat', tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.

 


Reply via web post

Reply to sender

Reply to group

Start a New Topic

Messages in this topic (1)

Group berita berita Alternatif Malaysia/gerbang tempur politik dan Group perkongsian BAHAN AGAMA,(PDF&ARTIKEL PERCUMA) Sofware2 terbaru (free& cracked-100%),PERKONGSIAN LAGU,JENAKA,SYAIR PANTUN, SAJAK,GOSSIP DLL.

UTK MENJADI AHLI SILA HANTAR MAIL KOSONG KE:



MalaysiaNews-subscribe@yahoogroups.com






.


__._,_.___

Posted by: "Abdul_Rahim" <abdul_rahim@thermos.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

Re: RG2014... Jom bertelegram...

 

0172297108

2014-10-02 6:30 GMT+08:00 Anak Omak budak.kmns@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Salamun alaik...

Terima kasih pada sahabat yang berminat untuk join wassap respeks group. Oleh kerana wassap hanya memuatkan 50 orang sahaja. Maka keahlian wassap telahpun penuh.

Pada sahabat respeks yang ingin berbicara kami telah menyediakan satu saluran lain iaitu Telegram. Kepada yang berminat untuk join telegram sila e.mail no hp anda kepada abi : 

budak.kmns@yahoo.com @ hp : 019 9316139

Terima kasih




--
GARUDA MEKAR (M) SDN BHD
No 5-1B, Jalan Pandan Indah 4/34,
Pandan Indah, 55100, Kuala Lumpur
Tel : +603-4297 4972
Fax: +603-4297 4973
Email: hjgbaos@gmail.com 

__._,_.___

Posted by: lanr bh <garudamekar@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

Wednesday, October 1, 2014

Re: RG2014... Fw: RON95 & Diesel Naik 20 sen Lagi Malam Ini!

 

terima kasih BN .....syukurlah malaysia nie masih aman ...
 

 
2014-10-02 8:24 GMT+08:00 MOHAMED JOHARI BIN MOHAMED SIDEK mohamed_johari@silterra.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

syukurrrrr,
macai-macai patut buat kenduri kesyukuran


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
Sent: Thursday, October 02, 2014 12:32 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2014... Fw: RON95 & Diesel Naik 20 sen Lagi Malam Ini!

 



Harga Minyak RON95 & Diesel Naik 20 sen Lagi Malam Ini!

greenboc.blogspot
Posted by Green Boc


Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen

Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.

Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.

Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:

Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.



ULASAN GB

Belum pun GST dilaksanakan harga petrol sudah dinaikkan. Bila GST terlaksana, naik lagi nanti.

BN melihat Pakatan Rakyat sedang bergolak. Mereka ambil kesempatan di saat pembangkang lemah. Mereka terus gunakan peluang baik ini untuk mencerut rakyat...

Muktamar PAS yang baru lalu pun tidak banyak menyentuh masalah rakyat. Lain yang dipentingkan. Rakyat kecewa. BN terus rakus menghenyak rakyat... aduhai...

comments:

non said...

Hmmm mmg dah agak akan naik... tahniah buat umno... pandai memerintah.... hutang terlalu byk 700 billion... cekik rakyaat...

Anonymous said...

Terbaek gomen.. i luv u BN, apsap naik skit sgt, hahaha.. harap macai umno bole komen skit pasni..

Ahmad Basri said...

Hidup BN....Barang Naik lah,!
Bila Pas nk ujudkn UG agar raja,agama dn melayu terjaga tapi rakyat mampus merana.

Anonymous said...

BN menang Rakyat senang. Senang sungguh kaut duit rakyat. Taniah keatas 47% rakyat yg pangkah BN.

Anonymous said...

Siapa yang hendak melemahkan Pakatan Rakyat secara tikam belakang atau dalam selimut, anda bertanggungjawab di depan Allah SWT.

Akibat usaha anda melemahkan PR, maka hari ini harga minyak telah dinaikan.

Kenaikan harga minyak ketika orang Islam nak balik hari raya aidil adha pada hujung minggu depan.

Kenaikan harga minyak ketika harga getah yang semakin rendah.

Ulama PAS - jadilah benteng yang menahan dariapda rakyat miskin terbanyak daripada di zalimi dengan menguatkan Pakatan Rakyat.

Insaflah. Inilah harapan dan tanggungjawab yg mesti anda galas.

Anonymous said...

Muktamar tak bincang masalah rakyat lagi, itu yg aadmin tonjolkan. Mana ada bincnag bab GST, bab kenaikan harga barang, bab penderitaan rakyat masa muktamar yg baru lalu?

Sah, wajib bangang kalau dah ada darah umno.

Unknown said...

Maka bertempiklah golongan yg telah mati sifat syukurnya .. Akibat semakin kurangnya nikmat yg ia rasai ..dan benarlah janji Allahswt ..bersyukurlah kamu pada apa yg ada maka nescaya akan ditambah rahmat dan nikmatKu ..jika tidak akan ditarik akan segala rahmat yg kamu pernah kecapi ..dengan diganti pada kepimpinan yg lebih buruk .. Teruskan sifat kamu yg suka mencela ..melaknat .. pemerintah inilah hasilnya ..apakah kamu menyangka dengan naiknya PR sebagai kuasa yg baru maka kamu akan beroleh nikmat yg lebih banyak dari Allahswt .. Sedang merekalah yg mengajarkan pada kamu supaya menjadikan sifat2 yg jelik sebagai zikir untuk dikalungkan pada pemerintah .. Masakan kamu berharap padi jika kamu menanam lalang

Anonymous said...

mat maslan cakap minyak tak naik tapi subsidi jer kurang...lalu bersorak lah sekalian macai..lalalala

 

Kalau kata harga naik,nampak macam ganas.Rasionalisasi lembut sikit

telokbakong.blogspot
dollahyankee.blogspot.
Posted by dollahyankee
 


Makcik-makcik, pakcik-pakcik kat felda-felda sana nunn, tolong jangan salah paham noe?!.. Ini bukan minyak NAIK HARGA ya? tapi ini kita panggil RASIONALISASI..ingat ! bukan minyak NAIK tapi RASIONALISASI...

dollah yankee -
Kah..kah..Kah..


 

Jawapan penjilat UMNO BN apabila subsidi minyak dikurangkan 20sen

Posted by Kedah Lanie
 
Skema jawapan untuk macai BN jawab apabila rakyat tanya bab minyak naik 20sen


KOMEN TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK :
  • "Fikir positif. Kalau dulu buat 2 kerja, kini buat 9 kerja," - Pakar Motivasi.
  • "Ini semua ketentuan Illahi. Tetap taat pada pemerintah," Ulama Umno.
  • "Biar minyak naik. Janji tanah melayu tak digadai Anwar," Brahim Ali.
  • "Orang miskin pakai RON95 lah," Menteri Jaga Duit.
  • "Tukar kereta kepada motor," Menteri Jaga Jalan.
  • "Minyak dinaikkan sebab nak rakyat berjalan supaya lebih sihat," Menteri Jaga Kesihatan.
  • "Minyak kita lagi murah berbanding kutub utara," Menteri Jaga Bisnes.
  • "Rakyat masih ke stesen minyak, maknanya rakyat sokong kenaikan harga minyak," Menteri yang pergi tengok Maharaja Lawak.
  • "Halal darahnya bagi sesiapa yang bantah harga minyak naik," Mufti.
  • "Tak suka minyak naik, sila keluar negara," Wanita Umno.
  • "Kami tak naikkan harga minyak, kami tarik subsidi saja," Jibby.
  • "Minyak naik? Ada aku kesah?" Mama.
  • "Minyak naik cina tepuk tangan," Macai.
Adam Al-Pekani
http://syssss.blogspot.com
     

    Disaat harga minyak dunia jatuh, BN pie penaik 20sen harga minyak...!!

    Posted by Kedah Lanie

    Harga petrol RON95 naik 20 sen...


    Pasaran minyak mentah dunia dilaporkan berada pada harga $92.92 setiap barrel berikutan pengeluaran yang meningkat di beberapa buah negara.

    Ni sebahagian dari laporan dari The Wall Street Journal..
    Benchmark U.S. oil-futures prices approached a 16-month low for the second time in three trading sessions on Monday before recovering. Oil for October delivery ended at $92.92 a barrel, down more than 13% from highs for the year hit in June.  
    Both U.S. and world prices have tumbled over the past few months, as weak demand and robust global production left extra crude sloshing around the market. The glut is having ripple effects in the U.S. Stockpiles in one of the nation's biggest storage hubs are rising, reinforcing the downward pressure on U.S. prices, analysts say
    "We don't have the demand, and the supplies are there," said David Leben, director of commodity derivatives at BNP Paribas BNP.FR +0.50% in New York. "There's not much of a bullish picture right now. It's going to take something relatively significant to turn this market around." 
    ~ The Wall Street Journal
    Tetapi tiba-tiba harga minyak di negara kita dinaikkan oleh Kerajaan..
    Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.  
    Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.  
    Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui kenyataannya hari ini.  
    Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.  
    "Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu ~ Malaysiakini
    Tak faham dah aku dengan BN ni... 
     
    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/10/harga-petrol-ron95-naik-20-sen-ketika.html
     
     


    __._,_.___

    Posted by: Judge <hairulndt@gmail.com>
    Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
    &quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

    &quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

    &quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

    &quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

    &quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


    .

    __,_._,___