Tuesday, September 30, 2014

RG2014... Fw: Bukti PASMA Perancangan PKR Dalam PAS

 



Ini Bukti PASMA Perancangan PKR dan Geng Anwar Dalam PAS

gigitankerengga.blogspot
AbuYa
 
Saya pernah menulis perancangan PASMA ini dalam feacebook dan pada awalnya orang tak percaya kerana saya sebut nama-nama mereka yang terbabit adalah "orang kuat" PAS dan PKR. Katanya fitnah. Saya butirkan setiap perancangan mereka kerana kawan saya adalah orang kuat dalam hal ini antara perancang.

Mereka yang merancang PASMA ini mempunyai sumber kewangan yang sangat kukuh. Jangan tanya saya dimana wang ini diperolehi?? Hanya saya boleh sebut Selangor satu satu sumber wang yang baik kepada mereka.

Mereka bersunguh-sungguh untuk jatuhkan kepimpinan Ulama PAS termasuk Presidennya. Gerakan ini telah dilancarkan secara halus begitu lama sehingga ramai yang sudah "termakan" dan sukar untuk golongan PAS yang benar atau ulama nak baiki minda mereka ini yang memang merasakan kepimpinan ulama sudah ketinggalan.

Mereka sudah merangka pelan sangat baik untuk Muktamar ke-61 dan jangan hairan kepimpinan ulama dalam PAS akan tinggal sebagai kenangan sahaja.

Sebab apa saya kata macam itu, sebab mereka ini guna apa cara sekali pun untuk tujuan ini semada baik atau buruk persis seperti carakerja umno (maaf saya sebut).

Sekarang PASMA dilancarkan di Besut dan gambar di atas adalah menjawab tulisan saya yang lalu. PKR telah digerakkan untuk kawasan PAS kuat.
Saya perturunkan semula tulisan saya pada JUN 2014 lalu. Semasa saya menulis perkara ini nama PASMA masih belum wujud. Orang pun tak nak baca. Tapi semua perancangan yang saya tulis sedang dilakukan dengan peruntukkan besar yang akan didedahkan kemudian.

...............

Saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa ada pertemuan beberapa pimpinan PKR dan pimpinan PAS yang pro kepada Anwar di KL. Pertemuan ini telah merangka beberapa perkara strategi untuk memastikan beberapa perkara antara lain ialah memastikan Pakatan Rakyat kekal sehingga PRU-14 dan juga memastikan pengaruh Presiden PAS tidak kuat kepada akar umbi.

Pertemuan ini juga mencadangkan antara beberapa agenda yang berbentuk jangka pendek dan jangka panjang sehingga Muktamar PAS ke-61 iaitu 2015.


Pada pendedahan kali kawan saya hanya memberi fokus kepada cadangan menubuhkan satu persatuan yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).

pertubuhan ini memberikan sasaran untuk menghalang PAS meninggalkan PR dan membesarkan momokan PAS akan bekerjasama dengan UMNO bagi tujuan rakyat bawahan yang pro Pakatan Rakyat akan merasai curiga kepada kumpulan atau groups ulama dan mereka yang berkecenderungan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.

Kawan saya menyebut antara yang akan dilakukan:-

1. Siri pertemuan PASMA di seluruh negara.
2. Memberikan bantuan secara kewangan dan kemudahan kepada pengerak PasMa
3. Melobi perwakilan yang akan ke Muktamar PAS ke-60 (jangka masa pendek) dan ke-61 (jangka masa panjang)
4. mengerakkan blogger (blog) dan facebooker (facebook dan whatsapp) untuk menyerang kumpulan konservatif dalam PAS (geng ulama)
5. memastikan imej Presiden PAS jatuh dan menggalakan pengkritikan secara terbuka di media sosial SERTA akhbar.

Saya juga diberikan nama-nama mereka yang mengadakan pertemuan tersebut. Tapi buat masa ini saya simpan dan ingin melihat komen anda di facebook. Sejauh mana anda anda maklumat berkenaan perkara ini.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

RG2014... Fw: WAJAH PENGGODAM ATM

 



INILAH WAJAH-WAJAH PENGGODAM ATM YANG MENCURI HAMPIR RM3 JUTA YANG SEDANG DIBURU POLIS.

omakkau.blogspot
 
Pihak polis telah mengeluarkan gambar beberapa suspek yang telah menggodam dan mengeluarkan wang tunai dari ATM di cawangan yang dimiliki oleh Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.

Semalam, Polis Bukit Aman berjanji untuk membawa penggodam-penggodam yang telah mencuri kira-kira RM 3 juta dari ATM di tiga buah negeri di negara ini ke muka pengadilan.

Polis berkata, suspek telah menggodam mesin ATM dengan memasukkan sebuah cakera padat kedalam CD-ROM yang terdapat pada mesin ATM itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, siasatan awal terhadap kegiatan itu mendapati mereka menggodam mesin ATM dengan memasukkan CD yang mengandungi virus 'ulssm.exe'.

Penjenayah kemudiaannya akan mengeluarkan kesemua duit dari mesin ATM dengan memasukkan kod-kod tertentu, dipercayai dihantar oleh rakannya melalui telefon.

"PDRM sangat komited dalam menangani jenayah ini hingga ke akar umbi bagi memastikan keyakinan orang awam terhadap instituisi perbankan".

Selain itu, dia juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai jenayah itu untuk membantu polis dalam siasatan dengan menghubungai SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839", kata Datuk Seri Mortadza
.
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Monday, September 29, 2014 11:36 PM
Subject: Fw: Godam Guna Kad Sim Rompak ATM Setengah Juta Ringgit

RM1.217 juta lesap daripada mesin ATM

kedahlanie.info
 
KUALA LUMPUR - Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM) kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor, menurut kenyataan Affin Bank hari ini.

Kenyataan itu menyebut mesin ATM itu diusik pada Sabtu lepas, mengakibatkan kecurian wang tunai daripada mesin berkenaan.

Mesin ATM terbabit terletak di Johor Bahru, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor, menurut kenyataan itu.

"Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu," kata bank berkenaan.

Bank itu berkata data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi.

Sementara menunggu hasil siasatan polis, bank berkenaan segera menempatkan langkah kawalan tambahan di semua mesin ATM di cawangan dan di lokasi luar.

"Pihak bank mengadakan pemantauan rapi bagi memastikan pelanggan kami dapat meneruskan urusan perbankan mereka dengan selamat," menurut kenyataan itu.

Laporan menyebut sekumpulan warga asing dipercayai menggunakan sim kad telefon dan peranti lain untuk menggodam mesin ATM itu.

Suspek dalam kes penipuan pengeluaran wang itu kelihatan seperti berketurunan Amerika Latin atau Timur Tengah.

Polis masih menyiasat insiden itu. - Bernama
 

Godam Guna Kad Sim Rompak ATM Setengah Juta Ringgit

bloglist-malaysia.blogspot

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.

Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di
negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari.

Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

"Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang," katanya.

Dalam kejadian pertama pada 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang.

Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu adalah sebanyak 27 keping.

"Mengesyaki sesuatu yang pelik pihak pengurus telah menghubungi polis dan hasil siasatan mendapati tiada kesan mesin tersebut diumpil," menurut sumber polis itu.

Katanya rakaman kamera litar tertutup di ATM itu mendapati terdapat tiga suspek berbangsa Amerika Latin, berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, membuat pengeluaran berkenaan. Jumlah wang dikeluarkan mereka ialah RM265,000.

Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Yahya berkata modus operandi yang sama dilakukan di bank berkenaan di USJ Subang Jaya oleh dua suspek lelaki berbangsa Amerika Latin dengan membuat pengeluaran 137 kali secara bergilir-gilir pada 5.30 petang semalam.

Katanya pihak pengurusan bank mengesyaki kehilangan wang itu ketika memeriksa wang ATM tersebut dan polis percaya sindiket berkenaan menggunakan kad sim telefon dan sistem teknologi tinggi untuk menggodam mesin ATM itu bagi mengeluarkan wang.

Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup bank terbabit.

Jenayah pengklonan kad ATM di negara ini berlaku ketika kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad.

Jenayah itu berjaya dihapuskan setelah Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM dan kad kredit kepada setiap bank pada 2003.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

RG2014... Fw: YOU CAN RUN, BUT YOU CAN'T HIDE ....

 



YOU CAN RUN, BUT YOU CAN'T HIDE .... POLIS BERJANJI AKAN BURU BLOGGER SEKS, ALVIN TAN SEHINGGA KE LUBANG CACING.

omakkau.blogspot.
Polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengulas mengenai tindakan Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

Khalid berkata, siasatan terhadap kes tersebut sudah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang mengaibkan pemimpin negara menggunakan media sosial.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Bulan lepas sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Tan, 26, dalam satu temubual baru-baru ini berkata, meninggalkan Malaysia adalah "satu-satunya tindakan rasional" kerana dia tidak berdaya melawan "kezaliman dan kejahilan".

Beliau turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Dalam temubualnya, Tan mempertahankan posting Ramadannya yang mengandungi bak kut teh sebagai satira politik.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahaya menggunakan Islam untuk "mentadbir hidup orang ramai" dengan menjadikan moral peribadi sebagai undang-undang tanpa membezakan yang tidak bermoral dengan yang menyalahi undang-undang.

Tan berkata, beliau percaya dirinya bukan pengecut dengan memohon suaka di AS, tetapi dia hanya "bijak, pragmatik, berkira dan bijak dengan wang."
 
 

Khas Buat Alvin Tan

bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
 
Bhai Alvin Tan...

Lu ingat lu lari mintak suaka politik ngan Amerika Syarikat boleh menyelamatkan lu daripada dikenakan tindakan oleh Kerajaan Malaysia ker? Hahahaha..... Lu silap bhai.... Lu memang silap...

Bukan tak pernah Kerajaan
Malaysia melalui beberapa agensi dan badan penguatkuasa yang ader dapat mengesan dan membawa balik suspek dan pesalah ke Malaysia.... walaupun di ceruk mana mereka berlindung.... Bezanya sama ader Kerajaan Malaysia mahu buat atau tidak.... tue ja... Lu ingat tak kes Micheal Soosai dulu.... ingat lari ke India boleh lepas bebas.... Hahaha

Jadi ingat-ingat skit la bhai...

"Kiter" pernah bawak keluar suspek dari beberapa negara dengan banyak cara.... dan walaupun ader suspek yang mendapat perlindungan di negara tersebut... masih kiter dapat bawak balik melalui beberapa operasi hitam... Kiter ader team yang boleh masuk dan keluar dari banyak negara tanpa dikesan...... ingat tue bhai..... Kalo nak "senyap" 
kan lu pon takder hal.... umpama tibai nyamuk ja...

Jangan ingat lu duduk US boleh selamat takder kena tindakan..... Hehehe ...  Kat US tue Malaysia ader "
safe house" la..... yang bebila jer boleh diaktifkan....

Gua sekadar nak bagitau dan peringat lu jer..... Hahaha....
 
 

Ramai pemimpin negara diBABIkan blogger

lusuka.com
 
Perbuatan melampau budak ini tidak berhenti sekadara memaparkan aksi seks dan gambar bogel dirinya dan pasangannya dalam blog mereka. Kali ini Alvin membuat sesuatu yang lebih dahsyat lagi. Pemimpin negara dipapar dengan memiliki hidung babi.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

RG2014... Fw: PINGAT EMAS PERTAMA DISUKAN ASIA 2014 DITARIK BALIK

 



PINGAT EMAS PERTAMA DISUKAN ASIA 2014 DITARIK BALIK

bloglist-malaysia.blogspot
lantakhangpala.blogspot
 
Pingat emas pertama negara pada kejohanan Sukan Asia ke-17 yang dimenangi atlet wushu, Tai Cheau Xuen ditarik balik selepas didapati gagal dalam ujian dadah.

Keputusan itu dibuat Majlis Olimpik Asia (OCA) selaku penganjur Sukan Asia 2014 di Korea Selatan pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Cheau Xuen, 24 yang bersaing dalam acara nanquan dan nandao itu didapati menggunakan dadah perangsang jenis sibutramine.

Cheau Xuen disahkan positif dalam ujian terhadap sampel yang diambil selepas dia menangi emas pada 20 September lalu.

"Atlet ini sudah hilang kelayakan daripada sukan ini dan juga di Sukan Asia dan akreditasinya juga dibatalkan dan pingatnya ditarik balik," kata kenyataan itu.

Pengumuman rasmi itu dikatakan terpaksa ditangguhkan oleh OCA kerana Cheau Xuen dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminta supaya sampel B untuk diperiksa.

Selain Cheau Xuen, dua atlet lain turut disahkan gagal dalam ujian sama iaitu pemain bola sepak Tajikistan, Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja, Sophany Yi. Kedua-duanya disahkan positif selepas tidak mahu sampel B diuji.

Keseluruhannya, sebanyak 1,900 ujian doping dijalankan ke atas atlet yang bertanding di Incheon, kata Pengerusi Jawatankuasa Perubatan OCA, Tan Sri M Jegathesan.

Menurut Jegathesan yang juga bekas jaguh olahraga negara, terdapat tiga jenis kegagalan dalam ujian doping.

Ada kes yang membabitkan penipuan serius selepas menggunakan 'pil magis' untuk mencatat kemenangan, kedua atlet dipaksa jurulatih untuk menggunakan bahan perangsang dan ketiga, ada atlet mengambil ubat serta rawatan untuk menguruskan badan.

Jegathesan berkata, dalam dua kes sebelum ini, mereka dilaporkan tidak mengambil bahan itu dengan niat.
 
 
 
Kes dadah: Pingat emas pertama Malaysia lebur

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

tranungkite.net

 

NASIB malang bagi pasukan Malaysia di kejohanan Sukan Asia ke-17 di sini apabila Majlis Olimpik Asia (OCA) menarik balik pingat emas pertama yang dimenangi menerusi atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen kerana beliau didapati gagal ujian dadah.

Menurut kenyataan pihak penganjur, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dilakukan pada 20 Sept selepas pertandingan mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Anti Doping Sedunia (Wada) 2014.
    
Selepas dilakukan proses mengikut peraturan dan prosedur OCA, ditentukan bahawa hasil dapatan itu merupakan pelanggaran peraturan antidoping, katanya.
    
"Sehubungan itu sekatan telah dikenakan. Peserta dibatalkan daripada pertandingan selain kejohanan dan kelayakannya turut dibatalkan sementara pingatnya ditarik balik," kata OCA.
   
Menurut OCA, hasil penemuan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa   negara peserta berkenaan, persekutuan antarabangsa sukan tersebut (Persekutuan Wushu Antarabangsa Asia) dan Wada untuk tindakan lanjut.
    
Katanya ini merupakan kes ketiga yang berlaku di kejohanan kali ini.
- Bernama

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

Re: RG2014... Fw: pelajar paling muda dianugerahkan PhD UTM

 

Tahniah Hazzirh, aamiiinn_alhamdulillah..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 29 Sep 2014 23:36:10 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2014... Fw: pelajar paling muda dianugerahkan PhD UTM

 



Tahniah Hazzirah Izzati pelajar paling muda dianugerahkan PhD UTM

kitabantai.info
beritapantas92.blogspot
Hazzirah Izzati Mat Hassim

Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.

Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. 


Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. 

Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. 

Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. 

Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh.

 Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.

Objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk "The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five" adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). 

Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku "Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis" melalui dua bab bertajuk "The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups" serta "Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two". Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk "GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)".

Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013.

 Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.




SENARAI PENERBITAN HAZZIRAH IZZATI MAT HASSIM

Bab dalam Buku

  1. Nor Haniza Sarmin, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Siti Afiqah Mohammad, Bab dalam Buku bertajuk "A Bieberbach Group with Cyclic Point Group of Order Two and Its Homological Functors", Recent Advances In Homological Functors and Capability of Groups. (penilaian)
  2. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Rosita Zainal, Bab dalam Buku bertajuk "The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups", Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 33-42. Penerbit UTM Press.  ISBN: 978-983-52-0896-6.
  3. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Rosita Zainal & Ghazali Semil @ Ismail, Bab dalam Buku bertajuk "Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two", Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 43-58. Penerbit UTM Press.  ISBN: 978-983-52-0896-6.

Jurnal


(2014)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor'ashiqin Mohd Idrus. The Homological Functor of A Bieberbach Group with A Cyclic Point Group of Order Two. AIP Conf. Proc.    1605: 672-677. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
  2. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Nor'ashiqin Mohd Idrus. The Generalization of of the Exterior Square of A Bieberbach Group.  AIP Conf. Proc.    1602: 849-854. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
  3. Tan Yee Ting, , Nor'ashiqin Mohd Idrus, Rohaidah Masri, Nor Haniza Sarmin,Hazzirah Izzati Mat Hassim. Homological Functor of A Torsion Free Crystallographic Group of Dimension Five with A Nonabelian Point Group.  AIP Conf. Proc.    1602: 691-695. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2013)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor'ashiqin Mohd Idrus. The Exterior Squares of Some Crystallographic Groups. Jurnal Teknologi.    62(3): 7-13. (eISSN: 2180-3722, ISSN: 0127-9696) –diindeks oleh Scopus.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor'ashiqin Mohd Idrus. The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups. AIP Conf. Proc.    1522: 1069-1074. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali. The Nonabelian Tensor Square & Homological Functors of Some 2-Engel Groups. Jurnal Sains dan Matematik.    4(1): 53-59. (ISSN: 1985-7918).


(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad. On The Computations of Some Homological Functors of 2-Engel Groups of Order At Most 16.  Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA).    7(1): 153-159.
  2. Nor Haniza Sarmin, Yuhani Yusof, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Fadila Normahia Abd Manaf, The Commutativity Degree of 2-Engel Groups of Order at Most 20.Menemui Matematik. 2011.  33(1): 1-10.

Prosiding Persidangan

Peringkat Antarabangsa

(2014)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Siti Afiqah Mohammad "The Abelianisation of Bieberbach Groups with Cyclic Point Group of Order Three", Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2014(ISPC 2014), pp 907-919.  ISBN: 978-967-0194-39-4.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor'ashiqin Mohd Idrus, "Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups", Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), pp 95-112.  ISBN: 978-967-0194-21-9.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor'ashiqin Mohd Idrus, "On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two", Extended Abstracts of 22nd Iranian Algebra Seminar, pp 160-163.

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, "The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two", Proceedings of The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), pp 42-43. ISBN: 978-967-0194-01-1.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, "The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors", Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 361-366. ISBN: 978-967-5878-03-9.
  2. Azrul Azim Mohd Yunus, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Mohd Sham Mohamad & Hazzirah Izzati Mat Hassim, "The Homological Functors of Some Quaternion Groups," Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 384-388. ISBN: 978-967-5878-03-9.

Peringkat Kebangsaan

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, "On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups", Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), pp 177-187. ISBN: 978-983-2063-36-0.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor'ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, "The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group", Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), pp 480-486. ISBN: 978-983-42204-8-8.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor'ashiqin Mohd Idrus, "Homological Invariants of Some Bieberbach Groups", Proceedings of National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), pp292-298.  ISBN: 978-967-0194-10-3.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, "The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight", Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2010 sempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-18 (SKASM 2010 & SKSM 18), Jilid 2, pp 87-92.

Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Persidangan/Seminar


Peringkat Antarabangsa

(2013)
  1. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "The Generalization of the Exterior Square of a Bieberbach Group", The Third International Conference on Mathematical Sciences, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, 17 – 19 Disember 2013.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two", Algebra Seminar, Institut Teknologi Bandung, Indonesia, 30 November 2013.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "The Schur Multipliers of Some Crystallographic Groups", The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.
  4. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "The Exterior Squares of Two Families of Torsion Free Crystallographic Groups", The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.
  5. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "The Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two", Algebra Seminar, Jabatan Matematik, Universidade de Brasilia, 17 Mei 2013.
  6. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "Exterior Squares and Schur Multiplier of Bieberbach Groups with Elementary Abelian 2-Group as the Point Group", The Second Biennial International Group Theory Conference 2013 (BIGTC 2013), Dogus University, Istanbul, Turki, 4 – 8 Februari 2013.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups", Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-20 (SKSM 20), Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18-20 Disember 2012.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups",  International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor, Malaysia, 27 – 30 November 2012.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two", 22nd Iranian Algebra Seminar, Sabzevar Tarbiat Moallem University, Sabzevar, Iran, 31 Januari – 2 Februari 2012.
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, "The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two", The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu, Johor, Malaysia, 14 – 18 Februari 2011.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, "The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors", 2nd International Conference on Mathematical Sciences(ICMS2 2010), Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur, 30 November – 3 Disember 2010.

Peringkat Kebangsaan

(2013)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "On the Generalization of a Homological Functor of Bieberbach Group with Cyclic Point Group", Simposium Kebangsaan Sains Matematik, The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang, 6-8 November 2013.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor'ashiqin Mohd Idrus, "The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups", Simposium Kebangsaan Sains Matematik, Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18 – 20 Disember 2012.
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor'ashiqin Mohd Idrus, "Homological Invariants of Some Bieberbach Groups", National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, UTM Johor Bahru, 15-17 November 2011.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor'ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, "The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group", Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, 9-11 November 2011.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, "On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups", Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, 01 Oktober 2011.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, "The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight", Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik (SKASM 2010) bersempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 18 (SKSM18), The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor, 8-10 Disember 2010.

Peringkat Universiti

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, "The Homological Functors and Capability of Some Bieberbach Groups", Siri Seminar Aljabar, Semester II 2010/2011 (Bahagian 3), Bilik Mesyuarat & Seminar, Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru, 7 Mac 2011.  | SUMBER

comments:

  1. Anonymous

    SubhanaAllah

__._,_.___

Posted by: evaraed@gmail.com
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___