Assalamu'alaikum,
saya ambil sebahagian artikel ustaz mad dalam : www.salnboru.blogspot.com
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد€, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menjalani rutin kehidupan sehari-hari kepada semua rakan jamaah serta para pembaca. Seraya mendoakan agar sentiasa Allah Swt. membimbing dan melindungi diri kita dari segala macam keburukan dan kejahatan, seterusnya memelihara diri kita supaya tetap berpegang teguh kepadaNya dan menerima semua amalan kita. Moga Allah Swt. Yang Maha Esa Yang Maha Dermawan, meredhainya. Saya berlindung diri dengan Allah Tabaraka Wata'ala dari sebarang kesilapan dan kekhilafan, serta memohon pimpinanNya sentiasa dalam menghasilkan artikel ini.
Saya diminta memberikan pandangan dengan kadar segera kepada satu isu hangat semasa. Ada lebih kurang lapan permintaan. Lebih tepatnya, saya kurang gemar terlibat dengan isu, lantaran nanti ia akan memeningkan. Kerana itu, saya tidak mahu ulas secara langsung isu itu. Ramai pihak lain yang sangat layak dan terpercaya untuk membuatnya. Tambahan pula, telah pun ada fatwa jelas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam hal ini, hanya perlu dipatuhi sahaja lagi. Dalam suasana berkelana, tidak banyak yang boleh saya buat lantaran sumber rujukan yang amat terhad. Apa yang terhasil ini hanyalah berdasarkan keupayaan saya sendiri dan sumber dari naskhah Al Qur'an ul Jamiil, juga dari artikel dan assignment terdahulu yang tersimpan di dalam hard disk. Moga memberi manfaat.
Menurut peraturan syariat Allah, dasar agama Islam itu cuma satu yang penentu segala yang lain, yaitu Tauhid : mempercayai Allah Yang Maha Esa dan berabdi hanya kepadaNya sahaja tanpa menyekutukannya dengan yang lain. Inilah pegangan aqidah yang menjadi teras kepada agama-agama samawi (langitan) sejak zaman Nabi Adam Ahs. sehingga ke zaman khataman nabi, Muhammad Saw.
Agama yang membawa aqidah tauhid adalah layak untuk dinamakan Islam, sebab agama itu mempunyai satu dasar sahaja yang selari dengan wahyu yang diturunkan olh Allah Swt. kepada seluruh nabi dan rasulNya. Kedatangan agama Islam pula sebagai agama yang paling lengkap dan sesuai dengan segala aman dan tempat adalah menasakhkan syariat-syariat Allah yang terdahulu, ini difirmankan oleh Allah Swt. :
"Dia-lah Tuhan yang mengutus rasulNya yang membawa petunjuk dan agama yang haq agar dimenangkannya di atas semua agama".
Surah Al Fath (48) : ayat 28
Jadi, semua agama samawi telah dibatalkan kuatkuasanya sebaik-baik sahaja Nabi Muhammad Saw. menerima wahyu, menjadi rasul (610M). Begitulah kedudukan agama samawi ; apalagi agama-agama budaya, rekaan atau ciptaan manusia yang berdasarkan anggap-anggapan, adalah pada hakikatnya tiadalah mempunyai tempat langsung dalam kehidupan beragama. Justeru itu, didalam Kitabullah didapati Allah Swt. sendiri menegas atau meresmikan Islam sebagai satu-satunya agama yang tunggal yang diredhaiNya di dunia ini :
"Sesungguhnya agama (yang diperakui) disisi Allah, adalah Islam".
Surah Aali Imran (3) : ayat 19
Manakala Islam sebagai satu agama yang terakhir, adalah berfungsi menampakkan ketinggian dan keluhurannya di atas semua agama yang dianuti manusia. Dalam sejarahnya, kita ummat Islam adalah suatu ummat yang mempunyai corak agama dan cara hidup yang tersendiri, berbeza dengan lain-lain agama dan ummat ; manakala corak yang unik ini mestilah di kawal agar bentuk aqidah, ibadah dan kebudayaan kita tetap utuh lagi luhur (sempurna) berdasarkan syariat Allah. Manakala Nabi Muhammad Saw. dalam banyak hadis melarang ummat Islam meniru orang yahudi dan nasrani, juga melarang menyerupai orang-orang musyrikin dan majusi, agar ummat Islam memelihara identiti sendiri.
Syeikh Dr. Muhammad Nasiruddin Bin Nuh Bin Adam Najaati Al Arnout Al Albani rh., Kitab Hukum Penyerupaan Di Dalam Islam, halaman 1-4
Tunjang aqidah itu adalah, lafaz 2 kalimah syahadah :
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa (Nabi) Muhammad pesuruh Allah"
Penetapan 2 kalimah toyyibah (yang baik) ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah Saw. sendiri menerusi hadis berikut:-
Dari Abu Hurairah rhu. dia menceritakan bahawa Rasulullah Saw. bersabda, "Aku diperintahkan untuk membunuh manusia hingga mereka bersaksi bahawa لا إله إلا الله (tidak ada tuhan yang disembah selain Allah) dan bahawa أن محمد رسول الله (sesungguhnya aku utusan Allah). Jika mereka mengucapkannya, maka mereka telah menjaga darah dan harta mereka dariku kecuali hak persaksian itu. Adapun hisab mereka (yang sebenarnya) adalah urusan Allah".
Hadis sahih riwayat imam Bukhari rh., imam Muslim rh., imam Ahmad rh., imam Abu Daud rh., imam Tirmidzi rh., imam Nasa`ie rh. dan imam Ibnu Majah rh.
Dengan melafazkan 2 kalimah toyyibah ini, telah sah masuknya seseorang ke dalam agama suci Islam. Ia adalah kalimat pengakusaksian paling tonggak (dasar) dalam Islamnya yang mana, tanpanya bermaksud seluruh amal perbuatan tidak berguna/tidak dihitung (dalam keadaan kafir) dan, apabila telah batal ia, bermaksud seseorang telah murtad (terkeluar) dari Islam (kembali kafir).
Pengakusaksian terhadap 2 kalimah ini, adalah titik tolak kepada benar dan diterimanya amal seorang hamba, kerana persaksian لا إله إلا الله mewajibkan adanya keikhlasan, manakala persaksian أن محمد رسول الله mengharuskan tauqifiyah (mengikut seluruh sunnah Nabi) dengan ittiba' (mengikut sunnah Nabi dengan pengetahuan, bukan taqlid buta). Maka setiap amal yang dilakukan dalam hasrat mendekatkan diri kepada Allah Swt. tidak akan diterima kecuali dengan adanya 2 syarat ini, yaitu ikhlas kepadaNya dan mengikuti apa yang dicontohkan oleh Rasulullah Saw.
Lafaz kalimah لا إله إلا الله yaitu "tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah Swt. hakikatnya adalah perintah Allah Swt. sendiri untuk dilafaz dan diakusaksi oleh manusia yang mahu menerima Islam sebagai Ad Diin bermula dahulu lagi, pada zaman para nabi ahs. sebelum zaman junjungan mulia Nabi Muhammad Saw. Ini dinyatakan menerusi firmanNya di dalam Al Qur‟an ul Haniif :-
"Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada tuhan (yang haq) melainkan Aku, maka sembahlah oleh kamu sekelian akan Aku".
Surah Al Anbiyaa‟ (21) : ayat 25
Kalimah suci ini merupakan kunci kepada sah dan sempurna Islamnya seseorang, yang dengan melafazkannya sahaja telah memisahkan seseorang daripada Dzulumaat (kegelapan-kekafiran) kepada Nuur (cahaya-iman dan Islam), yang menunjukkan seseorang kepada Haaq (kebenaran) dan menjauhkan seseorang daripada Batil (kepalsuan) seterusnya menentukan benar sempurna iman dan Islam atau hanya kemunafiqan. Barang siapa bersyahadah dan menerima sebenar-benarnya Allah sebagai satu-satunya ilah yang berhak diibadahi, maka dia telah mendapat iman yang benar sepertimana firmanNya di dalam Al Qur'an ul Haniif :
"Allah wali (pelindung, pemimpin) bagi orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya".
Surah Al Baqarah (2) : ayat 257
Penetapan bahawasanya hanya Allah semata-mata yang berhak diibadahi (disembah) telah difirmankan oleh Allah Swt. sendiri dalam banyak ayat Al Qur'an ul Kariim antaranya :
"Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, tuhan apa pun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. BagiNya lah segala penentuan dan hanya kepadaNya lah kamu dikembalikan".
Surah Al Qasas (28) : ayat 88
Pengakusaksian syahadah ini bermula diqasadkan di dalam hati (qalbi) seterusnya dizahirkan menjadi kata-kata (qauli/lisani) dan akhirnya dipraktikkan sebagai amal perbuatan (fi'li). Inilah maknawi sebenar kalimah syahadat yang bukan hanya sekadar kata-kata atau sebut-sebutan. Tanpa gabungan ketiga perkara ini, menjadikan syahadah itu diragui seterusnya tahap keIslaman tidak sempurna.
Sifat, perilaku dan perbuatan "Menyembah akan sesuatu" tidak akan lari dari 3 ciri ini, yaitu hati (qalbi), kata-kata (qauli/lisani) dan akhirnya dipraktikkan sebagai amal perbuatan (fi'li). Ini ciri umum "Penyembahan" yang ada terdapat pada mana-mana agama pun di dunia ini termasuklah Islam. Lantaran itu, melakukan salah satu dari 3 cirinya sahaja, sudah cukup untuk menjadikan seseorang telah "Menyembah akan sesuatu". Sebagai manusia yang bersyahadah, ummat mukminin mesti tegas dan tetap pendirian dalam hal sebegini, bahawa "tidak sama sekali boleh melakukan sesuatu apa pun secara hati (qalbi), kata-kata (qauli/lisani) dan amal perbuatan (fi'li) yang menyerupai (tasyabbuh) kepada amalan suatu agama lain".
Sekiranya hal ini tidak dijaga sekeras-kerasnya dan difahami dengan benar-benar, maka tidak hairan akan wujud nanti : segolongan yang tunduk sembah kepada patung seperti amalan agama lain atau memperbuat suatu amalan menyerupai penyembahan atau perayaan agama lain, tetapi dengan senang hati mengatakan ; kami suka-suka saja bukan niyat betul-betul pun.
Syeikhul Islam Taqiyuddin Ahmad Bin Abdul Halim Bin Abdus Salam Bin Abdullah Bin Muhammad Ibnu Taimiyyah Al Harrani Ad Dimasyqi rh. (wafat 728H), telah menggariskan konsep tasyabbuh mengikut syariat Islam : "Bahawasanya kesamaan lahiriyah akan menimbulkan kesesuaian dan keserupaan antara dua orang yang saling menyerupai, yang nantinya akan menghantarkan kepada kesamaan dari sisi akhlaq dan perbuatan. Yang demikian adalah perkara yang boleh dirasakan. Seseorang yang mengenakan pakaian yang dikenakan orang alim, maka ia akan mendapati dirinya memiliki kecondongan kepada mereka. Selanjutnya tabiat akan mengarah ke sana kecuali apabila ada faktor pencegah. Bila hal ini telah dimengerti, maka ketahuilah bahwa meninggalkan perbuatan meniru (tasyabbuh) orang kafir adalah sebuah dasar yang agung dari sejumlah pokok-pokok agama (ushuluddin) karena banyaknya dalil dari Al-Qur'an dan As-Sunnah yang menunjukkannya.
Kitab Iqtidlaa' Siraathi Mustaqiim : Li Mukhalafati Ashaabil Jahiim. Jilid 1 halaman 93
From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, February 14, 2012 9:41 PM
Subject: RG2011... Asri: Hadir Thaipusam boleh, tapi bersyarat

Bekas mufi Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata pemimpin Islam dibenarkan hadir ke sambutan perayaan bukan Islam, seperti yang dilakukan perdana menteri pada Sambutan Thaipusam baru-baru ini selagi mematuhi beberapa syarat.
Antaranya, kata Dr Asri (bawah), mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.
"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain," katanya yang juga zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.
"Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.
Datuk Seri Najib Razak dan isteri pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.
Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.
Pemimpin PAS, PKR pun terlibat
Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.
Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.
Mengulas gesaan Pemuda PAS yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir sebagai "perayaan budaya".
"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.
Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama PAS terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.
Antaranya, kata Dr Asri (bawah), mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.
"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain," katanya yang juga zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom."Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.
Datuk Seri Najib Razak dan isteri pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.
Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.
Pemimpin PAS, PKR pun terlibat
Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.
Mengulas gesaan Pemuda PAS yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir sebagai "perayaan budaya".
"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.
Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama PAS terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment