Monday, June 30, 2014

Re: RG2011... Fw: Lembaga Perhatikan Kemalangan Maut 1LPT [4 Attachments]

salam...

kalu betui ade setan yg tengok dpd jauh...tu penipu namanya...heheh.
tapi kalu org asli, mustahil la pulak kalu dia x dtg dekat...hmmm

setan x perlu duk jauh2 kalu tengok kemalangan. dia makhluk ghaib. duk depan mata pun kita x boleh nampak. tapi kalu sengaja menampakkan diri dpd jauh utk memang sifat semula jadi dia iaitu untuk menipu manusia...heheh

senang citer, tiap2 org ade sekor setan ikut dia pegi manapun. kalu naik keta dgn klrga 5 org, maka ade  5 ekor setan ikut sekali. kalu baca doa tertentu mungkin setan x ikut dlm keta tapi ikut kat luar la plak...heheh

jadi...usah nak takut sgt dengan setan2 penipu tu...

betui dak Abi...? kalu salah tolong kasi betui...heheh*:D big grin
 
Allahu'alam.
subkhanakAllahummawabikhamdika
asyhaduallailahaillaanta
astaghfirukawaatubuilaik

On Tuesday, 1 July 2014 8:44 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

SERAM Lembaga Perhatikan Kemalangan Maut Lebuhraya (lLPT)

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Telah berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan lori tangki hingga meragut nyawa seorang peronda lebuhraya.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan peronda yang menghala ke Kuala Terengganu diberhentikan di lorong kecemasan.

Pemandu lori tangki minyak sawit yang hilang kawalan kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh kereta ini hingga mengakibatkan Razali Ishak, 44, yang berada di dalamnya maut tersepit.

Rakan sekerja Razali bagaimanapun terselamat selepas dikeluarkan oleh orang ramai.

Gambar kemalangan ini kemudiannya dikongsikan di Facebook Friends of BN 

Seperti biasa, gambar sebegini mula dibanjiri komen takziah dan al-fatihah namun pada masa sama ramai turut bertanyakan tentang satu entiti ganjil yang terdapat di dalamnya.

Ia adalah imej berupa seseorang seolah-olah sedang memerhatikan kereta yang terbabas ini dari jauh.

Memandangkan kawasan kemalangan adalah semak samun, ramai berasa ganjil mengapa 'pemerhati' terbabit boleh berada di situ.

Sumber mynewshub.my

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: SENAPANG patah <senapangg@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

Check out the automatic photo album with 4 photo(s) from this topic.
peronda3.jpg peronda4.jpg peronda1.jpg peronda2.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... FOTO MENARIK WA NAK KONGSI HARI NI [11 Attachments]

Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 11 photo(s) from this topic.
9.2_n.jpg 1623645_539641089478954_5646765781618181157_n.jpg 8.90_n.jpg 1545120_808361029181915_8528702052344905814_n.jpg 6.4_n.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... TGK keje MALAS, 7/1/2014, 12:00 am

Reminder from:   respeks_group Yahoo Group
 
Title:   TGK keje MALAS
 
Date:   Tuesday July 1, 2014
Time:   12:00 am - 12:00 am (GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Location:   mudah123.com/?ref=1806
Notes:   Malas malas dan malas..
OK jom tgk keje malas ni...
mudah123.com/?ref=1806
 
Privacy | Terms

__._,_.___

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

__,_._,___

RG2011... Signup Free-Get RM10, 7/1/2014, 12:00 am

Reminder from:   respeks_group Yahoo Group
 
Title:   Signup Free-Get RM10
 
Date:   Tuesday July 1, 2014
Time:   12:00 am - 12:00 am (GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Location:   www.mudah123.com/?ref=1806
Notes:   Just Signup-Free..
Iklankan Link pada rakan-rakan.
Jika nak lebih baca info lebih lanjut.
more info: www.mudah123.com/?ref=1806
 
Privacy | Terms

__._,_.___

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

__,_._,___

RG2011... Fw: KEHILANGAN & PEMBUNUHAN KANAK2 SEMAKIN SERIUS

KEHILANGAN & PEMBUNUHAN KANAK-KANAK SEMAKIN SERIUS

bloglist-malaysia.blogspot.
btmmari.blogspot
Written By canang
 
KEHILANGAN & PEMBUNUHAN KANAK-KANAK SEMAKIN SERIUS

Setiap hari ada saja berita kehilangan dan penculikan kanak kanak. Ada yang dilapurkan hilang tetapi sebenarnya menghilangkan diri, lari rumah mengikut teman lelaki dan sebagainya. Ada pula yang dilarikan oleh waris sendiri tetapi dilapurkan sebagai diculik atau hilang. Mungkin juga ada yang dilarikan oleh penarik kereta yang sebenarnya mahukan kereta itu namun ada anak di dalamnya terikut sekali.

NAMUN... Masih ramai juga yang tidak ada berita sama sekali dan berita tentang penemuan mayat kanak kanak yang dibunuh dengan kejam serta berbagai rupa gambar gambar yang tersebar amat membimbangkan sekali.

Kami bincangkan hal ini dengan lebih serius dengan mengambil kira segala sudut. Antaranya ialah tentang kesahihan berita, termasuk kenyataan pihak PDRM yang menafikan beberapa berita yang tersebar, juga tentang gambar-gambar yang dikirim pembaca kepada kami melalui media sosial serta pengesahan suatu berita yang pernah dinafikan awalnya setelah menemui mayat mangsa. Perbincangan seterusnya ialah merujuk kepada langkah menyedarkan warga prihatin dan masyarakat bagi menghadapi segala kemungkinan.

SINDIKET PENJUALAN ORGAN MANUSIA

Ini adalah satu tanda tanya yang amat membimbangkan. Ada banyak gambar dan berita yang tidak disahkan. Meneliti sesetengah gambar membuatkan kami mengambil keputusan bahawa ada kemungkinan gejala dan sindiket seperti ini memang benar benar berlaku. Ia bukan gambar yang diedit. MasyaAllah, inilah bala baru.

Kita tidak tahu di mana pasaran organ ini dijual. Adakah untuk tujuan rawatan atau untuk dimakan? Jika untuk tujuan kesihatan sekalipun, ia jelas ada suatu yang tidak kena pada pengamal perubatan yang kiranya ia benar, kerana sanggup menerima organ yang tidak disahkan sumbernya. Lebih malang lagi jika apa yang kita lihat dalam gambar hiasan, bahawa anggota badan dijual sebagai bahan makanan itu benar benar wujud. Harimau pun tidak akan makan haiwan sejenis dengannya, inikan pula kita manusia.

Dalam kedua dua keadaan itu jelas kita sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang amat parah sekali. Melihat pada mayat kanak kanak lelaki di besin hijau itu jelas menunjukkan ia berkulit sawo matang dan menggambarkan kejadian itu berlaku di Nusantara ini. Oleh itu jelas sekali kita perlu lebih berhati hati.

KAITAN ANAK HILANG & GEJALA 'HEDONISME'

Akibat dari kelalaian ibu bapa dan pihak pihak bertanggungjawab dalam mengawal minda dan pergaulan anak anak sudah tidak boleh disangkal lagi. Kemewahan hidup telah menyebabkan anak-anak dibekalkan dengan segala macam gajet dan hiburan yang meracuni fikiran. Budaya hedonisme telah menular, iaitu anak-anak membesar dengan HANYA mengejar keseronokan dan kenikmatan hidup secara negetif. Ini telah menyebabkan ibu bapa kesukaran mengawalnya.

Keinginan anak-anak seawal usia 10 tahun ke arah seks melalui pengaruh media dan rakan sebaya telah membuatkan anak jadi liar. Apabila aktiviti seks sudah menjadi kemistri dalam hidup, mereka akan lupa ibu bapa, lupa agama dan gagal membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Antara sebab kami tutup cawangan kami di Sungai Pelek adalah gejala Hedonisme ini. Pelajar sekolah di situ bebas hisap rokok di depan sekolah. Seminggu dua saja anak-anak rijal kami mula berjemaah di masjid, remaja 13-15 tahun yang melepak di pagar masjid sudah berani bertanya sewaktu anak-anak kami berjalan kaki pulang ke rumah dengan soalan.. ada kakak umur 13 tahun tak? Boleh beri pada kami?

Mulanya kami fikir itu kenakalan biasa. Namun seminggu dua selepas itu kami kesan ada remaja yang sudah beri handfone dan simkad kepada anak nisak kami yang berusia 13 tahun dan bertudung labuh. Nasib kami baik kerana jemaah anak-anak dapat mengesan dan melapurkannya lalu kami dapat selamatkan keadaan. Bayangkan jika rakan prihatin tidak main peranan?

GEJALA 'PEDOFILIA' DAN PENDERAAN SEKSUAL KANAK KANAK

Gay, homoseks, Lesbian dan sodomy sudah cukup memeningkan kepala. Kini wujud satu lagi bala kepada umat manusia. Fenomena Pedofilia, atau 'cinta kanak-kanak' ini sudah semakin serius. Kes bilal masjid berusia 57 yang berulangkali meniduri pelajar 14 tahun hingga hamil baru baru ini serta banyaknya kes pembunuhan dan pencabulan terhadap kanak kanak menjadi bukti.

Kes rogol pelajar oleh 38 lelaki pelbagai umur serta kronologi penculikan yang berlaku di slim River semalam telah jelas nyata melibatkan gejala pedofilia ini. Kajian kami menunjukkan gejala ini jauh lebih teruk bahkan melibatkan institusi keluarga itu sendiri.

Statistik PDRM sehingga tahun 2006 menunjukkan 75% penderaan seksual kanak kanak dilakukan oleh keluarga sendiri. Betapa ramainya anak kecil yang telah diperkosa bertahun tahun tidak mendedahkan penindasan itu ke pihak berkuasa atas pelbagai sebab.

Ada kes Pedofilia, pemerkosaan beramai-ramai yang berlaku dalam kalangan keluarga sendiri melibatkan datuk, ayah, sepupu, bapa saudara, ipar duai bermula seawal 5 tahun. Dalam satu kes, pencabulan dilakukan oleh abang sendiri bersama rakannya pada adik ketika berusia 8 tahun dan ia berterusan sehingga adik perempuan itu berusia 20 tahun.

KESAN NEGETIF TERHADAP MANGSA.

Semua gejala ini adalah petanda bahawa masyarakat ini sedang berpenyakit mindanya. Kerana enggan menggunakan manual hidup dari Allah, lalu kita jadi seperti haiwan. Hidup tidak berpegangan, terlalu jauh dari agama dan amat bercelaru sekali. Ia ditambah pula dengan kemiskinan dan kesempitan hidup, pengaruh dadah, arak, keruntuhan rumahtangga, hiburan dan sebagainya.

Atas desakan nafsu, anak kecil jadi mangsa kerana mereka tidak mampu melawan. Yang lebih menyedihkan ialah apabila mereka ini jadi semacam hilang akal. Kesakitan dan trauma yang dialami si mangsa menjadi satu cabaran yang amat menyeronokkan bagi mereka. Lebih sedih lagi mereka sanggup MEMBUNUH dengan KEJAM selepas memuaskan nafsu. Kebanyakan kejadian sebagini yang berlaku dalam keluarga tidak dilapurkan kerana menjaga maruah. Ada ketikanya si ibu sendiri yang menafikannya kerana menjaga hubungan kekeluargaan kononnya.

Oleh itu, banyak sekali kesan-kesan negatif jangka panjang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual ini. Antaranya ialah gangguan perasaan :- Perasaan Takut Marah Rasa bersalah Iri hati Malu Konflik kasih sayang Keliru Merasa rendah diri Merasa tidak berguna Bingung terhadap seks Rasa terasing Kurang mempercayai orang Kecenderungan untuk bunuh diri Gangguan personaliti Garang dan bengis Pendendam dan sebagainya.

CARA MENGATASI

Islam adalah agama ilmu yang difahami, diyakini dan dipatuhi keseluruhannya. Oleh itu berilah kefahaman agama secukupnya dan pantau perlaksanaan ilmu itu secara berjemaah.

Kita hanya akan kukuh dan selamat dengan kehidupan secara berjemaah dan bersaudara. Kami telah rasai kenikmatan itu dan ingin pembaca sekalian turut merasa aman dan sejahtera dengan kaedah yang sama. Anak anak kami hidup berjemaah dan setiap diri berkewajiban untuk menjaga kebajikan dan keselamatan yang lain.

Firman Allah: "Berpegang teguhlah kepada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kamu".(Surah Ali-Imran, ayat 103)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(HR at-Tirmizi)

"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".(HR Ahmad)

Umar Al-Khattab pernah berkata: "Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan jemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepemimpinan dan tiada kepemimpinan melainkan dengan ketaatan".(HR Ahmad)

Anjurkan program takruf kerana "Tak kenal maka tak cinta". Didiklah anak-anak untuk mengenali dan memahami aturan agama ini agar terjamin keselamatan mereka. Kenali rakan sebaya, jiran tetangga dan guru-guru anak-anak kita. Hari ini pemandu dan klendan bas anak kita pun ada yang kita tidak kenal. Semua maid atau anak itu sendiri yang uruskan.

Gelagat anak nisak kita sekarang tidak macam dahulu dan mereka amat mudah teransang. Hari ini pelajar lelaki duduk elok di kerusi dan pelajar perempuan berasak di tangga. Kelendan bas kenyang bergeselan dan meraba tubuh hingga terbeliak mata teransang sepanjang perjalanan. Kita tidak pernah tahu bahawa begitu banyak kes anak sekolah diperkosa oleh pemandu dan klendan bas sendiri di hujung minggu atau petang hari. Ini juga gejala Fedofilia dan Hedonisme.

Terlalu banyak aktiviti anak-anak kita yang membuka peluang untuk menjadi mangsa. Hanya dengan memberitahu mereka ada aktiviti Ko-Ko atau kelas tambahan, dan segalanya selesai di dalam waktu itu juga. Lebih baik jika kita dan jiran tetangga bergiliran untuk menghantar dan memantau sendiri anak kita dan rakan sekelas mereka. Kenali dan berbuat baiklah dengan para guru, ahli qariah dan ketua setempat dengan kita.

Paling utama... HENTIKAN SELFIE GEDIK dan pergaulan bebas yang menjadi budaya tanpa segan silu. Jangan suka suka berdating atau mengikuti orang yang tidak dikenali. Ramai PATI yang tiada pasangan dan gersang di negara ini. Faham fahamkanlah ancaman seksual dari mereka juga.

PRO & KONTRA PENAFIAN OLEH PIHAK POLIS

Pihak PDRM telah menafikan beberapa kali tentang berita berita panas ini. Apabila ianya terbukti berlaku maka biasanya ramai di antara kita akan menyalahkan pihak polis kerana pernah menafikannya. Hari ini maklumat hanya di hujung jari. Semua maklumat kehilangan mudah tersebar, lengkap dengan gambar mangsa, lapuran polis dan sebagainya. Terkadang lebih cepat dari media rasmi.

Setelah meneliti penafian PDRM, kami dapati ada beberapa fenomena yang berkaitan. Rasional penafian itu ialah untuk mengelakkan fitnah dan suasana panik. Ia mungkin berkisar tentang maklumat kenderaan, bangsa suspek, tempat, negara dan sebagainya. Kerana itu kita perhatikan ada berita kes yang akhirnya di'sejuk'kan sedikit kenyataannya oleh pihak berkuasa.

Gambar-gambar dan lapuran polis yang tersebar ada rasionalnya untuk dipertimbangkan. Pihak polis sendiri mengeluarkan kenyataan menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak setelah beberapa penculikan memang benar benar berlaku. Oleh itu selaku ibu bapa, kita harus bijak dan mengambil serius. Tidak perlu panik, namun jangan sekali-kali meneruskan sikap lalai.

Kita doakan agar pihak PDRM dapat segera membenteras gejala ini. Kita juga pohon agar pihak polis dapat menyiasat di mana dan apakah cerita sebenar di sebalik gambar-gambar sadis yang terlalu banyak beredar ini secara khusus. Adakah ia berlaku di negara ini atau di negara lain? mudah mudahan ia dapat sedikit melegakan hati kita.sumber

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

[IKTIBAR] Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

greenboc.blogspot

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

"Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini." "Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. "

"Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti".

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur'an buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."

comments:

Anonymous said...

Cerita yang penuh pengajaran. Kepada mereka yang tahu menbaca Al - Quran anda tak rasa malukah dengan seorang pak cik buta yang sayang Al - Quran seperti sayangnya kita dengan girlfriend kita hari - hari? Renungkanlah.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Pahala mengumpat dalam bulan Ramadan

Pahala mengumpat dalam bulan Ramadan

kedahlanie.info

SEGELiNTiR pro Umno menasihat rakyat supaya berhenti menconteng kezaliman parti asabiah berkenaan di facebook demi menghormati bulan Ramadan.
 
Apa reaksi kita dengan dakyah ini?
 
Sangat indah penjelasan Rasulullah SAW mengenai perihal mengumpat, yang juga disebut sebagai ghibah.
 
"Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.Si penanya kembali bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu apabila apa yang diceritakan itu benar ada padanya? Rasulullah SAW menjawab: kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada)." [HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad]
 
Pada zaman Rasulullah SAW, Perang Badar umpamanya berlaku pada bulan Ramadan.
Maqasid asy-Syariah atau tujuan syariat berperang ini di antaranya demi menghentikan kezaliman, atau lebih tepat untuk menghilangkan fitnah.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..." [Surah Al-Baqarah:193]
 
Penjelasan: perang bukan satu-satunya kaedah untuk menghilangkan fitnah (kezaliman), tetapi, salah satu kaedah untuk menghilangkan fitnah.
 
Kaedah perang ala ISIL Iraq di Malaysia umpamanya boleh membawa fitnah lain, seperti Islam dianggap teroris oleh warganegara, maka, kaedah berperang dalam konteks Malaysia itu jelas haram walaupun zahir nas menyebut "wa qatiuhum"!
 
Sebab itu, PAS konsisten mengambil pendekatan muwajahah silmiyyah, dengan menyertai proses demokrasi dan pilihan raya demi menumbangkan kezaliman Umno hingga kini.
 
Dengan erti kata lain, kalau Perang Badar pun dibenarkan dalam Islam pada bulan Ramadan, kaedah mengumpat di facebook yang nyata jauh lebih damai (berbanding perang) lebih-lebih lagi lah dibenarkan syarak pada bulan ibadah ini, jika tujuannya jelas untuk menghentikan kezaliman pemerintah.
 
Sekali lagi nak tanya, adakah mengumpat yang boleh pahala pada bulan Ramadan?
 
Imam Nawawi dalam kitab Syarah Sahih Muslim dan Riyadus Solihin ada membahaskan enam jenis mengumpat (ghibah) yang dibenarkan di sisi syarak, antaranya:
 
1. Mengumpat golongan yang dizalimi
Firman Allah yang bermaksud:
"Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya..." [Surah An-Nisa': 148]
 
Contoh: Kempen NGO Tuntut Royalti Minyak Kelantan (R) menurut 20 peratus royalti minyak yang dinafikan oleh pentadbiran Sang Zalim Najib Razak.
 
2. Isti'anah (minta tolong) untuk menghentikan kezaliman agar Sang Zalim kembali ke jalan benar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Anas r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Bantulah saudaramu yang zalim dan orang yang dizalimi". Maka telah bertanya seorang lelaki kepada baginda s.a.w. : Wahai Rasulullah s.a.w., aku akan membantunya jika dia seorang yang dizalimi maka adakah pada pandangan engkau jika dia seorang yang zalim, bagaimanakah aku akan membantunya? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya: "Aku menahannya atau menghalangnya daripada kezaliman maka sesungguhnya itu adalah bantuan kepadanya". [Riwayat Bukhari]
 
3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." [Surah Al-Hujurat: 12]
 
PENGAJARAN: Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.
 
ULASAN FiQH: Walaupun asal hukum (al-hukmu li zatihi) daripada nas di atas melarang atau mengharamkan amalan buka aib orang.
Namun, dibenarkan (al-hukmu li ghairihi) ghibah untuk membolehkan sesuatu perkara diberikan justifikasi hukum.
 
4. Peringatan demi mencegah kemaksiatan
Contoh 1: perawi atau saksi yang cacat kredibiliti wajib didedahkan kepada umat Islam, sebagai mana jumhur ulamak dalam tradisi ilmu jarh wal ta'dil.
 
Contoh 2: Memberi analogi tanpa memalukan mana-mana pihak untuk membetulkan satu-satu kesalahan.
 
Contoh 3: Apabila melihat seseorang penuntut agama itu fasik atau mengamalkan bid'ah, maka, wajib di sebut sifat-sifat beliau sebagai pedoman kepada semua pihak.
 
5. Menceritakan kepada khalayak mengenai seorang (pemimpin) yang fasik, batil, bid'ah dengan menambah-nambah cerita pengajaran daripada sifat-sifat mazmumah (terkeji) itu, dengan niat untuk menambahkan amalan mahmudah (terpuji) dalam diri sendiri serta masyarakat.
 
6. Mengambil seseorang dengan gelaran yang mudah untuk seseorang itu dikenali, tetapi tidak sampai menghina yang jelas haram hukumnya.

Contoh: Gelaran Tok Guru kepada dua pemimpin spiritual PAS, iaitu Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang.
 
Wallahu 'alam.
 
ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang