Derma la jika anda ikhlas,
Jgn la hina kerana mereka ni perlukan bujet…….
insyaALLAH kerana mereka ni la bakal menjaga ayat2 ALLAH……..
dan berkemungkinan mereka ni la yang bakal2 mahir dlm ilmu FARDHU KIFAYAH
cara mereka ikhlas……………..dan tidak salah di sisi AGAMA selagi mereka tidak mencuri……
Dan saya harap golongan2 ini tidak disalah guna oleh pihak2 tertentu
Sekian,
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of suhaimi mohidin
Sent: 04 May 2011 10:58
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja
yer kita akui kesalahan ustaz tu..., dan kita sedih dengan apa yang berlaku ke atas rp tu ,,,tapi cara mana yang boleh kita tolong mereka x salah rasanya menghulurkan rm10.00 kepada rp tu tangan di atas lebih baik dari yg dibawah kita juga akui, kebnyakan pusat tahfiiz mmemang mengharapkan bantuan dari pederma budiman, ku rm1.00 di hulurkan oleh 10juta orng islam malysia untuk pusat tahfiz, alangkah banhgianya mereka.sekadar pendapat
SUHAIMI
Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja ![]() Ampang, Selangor Artikel ini mungkin menimbulkan kontroversi dan mungkin juga membuat beberapa pihak tidak senang dengannya. Bagaimanapun, demi kebenaran, saya tetap dengan pendirian saya melalui artikel ini. Artikel ini bukan merujuk kepada semua Pusat Tahfiz, tetapi beberapa pusat yang sekaligus telah memburukkan imej Pusat Tahfiz lain. 29 Disember, 2006, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang amat menyayatkan hati apabila 5 pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah, maut dalam kemalangan membabitkan van yang dinaiki, merempuh belakang sebuah lori kontena Pos Malaysia di KM 355.7 Lebuhraya Plus di Sungkai Perak. Van membawa pelajar Pusat Tahfiz Amal di Km 17 Jalan Yan, Simpang Empat Kangkong, Kuala Kedah , dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur. Antara bahan rujukan yang sempat saya Google: di sini : Lima pelajar tahfiz maut van rempuh lori di sini – Murid Tahfiz Disuruh Kumpul Dana di sini - Mengingati pelajar Pusat Tahfiz Amal dan blogger Mazidul – Let Us Do It For The Children! (Saya sendiri membuat liputan kes itu di lokasi kejadian – tetapi blog ondscene ini masih belum wujud ketika itu) Kira-kira jam 8 malam sebentar tadi, saya sedang mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di Jalan Lingkaran Tengah 2 di kawasan Ampang. Terpandang seorang remaja perempuan (RP) sedang mundar mandir pergi dari sebuah kereta ke sebuah kereta dengan membawa buku resit dan beberapa barangan. Saya amat menantikan remaja itu supaya datang kepada saya. RP : Saya kutip derma. Untuk anak-anak yatim. Saya : Siapa yang hantar kau kat sini? Buat apa kat sini? RP : Ustaz hantar. Kutip derma untuk anak yatim. Saya: Mana ustaz tu? RP : Dia tinggalkan saya di sini. Dia pergi ke tempat lain. Hati saya dah mula panas. terus-terang saya katakan dalam hati , 'ustaz' itu memang celaka malah kalau sesuai, boleh dipanggil dayus. Saya : Kau dari mana? Berapa orang datang? Umur berapa tahun? RP : Dari Kedah. datang 4 orang. Semua perempuan , ustaz lelaki. Umur saya 16 tahun. Kenyataan itu menambahkan lagi kadar pembakaran ozon di dalam hati saya. Saya : Kau tau tak , apa yang kau buat dan uztaz bangang kau tu buat, adalah tak betul? Kau ni terang-terang dah dipergunakan oleh ustaz kau. Kau tu perempuan. Baru 16 tahun, Lepas tu ditinggalkan malam-malam kat sini. Kalau buatnya ada orang tarik kau masuk van, masuk kereta, kemudian bawak lari. Apamacam? Aku ni lelaki, Usahkan lelaki, perempuanpun boleh buat macam tu, bawak lari kau. Ini Kuala Lumpur. Takkan ustaz kau tak fikir benda-benda macam tu? RP : Ini kerja untuk anak yatim. Allah pelihara anak yatim. Anak yatim akan selamat. Saya : Kalau macam tu, baguslah ustaz kau ajar ajaran tu. Tak kisahlah bahaya ke , salah ke, berserah sajalah ye. Sedangkan pak haji pun boleh mati eksiden, ini kan pulak perempuan macam kau yang ditinggalkan macam ni. Kau bukan anak yatim kan? Mana mak ayah? Dia orang tahu tak apa yang kau buat ni? RP : Dari Johor. Mak tak marah. Dia tau saya buat benda ni. Dakwaan remaja itu yang ibunya tahu dan tidak marah apa yang dibuatnya, boleh dipertikaikan. Saya rasa, tiada ibubapa waras yang mahukan anaknya menjadi 'pengemis' setelah dihantar belajar jauh-jauh, dan akhirnya diajar untuk menebalkan muka meminta derma dari orangramai – remaja perempuan, ditinggalkan seorang diri dan di waktu malam dan di tempat yang amat asing baginya. Jika kenyataan itu pula tidak benar, bermakna Pusat tahfiz itu yang mengajar anak muridnya berbohong. Remaja itu mendakwa, pusat tahfiznya mempunyai cawangan di Damansara. Jika benar ada di Damansara sekalipun, mengapakah perlunya penuntut dari Kedah dan perempuan pula, dipergunakan untuk mengutip derma di Kuala Lumpur? Jika benarlah kutipan itu untuk anak yatim, berapakah 'keuntungan' bersih yang mereka dapat, jika kos minyak, tol dan makan-minum untuk 3 hari untuk sebuah kereta dinaiki 4 pelajar perempuan dan seorang ustaz (dakwanya, datang 3 hari lalu dan akan pulang malam ini ke Kedah)boleh menjangkau RM1,000. Bagi saya, benar-benar kerja bodoh dengan menggunakan alasan ugama dan anak yatim. Saya merakamkan beberapa keping foto remaja itu dan buku resit yang dibawanya. RP : Encik ambillah resit tu satu.
Ini berkemungkinan boleh diagakkan, bahawa sebenarnya pengutipan 'derma' yang dilakukan memang tiada sebarang audit atau 'check and balance' kerana resit boleh dibagi sewenang-wenangnya. Tidak mustahil, kutipan juga boleh diselewengkan. Oleh kerana saya perlu bergegas ke satu mesyuarat, saya terpaksa pergi meninggalkan remaja itu yang akhirnya saya lihat hampir menangis dan sebak. Mulutnya tidak henti-henti bercakap yang antara dengar dan tidak – " Cepatlah…cepatlah datang.." Saya berandaian, dia mengharapkan ustaznya datang untuk 'menyelamatkannya'. Jam waktu itu 8.15 malam dan menurutnya, uztaznya akan datang mengambilnya jam 9 malam dan dakwanya mereka akan terus balik ke Kedah malam ini juga. Dakwanya juga, 3 lagi rakannya ditinggalkan di lokasi berlainan dan petang tadi mereka di Sg Buloh mengutip derma di depan premis bank. Saya meninggalkan remaja perempuan itu dengan berjuta persoalan. Di masa sama, hati saya juga sebak dan hampir menitiskan airmata kerana ada manusia sanggup pergunakan remaja perempuan semuda itu dengan berlapikkan ugama dan anak yatim. Cuba anda bayangkan , jika anak anda sendiri diperlakukan sedemikian. Usah gunakan hujah ugama atau nas, hadis atau riwayat nabi-nabi dalam kes begini kerana orang berakal sahaja yang dapat membezakan betapa ini merupakan satu bentuk penganiayaan kepada kanak-kanak/remaja. Perkara begini berlaku di banyak tempat, dan anda sendiri boleh saksikannya sendiri.
Lebih tragis lagi, dalam kejadian itu, ibubapa hanya mengetahui anaknya diperlakukan demikian oleh pusat tahfiz tersebut setelah tragedi yang menimpa anak mereka. Secara kebetulan, remaja perempuan yang saya temui itu adalah dari pusat tahfiz yang sama . Saya percaya, remaja-remaja ini mungkin telah ditanamkan di dalam kepala dan hati mereka , apa yang dilakukan adalah jihad, di jalan Allah, kerja kebajikan, kerja amal dan jika ada apa-apa berlaku, redha sahaja dan ketentuan tuhan. Sebab itu remaja-remaja ini begitu tegar dan tidak mepedulikan apa sahaja yang masyarakat katakan. Malah mungkin mereka juga tidak mengetahui akan natijah perbuatan ini, mungkin juga tidak didedahkan dengan kes kemalangan yang pernah berlaku membabitkan rakan mereka suatu ketika dulu kerana kebayankan mereka ditutup minda dan perhatian akan perkembangan semasa. Wahai pihak yang berwajib, tolonglah lakukan sesuatu . Kasihanilah remaja-remaja yang dipergunakan itu. Mereka masih mentah dan mudah terpedaya dan diperdaya. Kita tidak mahu lagi tragedi seperti 29 Disember 2006 itu berulang lagi. -- |
Email scanned and protected by POS Malaysia
Pos Malaysia Berhad is Malaysia's national postal company
Visit us online at www.pos.com.my
NOTICE
This message may contain privileged and/or confidential information. If you are not the addressee or authorised to receive this email, you must not use, copy, disclose or take any action based on this email. If you have received this email in error, please advise the sender immediately by reply e-mail and delete this message. Pos Malaysia Berhad takes no responsibility for the contents of this email.
Email scanned and protected by POS Malaysia
Pos Malaysia Berhad is Malaysia's national postal company
Visit us online at www.pos.com.my
NOTICE
This message may contain privileged and/or confidential
information. If you are not the addressee or authorised
to receive this email, you must not use, copy, disclose
or take any action based on this email. If you have
received this email in error, please advise the sender
immediately by reply e-mail and delete this message.
Pos Malaysia Berhad takes no responsibility for the
contents of this email.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.





No comments:
Post a Comment