Thursday, June 23, 2011

RG2011... Fw: Jual Al-Quran Lama Untuk Kitar Semula, Perbuatan Melampau

 



 
Jual Al-Quran Lama Untuk Kitar Semula, Perbuatan Melampau
 
selatanonline
 

Berlaku di daerah Batu Pahat beberapa hari lepas, ditemui beberapa kotak berisi helaian Al-Quran lama di tempat pengumpulan kitar semula

Pegawai pejabat kadi Batu Pahat yang diketuai Kadi Daerah, Ustaz Mustafa Omar bergegas ke tempat berkenaan setelah mendapat aduan. Berita ini turut tersiar di dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Perbuatan Siapa ?

Siapa yang menjual ini ? Orang Islam atau bukan ? Saya lebih membuat andaian, yang melakukan ini adalah orang Islam. Soal orang yang bukan Islam yang membeli, kita jangan persalahkan mereka. Mereka bukan Islam dan tak tahu sangat pasal agama kita, pasal Hari Raya atau puasa Ramadhan mungkin mereka faham. Tapi pasal benda ini, mereka mungkin anggap seperti helaian kertas biasa saja.

Orang Islam pasti tahu hukum Islam tetapi sanggup jual untuk dapat duit yang tak berapa ringgit sangat. Perbuatan ini seolah-olah meletakkan Al-Quran itu setaraf seperti akhbar lama sehingga dipermainkan sebegitu.

Bukan saja helaian Al-Quran yang dijual di pusat kitar semula itu. Turut dijual adalah kitab-kitab agama lama yang tidak sepatutnya dihina sebegitu. Selepas ini, diharapkan, janganlah berlaku lagi perkara ini. Kalau ada nashkah Quran dan kitab lama yang tak boleh digunakan lagi, hendak lupuskan, rujuklah pejabat kadi berhampiran. Kita boleh beri nasihat sama ada minta diserahkan ke pejabat kadi atau menasihatkan mereka untuk melupuskan sendiri.
 
 
Posted by ahmadi

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment