Monday, February 28, 2011

Re: RG09... Re: Saman ekor: Ketahui hak anda


bukan macam mana...tapi dah lulus dah..akta 119b
From: hairy harmoni <ryly69@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 1 March 2011 8:55:24
Subject: Re: RG09... Re: Saman ekor: Ketahui hak anda

Macamane pulak seandainya perkara tersebut telah diluluskan oleh kabinet supaya menyekat mana2 induvidu untuk memperbarui cukai jalan atau lesen yg tidak memabayar saman..adakah kuasa kabinet boleh menguasai kuasa undang2 atau akta yg sedia ada..??


From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 28 February 2011 22:12:52
Subject: RG09... Re: Saman ekor: Ketahui hak anda

Jom kita pakat Saman JPJ pulak! hahaha...
baru depa tau..sapa rakyat's! dont play play...

facebook  zulhazmi sharif:
http://www.facebook.com/home.php#!/loonchai?sk=wall

About ZULHAZMI BIN SHARIFF
Name  ZULHAZMI BIN SHARIFF
Date of Admission   22-06-2000
Qualification  UKM
Firm   MUMTAZ MD NAWI & CO.
Branch   Batu Caves
Firm's Address   NO. 43-1A, JALAN 2
BATU CAVES CENTREPOINT
BATU CAVES
Firm's Tel   03-61859095
Firm's Fax   03-61859095


On 2/28/2011 7:49 PM, Malaysia, Controlarea wrote:
 

macam mana nk hubungi en zulhazmi ni?
 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of saman.ekor
Sent: Monday, February 28, 2011 4:26 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... Saman ekor: Ketahui hak anda

 

Saman ekor: Ketahui hak anda
Zulhazmi Shariff
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31104:saman-ekor-ketahui-hak-anda&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)


--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.



RG09... The Lost Future (2010) DVDRip

 

"A group of post-apocalyptic survivors, struggle to survive in a world where jungles and forests and primeval wetlands and deserts have obliterated civilization. They staunchly face genetically mutating beasts and mysterious diseases in an attempt to re-establish the human race as masters of Earth" ...

Genre: Adventure | Sci-Fi .. Tiada Subtitle .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip
 
 

Rock sokmo..


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

Re: RG09... Polis Bombay pun tak saman mcm ni...dey machaa..

hahaha... kereta Viva dah jadi MPV??.. kalo gitu, kena tukar nama la.. jadi VAVI.... hehehe... mmg dah nasib kita Khairul Anuar weh.. aku di Labuan, dapat saman berekor di Rompin,Pahang... nak tanak, terpaksa bayo dgn hati yg x ikhlas. x buat salah tapi still kena bayar saman.. sungguh gumbira hati ini sbb merasa gak kena bayo saman...camne ye kalo aku x halalkan duit yg aku bayo tu??...
 
JO 9 D



From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Tue, March 1, 2011 4:07:49 AM
Subject: RG09... Polis Bombay pun tak saman mcm ni...dey machaa..

Dua saman dalam masa seminit

25 Rabiulawal 1432H. [MOD]

AIR KUNING - Ketika semua pengguna jalan raya menggunakan kesempatan terakhir hari ini, untuk membayar saman trafik, namun berlainan pula yang berlaku kepada seorang pengguna dari Kampung Sungai Kroh, di sini.

Tiga saman dalam tempoh 18 minit diterima di laluan sama menyebabkan timbulnya kekeliruan selain kategori kenderaan yang berbeza.

Pengguna, Khairul Anuar Mustapha, 49, berkata, semasa membuat semakan saman, dia terkejut kerana menerima tiga saman dalam sehari iaitu pada 25 Disember 2009 lalu.

Menurutnya, lebih menimbulkan kekeliruan apabila dua saman dikenakan dalam tempoh seminit dan jenis kenderaan yang dikenakan saman juga berbeza dari segi kategori kerana dua saman menunjukkan kategori kenderaan motokar, manakala satu lagi adalah kenderaan pelbagai guna (MPV).

"Saya di saman di Kilometer 46 Jalan Ipoh - Teluk Intan di sini, dan saman pertama pada jam 12.33 tengah hari.

"Saman kedua pula dikenakan pada jam 12.50 tengah hari dan saman ketiga pada jam 12.51 tengah hari, kesemuanya saman ini adalah di laluan yang sama," katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Anuar berkata, dia hanya memandu kenderaan jenis Perodua Viva, namun salah satu saman yang dikenakan menggunakan nombor pendaftaran yang sama tapi atas kategori MPV.

"Bagaimana pula perkara ini boleh berlaku sedangkan kereta yang saya gunakan adalah kereta biasa dan tempoh saman seminit ini juga mengelirukan," katanya.

Katanya, saman yang dikenakan ke atasnya diterima dengan hati terbuka dan masih perlu dijelaskan pembayarannya.

"Namun sebagai pengguna, kami mahukan kepastian mengapa perkara ini boleh berlaku dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan kepastian tetapi gagal.

"Maklumat yang diterima daripada bahagian trafik berkaitan saman dalam tempoh seminit juga mengelirukan kerana mereka menyatakan kemungkinan saya melakukan pusingan U namun, jika difikirkan kembali, bagaimana saya boleh memecut dengan kadar segera dalam tempoh seminit selepas membuat pusingan U," katanya.

Sinar Harian/-
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.


Re: RG09... Jangan kena sumpahan mahsuri dah le hahaha...

 

rasanya dekat 3 kali dah pembinaan semula ni. yg last aritu dengarnya SPNB yg amik alih. itupun masih terbengkalai lagi?? peruntukan dah beberapa kali dah lulus, berjuta2 lak tu... koi rasa ada badi kat tanah tu.. kena sape2 buat ancak kat situ baru siap agaknya...
 
JO 9 D vetica, sans-serif; FONT-SIZE: 14pt">
Jangan kena sumpahan mahsuri dah le hahaha...

BN janji lagi buat kali ketujuh
Khairil Abdul Rahim  

TEMERLOH: Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.


Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.

Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.


Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.


Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).

PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.

Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000  bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.


Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar yang masih belum memiliki rumah.


''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah.


"Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk," katanya.


Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi sesebuah keluarga yang sempurna kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara.


Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal.


Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49,  ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah sendiri hampir 'berkubur' apabila projek berkenaan terus terbengkalai.


"Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih  juga belum disiapkan", luahnya dengan nada kecewa.


"Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' .


 "Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya.


Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian rumah berkenaan.


"Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya", katanya lagi.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

Re: RG09... Sempena PRK... jom kenal Sejarah Pahang

 

salam..
 
Oooo... camtu kisahnya.. patutla kat bahau pun ada nama rompin...
 
JO 9 D



From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, February 28, 2011 9:06:21 PM
Subject: RG09... Sempena PRK... jom kenal Sejarah Pahang

Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada bahan penulisan "Sejarah Melayu" yang disusun oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612. Kita perlu bahan-bahan dari China, India, Parsi, Arab dan Portugis.

 

WZWH mahu bicara sejarah terutamanya negeri Pahang supaya rakyat Pahang tahu apakah tradisi kepimpinan politik yang kita warisi. Apakah legasi yang boleh kita gilap semula untuk kita bina Jerantut, Pahang dan Malaysia baru.

 

Apa yang kita tahu tentang Tanah Melayu? Sekitar tahun TM 70 India terpaksa bertumpu ke Semenanjung Tanah Melayu yang dipanggil Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. India perlu emas yang terputus bekalan dari Siberia dan Maharaja Rom, Vespasian tidak membenarkan emas ditawarkan kepada India.

 

China semasa zaman pemerintahan Wangsa Han (TM 23-221) menjadikan pelabuhan di Semenanjung Tanah Melayu sebagai tempat pedagang-pedagang China menyimpan dan memunggah barang-barang. China panggil Semenanjung Tanah Melayu sebagai Tun-Hsun.

 

Berita kemasyhuran bandar-bandar pelabuhan di Semenanjung Tanah Melayu tersebar hingga ke Mesir. Claudius Ptolemy pendita Yunani pada TM 150 menamakan Semenanjung Tanah Melayu ini Avera Chersonesvs dalam bahasa Inggeris sebagai Golden Chersonese maksud Semenanjung Emas.

 

WZWH rasa banyak betul mineral emas di Semenanjung Tanah Melayu ini. Mari kita lihat apa Pahang negeri paling tua ada? Di Pahang telah dilaporkan bahawa bekas-bekas lombong emas yang dalamnya hingga seratus enam puluh kaki telah dijumpai bertabur hingga berbatu-batu jauhnya dan telah digali antara satu lombong ke satu lombong dengan begitu rapat sekali.

 

Orang menjumpai bekas-bekas lombong ini di akhir kurun ke 19 di sebuah bukit di dalam hutan. Lombong ini telah digali hingga berkurun-kurun lamanya dengan menggunakan beribu-beribu tenaga buruh. Selain dari emas, Pahang juga mempunyai lombong bijih dan perak ketika itu.

 

Empayar Funan sejak kurun pertama lagi diikuti empayar Seriwijaya, empayar Majapahit, Siam telah mengeksploitasi lombong emas negeri Pahang semaksimunnya mengikut kehendak raja dan pemerintah.

 

Pahang membekalkan banyak emas ke Kerajaan Seriwijaya. Seorang Arab yang bernama Sulaiman telah mencatitkan bahawa begitu banyak emas sehinggakan tiap-tiap hari Raja Seriwijaya yang memerintah ketika itu telah membaling sejongkong emas ke dalam sebuah tasik di istananya. Jongkong-jongkong emas ini terkumpul semakin lama semakin banyak. Apabila raja itu meninggal dunia maka jongkong-jongkong emas yang di tasik itu pun di bawa naik lalu dibahagikan-bahagikan di antara kerabat diraja dan pegawai-pegawai. Yang selebihnya pula baharulah diagihkan kepada rakyat jelata!

 

Sayang...orang dulu lagi tamak tidak ada sikit tinggal untuk generasi hari ini dan akan datang. Kalaulah orang dulu ada polisi untuk "reserve" ke cucu cicit sudah tentu negeri Pahang bertambah kaya dan boleh keluar dinar emas seperti Kelantan!

 

WZWH nampaknya sudah banyak melencong...Ok kita sambung cerita sejarah kembali. Untuk pergi ke Pahang pada zaman itu selain dari jalan laut ada dua jalan lagi yang boleh diikuti. Pertama dari Patani mereka merentas melalui Perak dan terus ke Pahang. Kedua mereka boleh menggunakan perahu dan mudik ke hulu Sungai Kelantan hingga ke cabang-cabangnya iaitu Nanggiri, Lebir dan Galas. Selepas itu mereka boleh menarik perahu mereka hingga ke Hulu Sungai Jelai dan terus menghilir ke Lipis dan seterusnya ke Sungai Pahang. Atau mudik Sungai Tembeling hingga ke ulu sempadan Pahang Terengganu.

 

Oleh itu tidak hairanlah jika sebuah kekuasaan dalam bentuk negeri telah tertubuh di Pahang. Menurut rekod-rekod China seperti "Nan Shih" dan "Sejarah Sung", negeri Pahang ada seorang Raja yang bernamaSeri Palavarman. Baginda telah menghantar satu utusan ke China dengan membawa sebanyak 41 hadiah dalam TM 449.

 

Maharaja China telah mengisytiharkan raja ini sebagai raja dalam negeri Pahang. Dalam TM 451 dan 456 Seri Palavarman mengutus pula ke China seorang ahli sejarah negerinya yang bernama DanapatiTM 459 dengan satu bingkisan dan juga hadiah-hadiah. Danapati telah dikurniakan gelaran "Panglima Gagah Perkasa".

 

Dalam TM 459 pula raja Pahang ini telah mengirimkan sepasang burung kakak tua; seekor putih dan seekor merah kepada Maharaja China. Seorang lagi ahli sejarah negeri Pahang yang bernamaDasurawan telah datang ke China dalam TM 464 sebagai pengiring utusan negeri Pahang.

 

Seperti Danapati, ahli sejarah ini diminati oleh Maharaja China. Baginda memberikan gelaran kepada kedua-dua ahli sejarah Pahang ini dengan gelaran "Panglima Kuda-Naga". Selama ini WZWH ingat hanya Parameswara pengasas kesultanan Melayu Melaka merupakan orang Melayu pertama menjejak "Kota Larangan" di Beijing pada tahun 1407 tapi rupanya dua orang diplomat Pahang telah mula-mula menjejaknya pada tahun 449, 451, 456, 459, 464 dan 466 iaituDanapati dan Dasurawan.

 

Maharaja China telah mula-mula mengiktiraf kedaulatan kerajaan beraja Pahang lebih dulu dari kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan beraja Pahang lebih tua dan lama dari Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293. Sebab itu Pahang adalah negeri paling tua di Semenanjung Tanah Melayu sudah punyai orang cerdik pandai beribu-ribu tahun dulu. Orang Pahang pandai dan bijak memerintah sebab itu negeri Pahang yang paling besar dalam Semenanjung Tanah Melayu. Kalau kita baca sejarah Pahang moden dulu Kemaman, Endau, Rembau, Bahau itu dulu dalam negeri Pahang.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

Re: RG09... Re: Saman ekor: Ketahui hak anda

Macamane pulak seandainya perkara tersebut telah diluluskan oleh kabinet supaya menyekat mana2 induvidu untuk memperbarui cukai jalan atau lesen yg tidak memabayar saman..adakah kuasa kabinet boleh menguasai kuasa undang2 atau akta yg sedia ada..??


From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 28 February 2011 22:12:52
Subject: RG09... Re: Saman ekor: Ketahui hak anda

Jom kita pakat Saman JPJ pulak! hahaha...
baru depa tau..sapa rakyat's! dont play play...

facebook  zulhazmi sharif:
http://www.facebook.com/home.php#!/loonchai?sk=wall

About ZULHAZMI BIN SHARIFF
Name  ZULHAZMI BIN SHARIFF
Date of Admission   22-06-2000
Qualification  UKM
Firm   MUMTAZ MD NAWI & CO.
Branch   Batu Caves
Firm's Address   NO. 43-1A, JALAN 2
BATU CAVES CENTREPOINT
BATU CAVES
Firm's Tel   03-61859095
Firm's Fax   03-61859095


On 2/28/2011 7:49 PM, Malaysia, Controlarea wrote:
 

macam mana nk hubungi en zulhazmi ni?
 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of saman.ekor
Sent: Monday, February 28, 2011 4:26 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... Saman ekor: Ketahui hak anda

 

Saman ekor: Ketahui hak anda
Zulhazmi Shariff
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31104:saman-ekor-ketahui-hak-anda&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)


--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.


Re: RG09... Wakil Rakyat UMNO ramai yang Mati...

 

tp kalu RG perasan, naper zaman pemerintahan DS Najib ni ramai yg mati, asyik2 buat PRK, sana sini PRK....agaknye DUN2 tu sakit jantung , memikirkan camana nk menambat hati pemerintah ataupun expenses hidup skrg ni tinggi sgt , dh x tau cara nk tmbh income, he..he...pening memikirkannya,....ini bukan fakta, sekadar untuk fikir2kan dan renung2kan saja...


From: Yus Ni <yusni5121@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, February 28, 2011 22:04:10
Subject: Re: RG09... Wakil Rakyat UMNO ramai yang Mati...

 

lawak2...kesian pn ada....



From: Lisa Liss <lisaliss57@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, February 28, 2011 1:47:49 PM
Subject: Re: RG09... Wakil Rakyat UMNO ramai yang Mati...

 

Apa kurang ajar sangat panggil orang mamak2??Tulenkah sangat Melayu di Malaysia?Takde mamak,Islam takkan sampai di Tanah Melayu...


From: para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, February 28, 2011 12:52:04 PM
Subject: Re: RG09... Wakil Rakyat UMNO ramai yang Mati...

 

Di Pulau Pinang ada Mamak Reezal Merican Naina Merican yang cuba menonjolkan diri untuk menjadi juara pembela Ketuanan Melayu. Beliau disokong oleh Tan Sri Nor Yacob, juga seorang mamak. Datuk Arif Shah abang penipu Mamak Amin Shah pun ada. Jadi pimpinan dari Melayu tulin UMNO tak perlu sibuk-sibuk mempertahankan Melayu Pulau Pinang sebab ramai mamak-mamak Penang yang menjadi juara.

Isu popular di Pulau Pinang banyak berkisar tentang DAP hapuskan hak-hak orang Melayu. Bayangkan dalam masa lebih kurang dua tahun sahaja DAP berkuasa di Pulau Pinang, hampir habis tanah-tanah orang Melayu tergadai dan terleps di Pulau Pinang. Gerai-gerai dan perniagaan orang-orang Melayu habis dirobohkan dan dirampas oleh kerajaan PR yang diketuai oleh DAP. Hebat sungguh DAP.....dalam masa singat sahaja hartanah orang-orang Melayu hilang lesap. Boleh percaya ke semua dakwaan itu. Sedangkan pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri Pulau Pinang masih lagi terdiri dari kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan lama yang ditadbir oleh Gerakan dan  UMNO/BN, tidak berubah. Jika benar itu angkara DAP, mengapa pegawai dan kakitangan kerajaan itu berdiam diri sahaja, langsung tidak berbuat apa-apa. Penakut sangat ke mereka semua, sedangkan mereka boleh mengadu kepada mamak Tan Sri Nor Yacob, menteri  UMNO di Pulau Pinang itu.

Tanah-tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang telah lama tergadai, sejak sebelum Tan Sri Koh Tsu Koon dari parti Gerakan/UMNO yang telah di Melayukan menjadi Ketua Menteri lagi. Siapa punya angkara ??? Siapa lagi kalau bukan pimpinan Melayu UMNO Pulau Pinang lah yang menggadaikannya. Mamak Reezal Merican Naina Merican, AJK Pemuda UMNO Pusat pada masa itu masih dibangku sekolah lagi. Dia tidak tahu pun akan sejarah penggadaian hartanah orang-orang Melayu yang dilakukan oleh pimpinan UMNO pada ketika itu. Cuma Tan Sri Koh Tsu Koon tidak mahu menceritakan perkara yang sebenarnya, kerana bimbang akan kedudukan jawatannya akan tergugat.

Maka mamak Reezal Merican Naina Merican muncul berkokok siang malam menjuarai isu penghapusan hartanah dan hak-hak orang Melayu Pulau Pinang dengan harapan agar pucuk pimpinan UMNO akan melihat ketokohan beliau dan mencalonkan beliau untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dalam PRU ke-13 kelak. Sedangkan dia sendiri tahu akan kemampuannya untuk menjadi ayam sabung di Pulau Pinang itu adalah satu kerja yang sia-sia. Yang penting beliau mencapai matlamat untuk dirinya sendiri. Lihatlah apa yang terjadi kepada GPMS setelah menang dalam pertandingan merebut jawatan Presiden GPMS daripada Datuk Saifuddin Abdullah. GPMS turut tenggelam basi dalam kari Nasi Kandar mamak Pulau Pinang............



para_jump101



--- On Sun, 2/27/11, Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com> wrote:

From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
Subject: RG09... Wakil RAkyat Mati...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, February 27, 2011, 7:58 PM



Salam...

Memang paling bagus meninggal kawasan pembangkang huahuahua... mesti tabur banyaknya sebab nak ambik balik...


kawasan biru cam kerdau ni takdelah banyak snagat tabur sebab dah nampak ke sebelah dia... tapi tu pun masih kecut wakakakaka...

Jom ke Kerdau...

From: othman_mat_ali@toshibatec-tim.com.my
Cc: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun Feb 27, 2011 7:06 pm
Subject: Re: RG09... Wakil RAkyat Mati...
othman_mat_ali@toshib...
Send Message Send Message
Edit Membership Edit Membership
Pulau Pinang pun agak lama tak di jengok oleh pemimpin BN ....kawasan
kampong-kampong melayu .............rasa-rasa lepaih ni masuk Penang pulak
apa la gamaknya......!!!!! bukan mendoakan tapi separuh mengharap .
Cuma dengan adanya PRK saja baru nampak grand 1Malaysia ..... kalau di
Penang depa tak cakap la negeri mundur .....akan keluar ayat-ayat standart
UmnO/Bn .......melayu mundur , melayu kian terhakis , melayu di anak tiri ,
melayu kelas ke 3 , melayu tut , melayu tat ...semuanya
melayu .................... tak caya hampa tunggu la !!!!!!!!!

\\\\////
/ \
I \\ // I
( (.) (.) )
- -o00o- - (_)- -o00o- - - - -^^^^
Thank and best regards
Othman Mat ALi
Manufacturing Department
- - - -ooo0- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
( ) 0ooo
\ ( ( )
\_

)
) /
(_ /

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli









__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___