Warghh...kahkahkah... Mat rock, wa saja nak test power beb. Lama x cucuk angin tang politik ni. Tapi sekali wa dah cilok wa cucuk kasi wikang beb. Relax beb, lu jgn mcm ni bahye beb. Keja kena buat gak. Wa harap lu control perasaan takut lu x balik. Ni wa bagi pesan serius. Ada yg jd mcm tu tau. Tempat tu boleh buat kita tertegun x ingat apa2. Apa2 lu slow talk dgn ajak n abg hj rahim. Solat sunat taubat byk2 beb. Wa doakan yg terbaik utk lu n wife lu.
----------
Sent via Nokia Email
------Original message------
From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, February 16, 2012 4:51:04 PM GMT+0800
Subject: Re: RG2011... 23 RIBU KAKITANGAN FELDA BANTAH FGVH DISENARAI
kahh..kahhh...bas dah berlanggar dengan lori, terpaksa la trailer
mendamaikan.
apasal sebut 23ratus kakitangan yg bantah??? sikit sangat tu kawan
oii...kalau sebut 100ribu baru gempak satu malaya!!!!
Pada 16 Februari 2012 4:18 PTG, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> menulis:
> **
>
>
> tu lah Jam.. lu jgn ingat semua org mcm lu yg pandai main ayat sindir..
> ha.. ha.. ha..
> relax Jam.. Azizul salah faham tu..
> lain kali kalu lu menyindir, lu tulis kt hujung ayat.. "wa menyindir ni!!
> harap lu org faham!!"
> wargh.. kah.. kah.. dulu lu gak nasihat wa jgn berbalas emel pasal
> politik.. skarang lu yg terjebak!!
> Jam.. wa sekarang ni dh xde hati nk keja Jam.. asyik teringat kt 'sana'..
> hati wa dh sampai kt 'sana'..
> x sabar nk tengok kebesaran Allah.. bro... semoga kita panjang umur bro..
>
>
> Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
>
> *From:* ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com>
> *To:* respeks_group@yahoogroups.com
> *Sent:* Thursday, February 16, 2012 3:00 PM
>
> *Subject:* Re: RG2011... 23 RIBU KAKITANGAN FELDA BANTAH FGVH DISENARAI
> **
>
> hello azizul ( semoga Allah buka mata anda sejelas2nya). saya rasa
> saudara baru saja
> membaca komen saya sehari 2 ni. saya join RG ni dari awal penubuhannya
> sekitar thn
> 2006. mereka2 yg terkalangan dari saya kenal saya dipihak mana. replay
> saya macamana.
> ayat sindir dan ayat tepat macamana. tak perlu saya mengaku saya dipihak
> mana.
> saya dan felda adalah secara langsung. bukan hangat2 tahi ayam. saya
> membesar dgn
> butir2 kelapa sawit yg gugur dari tandannya. ayah saya memikul dari celah
> rimbunan
> semak samun cerunan bukit bukau. saudara jgn pukul org tanpa kenal. kelak
> parasit ini
> mengigit sehingga lebam kelihatan dikulit badan...
>
> # rozali, mat rock atau abu hassan kau sekolahkan budak azizul ni. letih
> la aku main ayat2 madah ni.**
> 2012/2/16 Azizul_Sukses 13.1 <azizul.juan@gmail.com>**
>
> **
>
> Kalau awak ( ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com> ) hanya dapat maklumat
> berdasarkan saluran yang disampaikan melalui media massa dan TV milik Umno
> setakat tu je lah yang awak tahu.. Kalau awk memang ada sangkut paut dengan
> FELDA awak takkan cakap macam ni. Orang yang cakap macam ni tak kurang
> daripada istilah "parasit". Memalukan!
> ****
> 2012/2/16 ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com>**
>
> **
>
> mcm silap je lapuran ni. mlm td dlm edisi 7 tan sri isa samad kata
> kebanyakan
> peneroka felda dah faham dan setuju utk penyenaraian FGVH ni. silap
> lapuran ni
> tak baik tau. fitnah tuu.. sian kat tan sri isa samad tu. warigh den tu...
> haha...
> mat isa.. i love uuuuu.... warghhh...kahkahkah**
> 2012/2/13 dsj <dsjkamarul@gmail.com>**
>
> **
>
> ANAK: 23 ribu k'tangan Felda bantah FGVH disenarai
> Abdul Rahim Sabri
> <http://www.malaysiakini.com/author?l=my&c=news&n=Abdul%20Rahim%20Sabri%20>
> 12:58PM Feb 13, 2012
> <http://www.malaysiakini.com/news/188968><http://www.malaysiakini.com/news/188968>
> Sebahagian besar daripada kira-kira 23,000 kakitangan Lembaga Kemajuan
> Tanah Persekutuan (Felda) dikatakan kini cenderung bersama Persatuan Anak
> Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan membantah penyenaraian syarikat Felda
> Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
>
> [image: NONE]"Hari ini, 23,000 ribu kakitangan Felda yang dahulunya agak
> sinis dengan kita, kontra dengan kita, (tetapi) hari ini pada saya, mereka
> mempunyai kecenderungan kepada kita," kata Presiden ANAK Mazlan Aliman.
>
> Menurutnya, hakikat bahawa Felda akan mengalami defisit antara RM1.2
> bilion hingga RM1.5 bilion apabila disenaraikan serta *'penyingkiran'*<http://www.malaysiakini.com/news/187522>pengarah besarnya Datuk Zulkifli Wahab dan timbalan pengarahnya Abidin
> Abdul Rahman dari agensi itu, menambahkan lagi kemarahan kakitangan
> berkenaan.
>
> Mazlan menyifatkannya hal demikian sebagai "satu perkembangan positif"
> yang menunjukkan kakitangan Felda kini bersama ANAK memperjuangkan
> penentangan terhadap cadangan penyenaraian itu.
>
> Mazlan mengakui sebelum ini, umumnya kakitangan Felda "tidak selesa"
> dengan kehadiran ANAK apatah lagi menganggap NGO itu "menyusahkan mereka"
> susulan siri-siri saman, laporan polis, aduan kepada Suruhjaya Pecegahan
> Rasuh Malaysia (SPRM) dan Suhakam yang dibuat berhubung isu berkaitan Felda.
> Tidak selesa
>
> "Mereka tidak selesa dengan kita. Walaupun apa yang kita buat ini, untuk
> kepentingan warga Felda. Mereka tidak selesa sehinggalah bila timbul isu
> penyenaraian ini," katanya ketika ditemubual dengan *Malaysiakini*.
>
> [image: NONE]Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa
> pegawai Felda termasuk dua pegawai tertingginya - Dzulkifli (*kanan*) dan
> Abidin - tahu bahawa Felda bakal mengalami defisit pendapatan - selepas
> penyenaraian - setelah perkara itu dibentangkan pada mesyuarat ahli lembaga
> pengarahnya.
>
> Bahkan, Mazlan mendakwa pendapatan yang diperolehi Felda selepas
> penyenaraian itu, sebanyak RM508 juta setahun dan hanya cukup untuk
> membayar gaji kakitangannya. Unjuran pendapatan asal adalah sebanyak RM2.4
> billion setahun.
>
> "Jadi mereka akan berdepan dengan satu keadaan yang sukar, apabila hilang
> pendapatan yang sebegitu, (berbanding) dengan perbelanjaan pembangunan yang
> besar di Felda.
>
> "Jadi bila begini keadaaannya, jadi timbul satu keresahan, kebimbangan,
> tidak puas hati, bantahan di kalangan kakitangan Felda dengan penyenaraian
> (itu).
>
> [image: NONE]"Yang membawa, sebagai orang nombor satu Felda Datuk
> Dzulkifli, tentulah, saya berkeyakinan, beliau mempersoalkan kepada
> (Pengerusi Felda) Tan Sri Isa (Samad) (*kiri*), di mana nak cari duit
> dengan defisit (itu)," kata Mazlan.
>
> Mazlan mendakwa hal yang demikian itu menyebabkan Dzulkifli diarahkan
> bercuti sambil belajar selama kira-kira lapan bulan dan Abidin yang juga
> setiausaha Koperasi Pemodalan Felda (KPF) dikembalikan ke Jabatan
> Perkhidmatan Awam.
>
> Mengulas perkembangan terkini Dzulkifli, Mazlan berkata beliau "tidak
> nampak" mengapa pengarah besar Felda itu diarahkan bercuti sambil belajar
> sedangkan, beliau kini sudah menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif dalam
> Felda.
> Proses penyingkiran
>
> Mazlan mendakwa tindakan itu sebagai "proses penyingkiran" Dzulkifli sebab
> beliau dianggap "halangan" penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa
> Malaysia.
>
> Walhal Dzulkifli, kata Mazlan "adalah orang yang sangat taat dan tidak
> pernah membuat kenyataan bercanggah dengan kerajaan."
>
> "Jadi (saya) tidak nampak, kenapa orang yang begitu taat, dalam bahasa
> mudah, 'disembelih' oleh kerajaan," kata Mazlan yang juga timbalan
> pesuruhjaya PAS Johor.
>
> [image: NONE]Diminta menjelaskan latar belakang FGVH yang sebelum
> dicadangkan untuk disenaraikan di bursa saham, Mazlan mendakwa syarikat ini
> "bermasalah dan tidak punya apa-apa" melainkan mempunyai sebidang tanah
> seluas 42 ribu hektar di Indonesia.
>
> Katanya, FGVH merupakan anak syarikat pelaburan baru Felda yang baru
> muncul sekitar lima tahun dan diberi kepercayaan untuk melabur di luar
> negara melalui syarikat mereka antaranya di Amerika, Kanada dan China.
>
> Bagaimanapun, Mazlan mendakwa bila pelaburan di luar negara beroperasi,
> dalam tempoh sekitar empat tahun, kerugian yang dicatatkan sebanyak lebih
> kurang RM500 juta dan ia dibangkitkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar
> Ibrahim di Parlimen dan diakui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
> Datuk Ahmad Maslan
>
> [image: felda tenang hasil]Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa
> kerajaan memberi kepercayaan untuk menyenaraikan syarikat itu ke bursa
> saham dan membenarnya menyerap syarikat yang jauh lebih maju, Felda
> Platation dan KPF untuk tujuan berkenaan.
>
> "Ini menjadi satu tanda tanya, mengapa memilih FGV. Jadi dengan kegagalan
> FGV ini, tentulah persepsi orang ramai, termasuk warga Felda,
> jangkaan-jangkaan buruk yang boleh sahaja berlaku, dengan prestasi yang
> buruk dan trek rekod kegagalan sebelum ini," katanya.
> Agenda kaut keuntungan
>
> Mazlan mendakwa berdasarkan maklumat terbaru, penyenaraian ini lebih
> kepada "satu agenda untuk mengaut keuntungan daripada pencapaian yang
> dirasai Felda dan kepentingan yang ada dalam agensi itu" melalui tanah
> Felda Plantation seluas 360,000 hekter dan Koperasi Permodalan Felda.
>
> Katanya, tanah yang diletakkan di bawah Felda Platation disifatkannya
> "sudah cukup besar dan mengalahkan institutsi peladangan swasta yang ada"
> adalah dimiliki oleh Felda dan bukan atas nama peneroka.
>
> [image: felda cow cattle rearing centre palong 120206 water retention]"Jadi,
> mereka mudah untuk membawa Felda Plantation untuk disenaraikan. Mereka
> tidak letakkan tanah peneroka Felda sebab saya berkeyakinan, jika mereka
> meletak atas nama peneroka Felda, mereka akan menerima tentangan yang
> sangat kuat," kata Mazlan.
>
> Mazlan mendakwa turut diheret bersama dalam penyenaraian itu adalah KPF
> yang merupakan koperasi terbesar di Malaysia di mana perolehan mereka pada
> hampir RM12 billion pada 2010.
>
> "(Antara) 3,840 koperasi di Malaysia, tidak ada sebuah koperasi pun yang
> boleh memberi saingan dari sudut perolehan tahunan yang dimilliki oleh KPF.
>
> "Jadi inilah koperasi yang hendak diheret dengan tanah tadi untuk dibawa
> ke penyenaraian di bawah Felda Global Venture," katanya.
> **
> -- **
> *
>
> Your kind understanding upon receipt is much appreciates.
> Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang
> lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
> ….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
> Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
> ஜ[image: dance] [image: dance] [image: dance]ஜ
> **"You are not responsible for what people think about you.
> But you are responsible for what you give them to think about you"
> **Declaration
> Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman
> sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak
> Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun
> Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih
> Hidup Maupun Yang Telah Mati.*
> *Sekian dimaklumkan
> Pengirim article*
> **
>
> **
>
> **
>
> **
> ****
>
>
>
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment